Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Kementerian Pendidikan sedia membubarkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) supaya murid -murid semua dapat menimba ilmu dalam keadaan yang menggembirakan tanpa tekanan menghadapi peperiksaan. Menurut beliau, Kementerian Pendidikan akan menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), seperti sebelum ini, ujian PT3 menggantikan PMR. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah penilaian sama rata iaitu 50 peratus peperiksaan dan akademik manakala 50 peratus lagi dinilai melalui displin, kehadiran, kokurikulum dan sukan seseorang murid itu. Jelas Mahdzir, cadangan menggantikan UPSR kepada PBS sudah beberapa kali dibangkitkan namun, ia perlu diperhalusi secara terperinci dan kini berada di peringkat akhir kajian.
Ketika ini, katanya kementerian giat mengumpul pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan termasuk guru dan ibu bapa sebelum ia dilaksanakan. Sekiranya semua pihak bersetuju dengan cadangan tersebut, maka itu, pihak berkaitan akan terus memulakan pelaksanaan program transformasi tersebut. Jika pihak kerajaan sah membubarkan UPSR, jadi pada masa akan datang ini peperiksaan kerajaan hanya tinggal Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).- CARI
|
17
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT