Kalau nak buat senarai restoran sedap dan murah di sekitar Shah Alam memang banyak.
Tapi kali ini penulis nak kongsikan satu restoran yang sedap dan murah khas untuk penggemar ayam penyet atau pecal lele. Jadi kepada sesiapa yang berhajat nak makan ayam penyet semurah RM5 boleh lah berkunjung ke sebuah restoran yang tidak jauh dari seksyen 7, Shah Alam. Restoran Ayam Penyet Padang Jawa sememangnya tidak asing lagi dikalangan penduduk Shah Alam terutamanya buat penuntut universiti teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kebiasaannya restoran ni akan penuh diwaktu kemuncak iaitu tengahari. Terdapat pelbagai jenis ayam penyet dan pecal lele disini dengan harga yang sangat murah. Antaranya set pecal ayam, pecal lele, pecal bebola, pecal daging dan macam-macam lagi.
Di restoran ini, pelanggan perlu layan diri dan mengambil sendiri nasi putih dan sup yang telah disediakan disatu tempat. Boleh tambah-tambah macam makan kat rumah kot. Manakala hanya lauk sahaja perlu dipesan. Kalau nak minum penulis cadangkan anda cuba jus manggo atau jus jambu semurah RM1.50 segelas. Cubalah sekali, pasti berbaloi dan puas hati dengan makanan, harga serta layanan di restoran ini. - CARI Alamat: Pecal Lele Padang Jawa Lot 617, Jalan Berangan Kampung Padang Jawa, Shah Alam Selangor GPS: 3.050029, 101.489769 Tel: 019-206 8920 Waktu Operasi: 24 jam kecuali waktu solat Jumaat |
3
Bagus |
2
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT