CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Jimat Pun Kena 'Beragak', Bahaya Guna Minyak Berulang Kali

17-10-2016 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5453| Komen: 18


Sumber foto: http://www.duniainter.net

Makanan bergoreng seperti ayam, keropok lekor, cucur dan sebagainya sememangnya lazat dimakan panas-panas ketika masih rangup. Menggunakan minyak masak yang sama berulang kali sudah menjadi tabiat masyarakat terutama peniaga di warung atau di kedai makan. Nak jimat kos katanya.

Bagaimana pula dengan isi rumah? Berapa kerap anda guna minyak masak yang sama berulang kali? Atau adakah anda berulang kali menggunakannya sehingga minyak yang jernih itu bertukar menjadi hitam?


Sumber foto: Carian Google

Penggunaan minyak masak yang sama berulang kali akan memudaratkan kesihatan. Minyak masak yang dipanaskan pada suhu tinggi akan mengalami tindak balas kimia yang akan menjejaskan kualiti minyak. Sebab itu warna dan rasa minyak berubah selepas diguna berulang kali.

Selepas penggunan yang berulang, minyak masak itu akan kehilangan nutrien yang diperlukan, malah pengambilan minyak tersebut akan memberikan kesan toksik kepada kesihatan. Menurut Dr. Siti Khadijah, pensyarah farmakologi di sebuah universiti tempatan, penggunaan minyak masak berulang kali menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kerosakan tisu pada jantung.

Wanita juga terdedah kepada risiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti aterosklerosis selepas menopaus kerana penurunan aras hormon estrogen yang mempunyai pelbagai kesan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular. Amalan penggunaan minyak masak berulang kali juga menyebabkan penyakit lain seperti barah, kerosakan hati serta osteoporosis.

Untuk menjimatkan kos, masyarakat kita akan berulang kali guna minyak masak yang sama dan hanya akan menggantikan minyak itu apabila warnanya berubah gelap kehitaman. Jadi, penting bagi individu untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai bahaya amalan ini kepada masyarakat, khususnya kepada wanita menopaus. - CARI
18

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
22

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 17-10-2016 05:51 PM
good info.. tq tt..
Quote Inezkhalidi 17-10-2016 07:56 PM
Teringat seorang peniaga ayam gunting dengan muka tak bersalah cerita dia tak pernah buang minyak gorengan. Top up jer hari2 .
Quote AyaqMeloSuam 17-10-2016 08:25 PM
Tauhu acik keksinahhhh
Quote bintun 17-10-2016 10:09 PM
brp kli sbnrnya bole guna?
Quote bungarose 17-10-2016 11:52 PM
Max 4 kali camtu jer
Quote azimodin 18-10-2016 09:48 AM
bintun replied at 17-10-2016 02:09 PM
brp kli sbnrnya bole guna?

Selaku embasador ladang sawit forum cari, setahu meouls paling baik guna 2 kali je... tapi kalau buat deepfry yg sekejap (cam frozen karipap), meouls pakai jugak sampai 3 kali.
Quote ISTRIMITHALI 18-10-2016 10:30 AM
Info yg saya tau.. kalau minyak dlm peket tu max 2 kali je, yg dlm bekas, max 4kali.

kalau salah tlong betulkan ye.hihii
Quote yayangmama 18-10-2016 10:32 AM
kalau saya pulak

goreng ayam saya slalu guna 2x

kalau goreng jemput2 ke donut ke...saya akn guna minyak tu utk tumis2 masak lain

Quote nut.legacy 18-10-2016 02:25 PM
so kene berhati2 beli pisang goreng ke apa yg jual kt luar tu.. mostly recycle minyak berkali2
Quote mamarock 18-10-2016 02:49 PM
Tak beli dah makanan bergoreng kat luar sejak ada yg cakap minyak dicampur plastik..kanser
Quote RatuDunia94 18-10-2016 03:07 PM
Besenya 2x je kadang kalau deep fry tgok minyak dh berkeladak iols buang terus...

Tp jgn terkejut krg ni pon ada jual minyak 2nd hand... Peniaga2 jual goreng2 dorg x buang minak yg dh guna tp jual semula after di tapis..
Quote bintun 18-10-2016 04:14 PM
azimodin replied at 18-10-2016 02:48 AM
Selaku embasador ladang sawit forum cari, setahu meouls paling baik guna 2 kali je... tapi kalau b ...

okk tqq... smala... sj i tnya kotla u guna skli n trus buang... btw ada ke ambassador ladang sawit?  kakaka...
Quote estrelle 18-10-2016 04:39 PM
Minyak paket lah yg recycle
Quote azimodin 18-10-2016 04:41 PM
bintun replied at 18-10-2016 08:14 AM
okk tqq... smala... sj i tnya kotla u guna skli n trus buang... btw ada ke ambassador ladang sawit ...

Walaupon rege Crude Palm Oil rendah.. harga minyak masak still mahal. Mmg rugi la kalau pakai sekali terus buang, melainkan chuols ade duit bertaburan di kabinet TV...
Quote krustykrab 18-10-2016 05:21 PM
kdg org beli minyak mahal2 pastu recycle berkali2.....sihat kat celah mana pun tak tau la
Quote sambaldurian 19-10-2016 01:46 PM
Yeke minyak paket 2nd hand, ak rs sama je dgn botol. Cuma diplastikkan.
Quote hanisbunny 19-10-2016 04:51 PM
sambaldurian replied at 19-10-2016 01:46 PM
Yeke minyak paket 2nd hand, ak rs sama je dgn botol. Cuma diplastikkan.

xslp iols bkn second hand, tp tpsn yg bkn premium mcm mnyk yg dl botol tu..tu la yg klu gune sekejap je dh berkeladak hitamm..klu salah jgn kecam iols..ils skg neh first skl mst gune minyak msk alif  n klu xde option gune saji or seri murni..
Quote hanisbunny 19-10-2016 05:19 PM

keh33 chuols.....bru nk komen dh ade org komen...

cc:keksinah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.102701 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top