CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KEMASKINI: Punca Pembunuhan 4 Mayat Ada Kaitan Dengan Konflik Agama Di Myanmar

31-10-2016 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13871| Komen: 148

Sumber Foto: Awani

Polis Kelantan sahkan dua daripada mayat yang ditemui di Kampung Tanjung Hilir, Bekam adalah warga Myanmar.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata kepada Astro Awani pihaknya percaya kejadian pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan konflik agama di Myanmar.
"Kita percaya kes ini bukan kes culik, its not kidnaping for ransom sebagaimana di Filipina, tetapi dipercayai mungkin bermula dari pengaduhan agama di Rohingya, Myanmar, dibawa ke sini,  jadi pembunuhan itu berlaku. Mungkin kerana pembunuhan dendam agama, pembalahan agama, perkelahian agama."
Pengecaman mayat dilakukan oleh rakan mangsa berdasarkan kesan tatu, manakala dua lagi mayat dalam pemeriksaan forensik.

“Dipercayai (mangsa) empat lelaki dan warganegara mereka kita percayai Myanmar. Kes ini ada kaitan dengan kes culik yang telah dilaporkan berlaku di Kota Bharu, oleh penyelia dia (mangsa), yang mengatakan empat pekerja Myanmar telah diculik oleh sembilan lelaki bertopeng, disyaki warganegara Indonesia. Siasatan awal kita percaya, dua dari yang diculik dan telah dikenalpasti sebagai mangsa pembunuhan. Disahkan setelah dicam oleh rakan dia berdasarkan tatu,” katanya lagi. -CARI
 
4 Mayat Berulat Dalam Semak Ditemui Di Bachok

Gempar empat mayat ditemui dalam kawasan semak berhampiran sawah di Kampung Tanjung Hilir , Bekelam di Bachok semalam.

Siasatan awal polis mendapati mayat-mayat tersebut ditutup dengan plastik dan mempunyai kesan tikaman di badan dan perut.

Ketua Polis Negeri, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata kepad Utusan, pihak polis mendapati mayat tersebut dipercayai dibunuh sekurang-kurangnya tiga hari lepas di tempat lain sebelum dicampakkan ke kawasan itu.

"Berdasarkan pemerhatian awal, kesemua mereka berusia di antara 20 sehingga 30 tahun, cuma salah seorang daripada mereka mempunyai tatoo di tangan. Pembunuhan ini dipercayai dilakukan secara berkumpulan atau lebih dari seorang."

Polis juga tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan disebabkan ada kesan luka di tangan dan peha mayat.

Tambah Ab. Rahman, motif pembunuhan masih belum diketahui namun mungkin disebabkan pergaduhan atu elemen dendam menyebabkan kesemua mangsa dibunuh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. -CARI

8

Bagus
4

Marah
18

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 31-10-2016 12:01 AM
Gambar tempat kejadian
Quote nuralisa 31-10-2016 12:02 AM
Ini yg aku tgk video tu ...teruk sgt keadaan mayat.. katanya 3 lelaki 1 pompoan...
Quote insulin 31-10-2016 12:03 AM
Mat dadah ke tu?

Btw, lama x nampak kaka @Syd.
Quote chazey 31-10-2016 12:04 AM
Siapakah mereka Syd?  Mangsa seludup manusia or dasar penjahat selayaknya mati?
Quote OmJualGas 31-10-2016 12:05 AM
Bunohan....
Quote Ipo 31-10-2016 12:06 AM
Baru tgk kat video kat fb...teruk mayatnya..
Quote Syd 31-10-2016 12:08 AM
Selang seli tgk bola ni
Quote Syd 31-10-2016 12:09 AM
Lagi gambar
Quote GhostWalking 31-10-2016 12:10 AM
Ramai nau mayat??
Quote Syd 31-10-2016 12:16 AM
Edited by Syd at 31-10-2016 12:18 AM

Kemaskini jam 23:50hr

Terkini: Polis sahkan 4 mayat ditemui akibat dibunuh

BACHOK: Polis mengesahkan kesemua empat mayat yang ditemui petang tadi di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, di sini, akibat dibunuh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata mangsa berusia 20 hingga 30 tahun itu dibunuh menggunakan modus operandi sama iaitu muka ditekup dengan plastik dan setiap mangsa mempunyai dua kesan tikaman di perut dan dada.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayat mereka dicampak ke lokasi berkenaan memandangkan kawasan berkenaan sunyi.

"Berdasarkan mayat mangsa, kesemua mereka dipercayai dibunuh sejak tiga hari lalu dan kita tidak menolak kemungkinan kejadian kejam itu dilakukan sekumpulan suspek.

"Setakat ini, jantina dan warganegara belum dapat disahkan lagi dan polis tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media.

Ab Rahman berkata, gerakan memburu suspek akan diperhebatkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pihak polis.

Terdahulu, mayat mangsa ditemui jam 6.35 petang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Quote akukah 31-10-2016 12:17 AM
Rasanya pergaduhan antara gengster.. Bachok tu antara lubuk gengster kt klantan
Quote PongKang 31-10-2016 12:22 AM
mcm kat brazil lak.. pembunuhan camni
Quote batmana 31-10-2016 12:24 AM
de gangster pmpn skali ke
Quote mommymonster82 31-10-2016 12:28 AM
Errrr ngerinyaaaa
Quote komag 31-10-2016 12:33 AM
[fbv]1118830304832851[/fbv]
Quote ultra78 31-10-2016 12:37 AM
chazey replied at 31-10-2016 12:04 AM
Siapakah mereka Syd?  Mangsa seludup manusia or dasar penjahat selayaknya mati?

Yang pasti tak mungkin sakit jantung secara berjemaah
Quote honeybee1802 31-10-2016 12:39 AM
Eiii...no mercy macam kerja siae jah...
Quote exclusive_vvip 31-10-2016 12:39 AM
Kesian pada yg memula jumpa mayat2 tersebut...mesti tak lalu makan,takleh tido
Quote miszclassique 31-10-2016 12:45 AM
Mak oi ngerinya

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.063599 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top