CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengakui Lim Guan Eng Itu Khalifah!

31-7-2013 11:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4447| Komen: 23

Menyamakan Filem The New Village Sebagai Patriotik

Adalah Sama Seperti Mengakui Lim Guan Eng Itu Khalifah!


Berikutan keputusan untuk menangguh filem The New Village, FINAS menyeru semua pihak agar jangan menyalahkan pertubuhan itu kerana meluluskannya.  Menurut FINAS, tugasnya bukanlah untuk meluluskan tayangan tetapi hanya menetapkan tarikh tayangan.


Kuasa untuk meluluskan tayangan berada di tangan Lembaga Penapisan Filem (FCB).  Ini bermakna FCB yang perlu menjawab masalah ini.  Namun, sehingga kini masih tiada apa-apa komen dari FCB.  Ada juga menteri yang menyatakan bahawa tidak adil untuk menghukum filem tersebut berdasarkan trelernya.


Lucu kerana kita tidak mendengar kenyataan yang sama terhadap filem Tanda Putera apabila masyarakat Cina, iaitu kemungkinan besar di kalangan para pensimpati komunis, ‘mengamuk’ apabila treler filem tersebut dipromosikan.  Akibatnya, filem tersebut ditahan penayangan dan hampir dibatalkan.


Ironinya, Tanda Putera ialah sebuah filem sejarah dan dibuat melalui pengkajian yang teliti.  Sekiranya ada yang tersinggung dengan kisah tersebut, maka kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana begitulah caranya kita berlajar dan meneruskan hidup.  Kita tidak boleh memadam atau menukar sejarah semata-mata untuk tidak menyinggung mana-mana pihak berkenaan apa yang nenek moyang mereka telah lakukan.  Malah, semua rakyat Malaysia dari semua kaum wajib menghayati sejarah yang pahit ini.  Inilah satu-satunya cara untuk kita menerapkan semangat patriotik dan nasionalis dalam generasi muda.


Filem The New Village pula adalah berbeza dengan Tanda Putera.  Filem ini dibuat dari kacamata komunis, iaitu musuh.  Apakah patut mana-mana kerajaan atau menteri yang waras yang akan meluluskan filem yang mampu menggugat semangat patriotik yang telah sedia rapuh di kalangan rakyat negaranya?  Apatah lagi di ketika kita semua hampir tenggelam dalam masalah perkauman.


Kita sedia maklum bahawa terdapat usaha berterusan dari anak-anak atau cucu-cucu para komunis untuk menukar sejarah bagi memperlihatkan bapa atau datuk mereka sebagai wira.  Generasi baru ini berada dalam sindrom penafian bahawa bapa dan datuk mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut, musuh serta pembelot kepada negara dan sebaliknya ingin sekali percaya bahawa mereka itu adalah pejuang kemerdekaan.


Tidak kira betapa kuatnya mereka cuba menafikannya, fakta yang kekal ialah komunis ingin mengambilalih negara ini daripada penguasaan penjajah, dan juga dari penduduk asalnya.  Ini menjadikan komunis sebagai penjajah juga, bukan pejuang kemerdekaan.


Entah bagaimana generasi baru ini tidak tahu akan kisah sebenar atau mungkin juga sengaja enggan mempercayai laporan rasmi.  Minda mereka telah terlalu lama diracuni dengan kebencian terhadap kerajaan Melayu.  Mereka percaya bahawa sejarah telah direkodkan dengan penuh prejudis terhadap bangsa di mana komunis digambarkan sebagai jahat kerana mereka terdiri dari majoriti Cina.   Jelas darah rasis begitu pekat di kalangan mereka ini sehingga mereka melihat segala-galanya dari segi ‘kaum’.


Generasi baru Cina harus belajar melihat sejarah dengan minda yang terbuka.  Komunis bukan wira. Komunis menentang British bukan untuk memerdekakan Malaya tetapi untuk menjajahnya.  Sementara British memerintah dengan membawa ketamadunan, komunis pula membawa keganasan dan sama kejam sahaja dengan Jepun.


Tahukah mereka bahawa komunis berpeluang memerintah Malaya selama 14 hari apabila Jepun menyerah kalah.  14 hari itu bagaikan neraka di mana sesiapa yang telah melaluinya tidak mungkin akan melupakannya.


Dalam tempoh itu, komunis (PKM) melalui MPAJA menguasai bandar, balai-balai polis dan pejabat kerajaan.  MPAJA memperkenalkan cukai kepala, harta dan tanah.  MPAJA menghukum sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengan Jepun. Mereka menangkap dan menyiksa orang Melayu yang disyaki bekerja dengan Jepun.  Mereka membunuh Cina yang enggan bekerjsama dengan mereka.  Mereka merompak dan merampas hartabenda rakyat sesuka hati.


Antara kejadian yang direkod:


-  Di Batu Pahat, penghulu dibunuh kerana disyaki bekerja dengan Jepun.
-  Pegawai Daerah dibunuh ketika cuba berbincang degnan PKM
-  PKM menanam seorang imam hidup-hidup kerana bimbang beliau mampu menggerakkan pemberontakan
-  Di Jelebu, masjid dan surau dicemar dengan sengaja
-  PKM membakar rumah-rumah penduduk Kg. Bakor dan Sg. Manik
-  Balai polis Bukit Kepong dibakar bersama dengan polis dan keluarga mereka termasuk anak kecil.


Dalam kata lain, kekejaman komunis menyebabkan British kelihatan seperti penyelamat apabila kembali dan membantu rakyat melawan komunis.


