CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Cik Ti' Dalam Makanan Lagi, Kali Ini Di Kedai Roti Terkenal Pula

25-10-2016 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6618| Komen: 17|Original author: Oleh: Maly Rosli

Bayangkanlah betapa terkejutnya anda jika anda seorang pengunjung setia di sebuah kedai roti dan ternampak kelibat 'Cik Ti' sedang 'melahap' roti yang baru sahaja dikeluarkan dari pembakar.


Inilah realiti yang berlaku di Mid Valley apabila sebuah francais kedai roti Jepun terkenal di Mid Valley Megamall, Komugi, 'dikunjungi' seekor tikus.



Kejadian ini dimuatnaik di Facebook oleh seorang pengunjung yang dikenali sebagai Melon dan ia mendapat lebih 4000 'shares' pada masa artikel ini ditulis.



Walaupun tidak menyatakan nama kedai tersebut, kedai itu mudah dikenali netizen kerana mereka mengenali reka bentuk tingkap kedai itu selain ia merupakan sebuah kedai yang sememangnya terkenal di kawasan Lembah Klang. 



Melon mendakwa, dia melaporkan isu itu kepada salah seorang staf Kedai berkenaan sebaik sahaja terlihat kewujudan tikus tersebut dengan harapan mereka akan lebih berhati-hati kelak.

"Saya keracunan makanan selepas memakan puding mereka pada Tahun Baru Cina baru-baru ini. Saya telah memaklumkan mereka insiden berkenaan, namun tiada tindak balas sehinggalah saya 'spam' mereka. Bagaimanapun, mereka hanya menawarkan saya kek Hanjuku Cheese sebagai ganti rugi," katanya.

Selain itu, forumer di CARI juga menyuarakan pendapat mereka mengenai isu membabitkan kesihatan pengguna dan orang ramai.

"Dalam display rack boleh lepas masuk, bayangkan dalam dapur. Beranak pinak," kata seorang forumer Cari bernama syabaswater.

"Itu yg terdedah yg kita tahu ,yg berahsia sampai ke kubur kita xtahu," seorang lagi netizen, HannahMontana, menyuarakan pendapatnya.

Isu viral itu bagaimanapun mendapat jawapan balas daripada pihak Komugi Malaysia tetapi komen itu dipadam segera tidak lama selepas ia ditulis. Walau bagaimanapun, seorang netizen bernama Wee pantas bertindak mengambil 'screenshot' komen itu untuk dikongsi orang ramai.

Melalui jawapan balas itu, Komugi Malaysia menyatakan pihaknya telah melaporkan insiden itu kepada pihak pengurusan Mid Valley. Namun, jawapan itu mendapat kecaman netizen kerana Komugi Malaysia  menunjukkan ketidakcekapan mereka dalam menangani krisis.


Sumber foto: FB Melon

Apa yang lebih mengejutkan dan membangkitkan kemarahan orang ramai adalah ayat "Ini adalah sebuah isu yang diketahui umum." Adakah mereka memaksudkan bahawa haiwan perosak itu sudah lama mendiami kedai dan mencemar makanan mereka?

Motif Komugi Malaysia memadam komen jawpan balas mereka masih tidak diketahui. Apapun, orang ramai mengharapkan mereka segera bertindak menyelesaikan isu itu. Selepas membaca artikel ini, adakah anda masih akan mengunjungi kedai itu? - CARI

32

Bagus
18

Marah
25

Terkejut
19

Sedih
20

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 25-10-2016 06:40 PM
biarlah.. tikus pun nak makan roti jugak
Quote matchstick 25-10-2016 06:59 PM
cheese cake mmg peberet cik ti..ntah dh bpa bijik hanjuku cheese cake ditelan cik ti ni
Quote samsurfer 25-10-2016 07:01 PM
Wowww......
Quote CrowneGlory 25-10-2016 07:21 PM
Komugi ni la bakery yg paling aku xkan masuk...konsep terdedah segala roti diletak tgh2 kedai...jgn kan tikus...kdg2 terbyg ntah tgn siapa yg pegang2 ..belum lg batuk bersin bagai dh jd perisa tmbhan roti pulak...jijikz
Quote dubuk 25-10-2016 07:36 PM
uhh sedapnya tidur atas karpet..
Quote ronapink 25-10-2016 07:46 PM
wowww..hebat wartwan cari buat berita..

@HannahMontana , namu mu diseru
Quote aleesyasofia 25-10-2016 08:02 PM
nsb baik xprnh jejak kaki kedai tue..
Quote oppol 25-10-2016 09:46 PM
Tikus tu seekor chef la..
Dia tengah buat roti tu...
Quote tagas 25-10-2016 10:51 PM
Tu kan ratatouile

tikus yg pndai masak
Quote DeeHanania 25-10-2016 11:08 PM
tagas replied at 25-10-2016 10:51 PM
Tu kan ratatouile

tikus yg pndai masak

Kan...c ratatouile tu...alamak geli lak ttiba
Quote WarnaPelangi 26-10-2016 08:56 AM
Apa teruk bebeno tak jaga kebersihan langsung?!
Quote pencariey 26-10-2016 09:46 AM
kasi tutup la itu kedai
Quote applemy 26-10-2016 10:26 AM
Komugi apsal selalu keras je pastry dia? Tak best la.. tapi ai suka pudding karamel & pudding lain2 tu
Quote CrowneGlory 26-10-2016 10:51 AM
Jgn la tikus merayap2 gak kat bakery feveret akak Lavender tuh... terus kembang pulak tekak dpt tau Midvalley rats infested... rasanya semua resto terbabit...
Quote Artemesiaa 26-10-2016 11:44 AM
Pihak pengurusan bangunan pun kena ambil perhatian atas permasaalahan ni agar tak ada kedai lain dapat kes yang sama
Quote ciksom 26-10-2016 02:01 PM
rotatuli datang
Quote starzbites00 26-10-2016 10:42 PM
Euwww...x menjage kebersihan lgsg...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.124168 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top