CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Perokok Wanita Dua Kali Ganda Lebih Bahaya Dari Perokok Lelaki

10-8-2016 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3296| Komen: 2

Description: Di zaman ini, jumlah perokok wanita terus bertambah dari sebelumnya. ..

Oleh : Dean BZ


Kredit foto - WOM



Di zaman ini, jumlah perokok wanita terus bertambah dari sebelumnya. Kebanyakan perokok mula menghisap rokok pada usia muda iaitu antara 14 dan 16 tahun.

Pelbagai punca yang menyebabkan wanita merokok antaranya pengaruh rakan-rakan sebaya, perasaan ingin mencuba atau di momokkan dengan kisah karut kononnya merokok dapat mengurangkan stress. Disebabkan itu, kebanyakkan wanita yang sering gagal mengawal diri akibat dikecewakan dalam cinta akan memilih rokok sebagai "rakan karib".

Wahai perokok wanita, tahukah anda bahawa wanita yang merokok berdepan dengan bahaya lebih besar berbanding perokok lelaki?  Selain akan cepat Menopause, berikut adalah antara kesan-kesan buruk yang bakal dialami oleh perokok wanita, dipetik dari wom.my.


Wanita Yang Merokok Dua Kali Ganda Lebih Bahaya Dari Perokok Lelaki


1.  Memberi Kesan Yang Buruk Bagi Ibu Yang Mengandung
Bagi ibu mengandung yang merokok akan menyebabkan berat bayi kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan.

Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu itu mula merokok semasa bayi dalam kandungan. Selain itu juga, boleh menyebabkan mereka keguguran.

Bayi juga apabila dilahirkan akan menghadapi lebih tinggi risiko terdedah kepada jangkitan paru-paru, pengurangan keupayaan fungsi jantung, dan sindrom kematian bayi secara tiba-tiba atau sudden infant death syndrome

2. Mendapat Kanser Payudara
Penyakit ini terjadi dikalangan wanita kerana kajian mendapati elemen-elemen asap rokok telah ditemui dalam bendalir payu dara di kalangan wanita yang merokok dan asap rokok sememangnya diketahui mengandungi bahan carcinogens yang berbahaya kepada sel manusia.

Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia, dioksin dan furan.

Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis.

3.  Mengalami Kitaran Haid Yang Tidak Normal
Wanita yang merokok bermula sejak remaja boleh meningkatkan risiko putus haid dua hingga tiga tahun lebih awal daripada sepatutnya.

Masalah ketidaktentuan haid seperti pendarahan yang tidak normal, haid yang tidak teratur atau tiada haid adalah masalah yang sering dihadapi perokok wanita.

Haid yang tidak normal dan putus haid awal mungkin disebabkan oleh kesan toksik bahan kimia dalam asap rokok terhadap ovari, atau pengurangan hormon estrogen yang signifikan.

4. Menyumbang 25 Jenis Barah Berbahaya
Merokok di kalangan wanita boleh menyumbang kepada lebih 25 jenis barah. Antaranya barah pangkal rahim, mulut, paru-paru, tekak, perut, pundi kencing, pankreas dan ginjal. Sembilan puluh peratus daripada kes kanser jenis ini adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Merokok juga menyebabkan ulser atau radang perut, masalah penghadaman makanan dan gangguan selera makan. Kajian mendapati perokok wanita mempunyai 80 peratus risiko untuk mendapat barah pangkal rahim.

Kajian diterbitkan Persatuan Barah Amerika Syarikat pada 1994 menunjukkan risiko kematian di kalangan pesakit barah payudara meningkat kepada 75 peratus apabila merokok dua kotak atau lebih sehari.

5. Boleh Menghadapi Penyakit Jantung
Lebih 40 peratus individu wanita didapati merokok sejak usia belasan tahun. Rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia termasuk nikotin, tar, karbon monoksid dan pencemar lain.

Kesan jangka pendek yang boleh dialami ialah kadar degupan jantung lebih laju, tekanan darah semakin naik disebabkan rangsangan hormon adrenalin.

Saluran darah menyempit manakala komponen darah seperti fibrinogen dan platelet berubah dan bertindak menjadi lebih pekat dan cenderung kepada trombosis dan kapasiti hemoglobin untuk mengangkut oksigen turut terjejas.
Bagi tempoh jangka panjang pula, dinding saluran darah boleh mengalami kerosakan dan ini akan mempercepatkan proses arterosklerosis atau trombosis sekali gus mendedahkan pesakit kepada serangan jantung dan strok.

Di beberapa negara, peningkatan kadar perokok di kalangan wanita amat membimbangkan. WHO sudah mengeluarkan laporan bertajuk ‘Women and health: today’s evidence, tomorrow’s agenda’ yang mempunyai bukti berkaitan peningkatan iklan rokok yang menjadikan wanita sebagai sasaran utama.

Data dari 151 negara menunjukkan hampir 7 peratus gadis remaja merokok, berbanding 12 peratus remaja lelaki. Mempromosi dan melindungi kesihatan wanita adalah penting bukan saja untuk hari ini malah untuk generasi akan datang.

Jadi, jika anda seorang perokok atau rakan-rakan wanita anda ada yang merokok, sila sebarkan artikel ini dan mohon insaf segera sebelum terlambat. - CARI

27

Bagus
15

Marah
24

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 10-8-2016 10:11 PM
Tak perlu le merokok membahayakan kesihatan dan menghabiskan kewangan juga
Quote manjalara_01 11-8-2016 11:34 AM
Edited by manjalara_01 at 11-8-2016 11:36 AM

Tak faham kenapa wanita pun nak merokok juga?

laa...dah kenapa kena tanye soklan lame mcm ni?..mcm xde common sense je...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.200241 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top