Bahagian sejarah yang ini iaitu 14 hari di neraka ini, menjadikan usaha pihak tertentu untuk menobatkan komunis sebagai wira wajib dikecam.  Usaha mereka ini adalah merepek dan tidak masuk akal sama sekali.


Sekiranya ada yang prihatin terhadap perasaan anak cucu komunis apabila filem Tanda Putera dipromosikan, maka bayangkanlah perasaan anak cucu mereka-mereka yang terkorban dan disiksa oleh komunis apabila filem The New Village mendapat kelulusan tayangan.


Ingatlah bahawa satu dari filem ini adalah berdasarkan fakta sejarah yang mana amat penting untuk pendidikan, manakala satu lagi adalah berdasarkan fakta yang dimanipulasi.  Satu mampu menyemarakkan semangat patriotik, dan satu lagi hanya akan menjadikan keadaan yang sedia tegang menjadi semakin buruk.


Tidakkah ini semua merupakan alasan yang cukup kukuh supaya mempercepatkan tayangan Tanda Putera, dan mengharamkan terus The New Village?  Apakah logik untuk membuka ruang perdebatan lagi?





6

Bagus
8

Marah
22

Terkejut
11

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakgraphic 31-7-2013 02:58 PM
Setuju... Arwah atok aku dulu salah seorang askar yg dipertanggungjawabkan menghapuskan komunis kat dlm hutan... Dia sendiri dh tgk kekejaman puak2 komunis nih... File, New Village ni tak layak ditayangkan di malaysia...
Quote kecimpret 31-7-2013 03:01 PM
pasal pelem kominis pun macai leh putar belit ke DAP


Quote BotakChinPeng 31-7-2013 03:10 PM
Komunis lembik pengecut cuma kuasai sebahagian kecil saja. Malaya.

Quote Babai 31-7-2013 03:13 PM
Cerita aper tajuk yang ada PUTERA tuh sama ke kategori ngan yang ni?
Quote BotakChinPeng 31-7-2013 03:28 PM
Penerbit filem dari dulu hingga sekarang majoritinya adalah lembu bawah tempurung
Quote md.jie 31-7-2013 03:44 PM
komunih malaya dolu mana ada teloq duk lari p siam jahh
Quote TuntungReturn 31-7-2013 06:00 PM
PKM membakar rumah-rumah penduduk Kg. Bakor dan Sg. Manik

ni legend punya cita nieh
Quote AHMADVW 31-7-2013 06:32 PM
Quote AHMADVW 31-7-2013 06:34 PM
Quote roblucci 31-7-2013 06:36 PM
Kominis dan DAP berpisah teda
Quote Vympel77 31-7-2013 06:53 PM
Quote PESlegend 31-7-2013 07:08 PM
Vympel77 posted on 31-7-2013 06:53 PM

Biarpun kekejaman komunis terbukti dengan jayanya oleh bekas-bekas askar Malaya dan juga orang-orang tua yang pernah hidup pada zaman itu
Quote Anak_Nogori 31-7-2013 07:14 PM
Macam mana seorang Ketua Menteri tak tahu beza apa itu PKM dan apa itu PKC?.

kalau macai2 dia tak tahu...boleh faham lah...sebab dia ingat british yg kasi cina warga negara..
Quote uniq61 1-8-2013 09:56 AM
DAP DAN KOMUNIS ADALAH SINONIM.....
ADA YANG MENGANGGAP MEREKA NI PEJUANG....SEPERTI SI MAT SABUn TU...
KOMUNIS DAH TAK MAIN DALAM HUTAN SEBAB MEREKA KALAH TAPI SEKARANG MEREKA DALAM BANDAR.....SENANG BERI RASUAH.....MEREKA YANG TAK HIDUP ZAMAN KOMUNIS NI MEMANG TAK FAHAM DAN TAK RASA BETAPA PENGORBANAN DATUK NENEK MEREKA MENENTANG KOMUNIS.....SEBAB MEREKA MUNGKIN DURI DALAM DAGING..
Quote izamahmed 1-8-2013 10:03 AM
uniq61 posted on 1-8-2013 09:56 AM
DAP DAN KOMUNIS ADALAH SINONIM.....
ADA YANG MENGANGGAP MEREKA NI PEJUANG....SEPERTI SI MAT SABUn T ...

komunis sekarang bersejatakan otak~ merancang strategi
Quote uniq61 1-8-2013 10:13 AM
komunis sekarang bersejatakan otak~ merancang strategi

MELAYU LAK MEMANG MUDAH LUPA...BILA SI KOMUNIS NI BERI KERJA....HABIH DISOKONGNYA CINABENG NI...WALHAL DATUK NENEK MEREKA DISEKSA KOMUNIS...MEREKA TAK TAHU......BAYANGKAN KALAU KERJA DENGAN MEREKA KALAU JAWATAN SAMA DENGAN BANGSA MEREKA....GAJI MEREKA SI CINABENG NI LAGI TINGGI DARI GAJI MELAYU YANG DAH LAMA KERJA....KIRA RACIS LE TU....DIA AMBIL BUMIPUTRA KERJA PUN SEBAB PENUHKAN QUOTA...MUNGKIN ADA YANG TAK FAHAM PERKARA NI...
Quote snipersnake 1-8-2013 10:15 AM
Sementara British memerintah dengan membawa ketamadunan,


nauzubillah....

lost for words already
Quote lkick2113 1-8-2013 10:19 AM
betul la khalipap umar lim tu seorang khalipap....what's wrong about that??
Quote TipahTernoda 1-8-2013 03:50 PM
sesiapa yg pernah mengalami azabnyer  di zaman pengganas komunis pasti tak kan membiarkan filem ini ditayangkan...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.058608 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top