CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang Lelaki Nekad Bakar Rumah Selepas Bergaduh Dengan Isteri

27-10-2016 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3425| Komen: 16



sumber foto: Astro Awani


Gara-gara bertengkar dengan isterinya, seorang lelaki dikatakan nekad membakar rumah yang disewanya. 

Bernama melaporkan, insiden yang berlaku sekitar 5 petang kelmarin di Jalan Bendahara di Ipoh itu menimbulkan suasana cemas penduduk di kawasan berkenaan berikutan turut menyebabkan lima rumah jiran hangus terbakar.

Bagaimanapun, ketua Zon Satu Balai Bomba dan Penyelamat Perak, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairul Jamil mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau individu yang cedera dalam satu insiden tersebut. 

Tambahnya, anggota bertugas menggunakan lapan buah jentera untuk mengawal kebakaran tersebut setelah menerima panggilan daripada orang awam.


"Kebakaran berjaya dikawal dalam masa tempoh 12 minit dengan kekuatan 27 anggota Balai Bomba Ipoh serta BPP Pasir Putih."

"Selain itu, kita dibantu 18 anggota Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS)." 

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, isteri kepada suspek bersama tiga anak mereka kini berada di Balai Polis Pasir Puteh untuk membuat laporan dan polis sedang mengesan lelaki berkenaan.- CARI


sumber foto: Bernama
sumber foto: Bernama
34

Bagus
28

Marah
18

Terkejut
26

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 27-10-2016 09:57 AM
umah sewa ko gi bako? bijak mung
Quote nononcrux 27-10-2016 10:16 AM
dah kenapa kerana nyamuk kelambu dibakar sian ank-ank .. deret rumah lain pon terkena juga
Quote kuzaime 27-10-2016 10:23 AM
Vavi betul perangai..dah lah bakar pun rumah sewa, umah2 jiran pun hangus sama..
Quote aHoi83 27-10-2016 10:31 AM
Pg la bakar keter ko ke bakar diri sendiri ke. Takat bakar rumah org lain bole la. Bodohnya laki:
Quote lanun_darat 27-10-2016 11:42 AM
Thread kan dah ada semalam ? Kenapa bukak baru.
Quote namirulmukminin 27-10-2016 11:46 AM
Ni mesti gaduh dgn bini sebab bini bising2 bila tuan umah kedaun dah ugut suruh keluar umah sebab x bayor sewa..
Quote CaTtLeRaNcH 27-10-2016 11:47 AM
Jahanam betul kau laki bini gaduh org lain tanggung akibat
Quote CaTtLeRaNcH 27-10-2016 11:47 AM
Jahanam betul kau laki bini gaduh org lain tanggung akibat
Quote antidote 27-10-2016 01:43 PM
selesai masalah ya bang?
Quote -electrifying- 27-10-2016 01:45 PM
xde akai ka
Quote akusukaq 27-10-2016 01:49 PM
tak da masalah bagi dia, bila masuk jel nanti boleh duduk bilik free.kesian kat isteri dan anak anak yg tak berdosa
Quote kuntau 27-10-2016 01:51 PM
Pi tulis novel salahkan kerajaan , tekanan kos sara hidup..  mesti ramai simpati sambil huluq derma.
Quote cupu 27-10-2016 01:59 PM
nekad btol
Quote fox. 27-10-2016 02:21 PM
rumah orang sekali tbakar skrang apa yang ko dapat?
Quote kucing_gebu 27-10-2016 02:38 PM
Edited by kucing_gebu at 27-10-2016 02:39 PM

Kalau aku jd tuan rmh tu mmg aku pelangkong si bahalol ni....
Quote pyropura 27-10-2016 02:48 PM
namirulmukminin replied at 27-10-2016 11:46 AM
Ni mesti gaduh dgn bini sebab bini bising2 bila tuan umah kedaun dah ugut suruh keluar umah sebab x  ...

..tu lah kengkadang mulot bini ni kan,
baru ni aku tengok kat erpot Bangkok kat Boots farmasi tu, ada indian couple dengan anak remaja pompuan (dengor macam Brits yindian), si laki nak cari ubat yg boleh bantu tidor, dia cakap dah 2 hari tak dapat tido, tapi si bini aku dengor berleter macam tak setuju laki dia ambik ubat tu, dia kata not necessary lah, ubat tu entah apa2 lah, tak tau ubat tu dari mana lah, patutnya bila dah tau laki awak dah tak tido 2 hari, paham2 lah kan, at least diam ....  tu memang nak cari pasal je ...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.049049 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top