Kata orang untuk berjaya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dan jangan lupa berdoa!
Mungkin inilah yang menjadi pendorong kepada kejayaan beberapa orang pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai Ustaz Kopi.
Menjual kopi, teh tarik dan juga sandwich di tengah kesesakan jalan raya adalah cara mereka yang tersendiri bagi melariskan produk mereka ini.
Namun, siapa sangka ia telah mencetuskan inspirasi dan juga fenomena tersendiri kerana ramai netizen yang memberi sokongan terhadap usaha mereka.
Tidak pula malu atau tebal muka, sebaliknya pemuda-pemuda dari Ustaz Kopi segera mendapatkan anda yang ingin membeli sandwich daripada mereka.
Kelibat mereka boleh dilihat di lebuh raya Guthrie yang berhampiran dengan Politeknik Shah Alam setiap pagi, pada waktu puncak di mana semua orang sedang bersesak ke tempat kerja.
Jika dahulu hanya mereka yang meminta sedekah sahaja sanggup berpanas dan menebalkan muka berada di tengah jalan, namun kini dengan adanya perniagaan bergerak seperti ini ia sangat membantu para pengguna dalam masa yang sama.
Masakan tidak, dalam 'keributan' waktu pagi, ramailah yang terlepas untuk membeli atau menyediakan sarapan. Dengan adanya servis mantap daripada Ustaz Kopi, seolah menjadi jalan penyelesaian kepada warga kota yang serba sibuk.
Ini pula antara komen netizen terhadap usaha yang ditunjukkan oleh para pemuda tersebut.
Apa pula kata anda? Pernah mencuba merasai sendiri teh tarik mahupun kopi daripada Ustaz Kopi? - CARI
hari2 aku lalu jalan ni nak g keje
memula nampak sorang je
lama2 dah tambah geng
dulu dok kat rafik light simpang 4 guthrie tu
tapi dia cover jalan menghala ke shah alam je
skang yg depan politek shah alam tu pun ada wakil jugak
tapi tak pernah dapat beli
sbb aku selalu dok lane tengah
cuak jugak nak suh brader tu lintas jalan
maklumlah rider motor pun banyak
yg penting, jaga keselamatan ye
wa support lu, ustaz!!!
Post time 6-10-2016 01:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pesen menjual mcm ni seswai utk traffic slow n jammed la. Kita pun sedia maklum time pagi2 g keje tu keadaan mcmana. Pandai2la amik peluang, kumpul modal sementara nak berlesen, nak berkedai, nak berbagai2 yg rasmi dan halal disisi mata org ramai tu.. jgn diikut sgt rules mocik tudung peridah kalo A, A je xbleh nak B, C, D..
ni kat traffic light 199 sec. hehe... gile lama lampu merah dia... smua memang tarik handbrake and main henpon klau kene lampu merah ni. itu klau takde polis... klau ada polis lagi la lama... dulu kecoh pasal trepik lite 199 ni... berfikir di luar kotak. saat orang2 komplen lampu merah lama sangat... mereka bole terpikir nak berniaga camni.
sebelum ni pernah nampak foreigner mintak sedekah.. dan jugak pakcik jual keropok kt sini.
apa pon.. harap mereka jaga keselamatan ye. klau berjualan subuh2 tu... bahaya gelap.. kalau dah terang benderang kol 8... memang jem abis time tu.. sesuai la.. nak tunggu lampu ijau sempat habis sandwic sekeping ngan kopi secawan. ngam sangat.