CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Buli: Mangsa Masih Dalam Pemerhatian Doktor Di ICU

30-8-2016 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7042| Komen: 18

Oleh : TS LOO

sumber foto: www.bharian.com.my



Kejadian buli yang berlaku di salah sebuah sekolah menengah di Sungai Petani kelmarin, mangsa, Muhammad Anas merupakan pelajar tingkatan dua difahamkan telah menunjukkan perkembangan yang positif setelah pembedahan buang darah beku dijalankan. 

Bagaimana pun, bapa kepada mangsa memaklumkan anaknya masih dalam pemerhatian doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan dia mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan anaknya kembali sembuh. 
 

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, ketiga-tiga suspek yang berusia 15 tahun telah ditahan kelmarin dan direman tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pelajar berusia 14 tahun itu mengalami pendarahan di kepala selepas dipukul dan dihentak di dinding oleh tiga pelajar tingkatan tiga yang tidak berpuas hati akibat salah faham. - CARI

24

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
24

Sedih
18

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oppol 30-8-2016 06:13 PM
Tamatkan saja sekolah budak tiga orang tu..
Suruh mereka jaga pantai sabah sinun...
Biar mereka berentap dengan suluk...:
Quote miszclassique 30-8-2016 07:52 PM
oppol replied at 30-8-2016 06:13 PM
Tamatkan saja sekolah budak tiga orang tu..
Suruh mereka jaga pantai sabah sinun...
Biar mereka be ...

Baru nampak pistol dah terketar-ketar cmne nak hantar gi pantai sabah    
Quote Diamje 30-8-2016 08:00 PM
Pengalaman hakak la kan. Biasanya anak pembuli ni mewarisi sifat mak/ayah diorag. Kt skolah hakak ank kerani kaki buli. Maknya mulut hangsuang membuli cikgu lain melalui perkataan mcm memalukan orang, etc. Weolls selalu ckp like mother like son.. i olss mmg x boleh tgk budak tu rasa nak picit2 je molot hangsuang mcm maknya ::
Quote oppol 30-8-2016 08:04 PM
miszclassique replied at 30-8-2016 07:52 PM
Baru nampak pistol dah terketar-ketar cmne nak hantar gi pantai sabah

Nak sangat tunjuk gagah kan...
Tunjuk lah sana..
Quote nolya 30-8-2016 10:07 PM
apa nak jadilah dgn anak2 remaja skr ni, berani betul mukul anak orang sampai cedera parah mcm tu.  Tak terfikir ke apa akan terjadi kalau tercacat atau termati anak orang yg dibelasah tu.   Selalu sangat dah berita2 buli mcm itu terjadi, tak kiralah remaja lelaki ataupun pompuan.  Di mana pincangnya disiplin mereka, di rumahkah atau di sekolah atau memang masalah diri mereka sendiri. Pihak kementerian, sekolah dan mak bapak, sejauh mana peranan yg boleh dimainkan untuk  mensifarkan kejadian2 spt itu.  Nak jadi ape sebenarnya anak2 ni n mostly anak2 melayu pulak tu.
Quote ms.mango 30-8-2016 10:41 PM
Makin lama makin x beradab budak2 zaman skrg..bkn setakat budaklah..yg mango tgk budak yg br pas grad pn masuk office mango jd trainee setahun bahasa xsemenggah.bkn perangai xbaik,baik budak2nya..cuma bahasa tu dorg anggap biasa.smlm ada farewell party utk dorg.rep trainee mintak diberi ucapan.dgn semua head unit n head dept ada kat situ. Apa tau dia ckp? "Thanks korang sebab ajar kitorg byk bende n apa yg korang ajar ni kitorg akan guna sampai bila2".ingt sume yg ada termasuk head dept tu umur sebaya cam dia? Bg speexh lak tgn letak kat poket...adoiiiiiiii ::
Quote vender 30-8-2016 10:49 PM
ms.mango replied at 30-8-2016 10:41 PM
Makin lama makin x beradab budak2 zaman skrg..bkn setakat budaklah..yg mango tgk budak yg br pas gra ...

kalau akk jadi ko terus aku tegur je direct masa tu...


pantang betul budak2 yg kurang ajar ni..
Quote ms.mango 30-8-2016 10:53 PM
Hahhaa..xyah aku tego..boss aku da tego dulu..xde say thanks org bg hadiah, xde budi bahasa...mendapat ko..tah pape..camana la..xkn nanti g interview ckp korang aku dgb interviewer? Tah pape
Quote giyomi 31-8-2016 05:07 PM
bangsat sesgt kebanyakkan bebudak sekola sekarang ni, tak kira lah rendah atau menengah cam sial. Perlu pembubalan akta bagi membolekan pelaku2 sebegini di penjara dan dirotan dan bkn sekadar anta kat sekolah henry gurney atau setarafnya. Di sini mereka seakan2 take things for granted sb mereka tau mereka tak masuk penjara so y bother kata mereka.
Quote rnrpagoh 31-8-2016 05:16 PM
Harap wardina atau syed azmi meminta kerajaan memantau penyeliaan sekolah2 seperti mana mereka meminta kerajaan memantau semua maahad tahfiz seluruh negara.

Quote capiloton 31-8-2016 05:20 PM
kalau aku ni presiden kuku besi.
genetik manusia sampah ni semua aku tendang ke lautan dalam.
hanya genetik baik² aku biar kan hidup.
macam bangsa Aryan.  
Quote cahaya_almas 31-8-2016 08:49 PM
ms.mango replied at 30-8-2016 10:41 PM
Makin lama makin x beradab budak2 zaman skrg..bkn setakat budaklah..yg mango tgk budak yg br pas gra ...

Pengaruh tv n radio..n sewaktu dgnnya....suka sgt  guna korang2.....mmg tkde pn perkataan tu lam bm....
Quote elnor_81 31-8-2016 09:31 PM
ms.mango replied at 30-8-2016 10:41 PM
Makin lama makin x beradab budak2 zaman skrg..bkn setakat budaklah..yg mango tgk budak yg br pas gra ...

Ye..bdk skang mmg xde adab.dgn senior pun korg,kitorg.ble bg speech..kena guna bhs protokol.kami,saya,tuan,puan.
Quote she 31-8-2016 09:48 PM
Sekolah KJ

Weols panggil sekolah Kes Juvana sejak azali dlu lagik

Mati hidup semula pn macik takkan hantar anak macik sekolah situ
Quote isoflavone 1-9-2016 02:25 PM
kesian adik ni..semoga Allah memberikan kesembuhan buatmu adik..
Quote akusukaq 1-9-2016 03:11 PM
elok dihukum sebat di tengah padang mcm banduan utk jadi pengajaran bg yg lain tu. bila ternampak belakang berkecai pasti ramai yg takut
Quote isoflavone 5-9-2016 05:05 PM
Ape citer budak ni skrg??masih di icu ke?
Quote trisnalovezul 5-9-2016 05:13 PM
ya alloh, moga adik ini cpt diberi kesembuhan dan penyakitnya diangkat amin..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.102322 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top