CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Ustaz Kopi' Tak Malu Berniaga Di Tengah Lebuh Raya, Buat Ramai Terinspirasi

5-10-2016 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14077| Komen: 33|Original author: Oleh: Adib Za




Kata orang untuk berjaya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dan jangan lupa berdoa!

Mungkin inilah yang menjadi pendorong kepada kejayaan  beberapa orang pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai Ustaz Kopi.

Menjual kopi, teh tarik dan juga sandwich di tengah kesesakan jalan raya adalah cara mereka yang tersendiri bagi melariskan produk mereka ini. 

Namun, siapa sangka ia telah mencetuskan inspirasi dan juga fenomena tersendiri kerana ramai netizen yang memberi sokongan terhadap usaha mereka. 




Tidak pula malu atau tebal muka, sebaliknya pemuda-pemuda dari Ustaz Kopi segera mendapatkan anda yang ingin membeli sandwich daripada mereka. 

Kelibat mereka boleh dilihat di lebuh raya Guthrie yang berhampiran dengan Politeknik Shah Alam setiap pagi, pada waktu puncak di mana semua orang sedang bersesak ke tempat kerja. 

Jika dahulu hanya mereka yang meminta sedekah sahaja sanggup berpanas dan menebalkan muka berada di tengah jalan, namun kini dengan adanya perniagaan bergerak seperti ini ia sangat membantu para pengguna dalam masa yang sama.

Masakan tidak, dalam 'keributan' waktu pagi, ramailah yang terlepas untuk membeli atau menyediakan sarapan. Dengan adanya servis mantap daripada Ustaz Kopi, seolah menjadi jalan penyelesaian kepada warga kota yang serba sibuk. 

Ini pula antara komen netizen terhadap usaha yang ditunjukkan oleh para pemuda tersebut. 





Apa pula kata anda? Pernah mencuba merasai sendiri teh tarik mahupun kopi daripada Ustaz Kopi? - CARI 





8

Bagus

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • emeralda

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 5-10-2016 06:24 PM
Selagi x kacau org..rezeki kt mana2
Quote imransulaiman 5-10-2016 06:36 PM
Dah mohon lesen ke belum? Kang kena saman macam nasi lemak dara
Quote Jamxlon 5-10-2016 07:25 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Quote eyansss 5-10-2016 09:15 PM
idea bagus ni...  tapi harap2 tak mengganggu lalulintas la...  kot orang selamba berhentikan keta sebab nak beli sampai buat jammed jalan...
Quote atekome 5-10-2016 09:35 PM
Kat indon dh lma je bt jual mknan kt tgh jln yg macet
Quote Artemesiaa 5-10-2016 09:50 PM
Niat nak memudahkan orang nak dapatkan sarapan dah baik tapi kalau ada lesen dan tak meganggu lalu lintas lebih baik lagi
Quote xtravaganza 5-10-2016 10:23 PM
Bgsla.. klu jual mcmni xpe.. yg aku xbrape nk suke, "foreigner" mntk sedekah kat jalan raya.. sebijik mcm kat negara seberang
Quote abangbikerz 5-10-2016 10:34 PM
Bagusla tapi tak kacau trafik ke?
Quote jazaa100 6-10-2016 01:02 AM
Ada 3 org ek??....

Hari tu aku nmpak sorang je.....
Yg cute nya dia tak jauh dari polis trafik...polis tu pun bagus tak kacau....

Quote gekkou 6-10-2016 01:22 AM
ada ke lesen penjaja atas jalan macam ni?

MBSA sila wujudkan lesen penjaja bagi kategori berniaga di atas jalan raya begini

usaha bagus dah nk cari rezeki
asal x kacau lalu lintas
dan keselamatan dipelihara
Quote sabar_sabariah 6-10-2016 08:11 AM
hari2 aku lalu jalan ni nak g keje
memula nampak sorang je
lama2 dah tambah geng
dulu dok kat rafik light simpang 4 guthrie tu
tapi dia cover jalan menghala ke shah alam je
skang yg depan politek shah alam tu pun ada wakil jugak
tapi tak pernah dapat beli
sbb aku selalu dok lane tengah
cuak jugak nak suh brader tu lintas jalan
maklumlah rider motor pun banyak
yg penting, jaga keselamatan ye
wa support lu, ustaz!!!
Quote nuralisa 6-10-2016 10:46 AM
jalan tu kalau berenti lama ... tapi sesuai pagi2 jer la..
kalau lane tengah x yah belila kan... kang kena sodok pulak ngan motor...
Quote makbedah 6-10-2016 11:43 AM
Wuuu, menarik juga
Quote mamapea 6-10-2016 12:12 PM
atekome replied at 5-10-2016 09:35 PM
Kat indon dh lma je bt jual mknan kt tgh jln yg macet

mcm2 diorg jual...gigih betul...kesian pun ada aku tengok diorg ni kt tengah2 panas...
Quote Jajabeans 6-10-2016 01:16 PM
sesuai la pilih jalan ni. kt ctu pagi ptg ya rabbi..
Quote missinpiece 6-10-2016 01:19 PM
Pesen menjual mcm ni seswai utk traffic slow n jammed la. Kita pun sedia maklum time pagi2 g keje tu keadaan mcmana. Pandai2la amik peluang, kumpul modal sementara nak berlesen, nak berkedai, nak berbagai2 yg rasmi dan halal disisi mata org ramai tu.. jgn diikut sgt rules mocik tudung peridah kalo A, A je xbleh nak B, C, D..
Quote -electrifying- 6-10-2016 04:31 PM
wktu tgh jammed la best sbb dorg xde nk jalan sgt, smpat nk bg mknn n duit baki
Quote talapia 6-10-2016 05:16 PM
ni kat traffic light 199 sec. hehe... gile lama lampu merah dia... smua memang tarik handbrake and main henpon klau kene lampu merah ni. itu klau takde polis... klau ada polis lagi la lama...  dulu kecoh pasal trepik lite 199 ni... berfikir di luar kotak. saat orang2 komplen lampu merah lama sangat... mereka bole terpikir nak berniaga camni.

sebelum ni pernah nampak foreigner mintak sedekah.. dan jugak pakcik jual keropok kt sini.

apa pon.. harap mereka jaga keselamatan ye. klau berjualan subuh2 tu... bahaya gelap.. kalau dah terang benderang kol 8... memang jem abis time tu.. sesuai la.. nak tunggu lampu ijau sempat habis sandwic sekeping ngan kopi secawan. ngam sangat.
Quote zuri154 6-10-2016 09:19 PM
dah pernah beli sekali sandwich #ustazkopi ni. ok la rasanya

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.035099 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top