CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemimpin DAP Ditegur Lim Guan Eng Kerana Terima Pingat Kebesaran

15-10-2018 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1718| Komen: 3

Description: Susulan beberapa pemimpin parti DAP dilaporkan menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran daripada Melaka serta Sabah baru-baru ini, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng semalam tampil memberi ...

Susulan beberapa pemimpin parti DAP dilaporkan menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran daripada Melaka serta Sabah baru-baru ini, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng semalam tampil memberi teguran secara terbuka.


Kredit foto: carian internet

Berita Harian melaporkan, Lim Guan Eng berkata, tindakan menerima darjah kebesaran tersebut tidak mencerminkan semangat perjuangan sebenar parti itu sekali gus akan memberikan persepsi lain kepada rakyat.

Tambahnya, ini kerana parti itu tidak sampai setahun menjadi kerajaan di negara ini.

Tegasnya, jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat pada minggu ini bagi membincangkan soal penerimaan darjah kebesaran oleh pemimpin parti itu.


“Saya tidak mahu apa yang saya sebutkan ini sebagai tanda tidak hormat kepada mana-mana kerajaan negeri (yang mengurniakan darjah kebesaran), tetapi kenapa pemimpin kita perlu terima pada tahun pertama kita mentadbir, tunjukkan prestasi berkhidmat untuk rakyat terlebih dulu."

“Kalau ini menyinggung mana-mana pihak di luar parti saya minta maaf kerana saya rasa ini amat penting kerana DAP tidak pernah kejar jawatan.” 

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen DAP Perak ke-18 yang dihadiri 1,303 perwakilan di sebuah hotel di Taiping semalam.

Kredit foto: carian internet

Beliau seterusnya mengambil contoh Allahyarham Tun Ghafar Baba yang lebih senang dirinya digelar sebagai Encik Ghafar Baba.

Jelasnya kalau Tun Ghafar Baba sendiri pun tidak terima, mengapa pemimpin yang lain terima.

“Ketua Menteri Melaka dari Parti Amanah Negara (Adly Zahari) tidak terima juga, mengapa pemimpin kita terima?"

“Jangan lupa, mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang (veteran DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah) tidak mahu gelaran, mereka hanya mahu berkhidmat untuk rakyat saja.”- CARI




10

Bagus
18

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
20

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monsterwife 14-10-2018 04:31 PM
Setuju. Jgn dok gila pangkat sangat. Nanti cultural shock pulak
Quote JohnnySins 14-10-2018 04:36 PM
Semalam, dua wakil rakyat DAP Melaka iaitu Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Adun Bemban, Wong Fort Pin menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.


baru sat tadi ada Pencacai Harapan sekoq tu habaq hanya Melayu yang dapat..sepet tak dak yang menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk.....rentung memang tak layak la....dia tu memang bohong kuat la....wakkakakakakakka

tapi tok nenek moyang depa dulu sibuk pulak nak mintak kerakyatan.....kalau tak bagi dulu tak boleh merdeka..sepet2 dan rentung2 ni memang liabiliti betui......wakakakakakakakkaka
Quote sinalegna 14-10-2018 05:07 PM
Bwh BN la spoil market main sauk je bagi Datokship kat so called ahli perniagaan.. quality teruk sampai pondan &  ayame pon boleh lepas, lantakla asal masyuk

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.090812 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top