Di Haines, Amerika Syarikat, seorang anggota polis boleh dianggap sebagi seorang yang sangat jujur kerana menyaman diri sendiri selepas gagal mematuhi lampu isyarat. Menurut Tim Glover, dia memerhatikan rakaman kamera keselamatan di satu persimpangan jalan raya di bandar tersebut untuk mengesan pesalah trafik. Tidak lama kemudian dia melihat sebuah kereta peronda polis melintasi persimpangan itu selepas lampu isyarat bertukar warna merah.
Dia mendapati bahawa kenderaan tersebut adalah miliknya dan tidak menyedari telah melanggar lampu merah semasa pulang dari membeli makan tengah hari. Walaupun mempunyai pilhan untuk mengabaikan video berkenaan, namun dia menggunakan video tersebut sebagai bukti untuk menyaman dirinya sendiri. “Saya perlu bersikap adil kerana saya pernah memberi saman kepada kawan, rakan setugas dan juga ahli keluarga saya sendiri," kata Glover kepada Dailymail. Dia didenda sebanyak AS$158 (RM664) dan diberi amaran untuk kesalahan tersebut. Tambahnya lagi, “Saya diajar untuk bertanggungjawab sekiranya melakukan sebarang kesalahan dan menerima hukumannya.” -CARI |
8
Bagus |
3
Marah |
11
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 31-10-2016 01:15 PM
ni namanya integrity... Polis malaysia??? meh iols nak cerita pengalaman iols 3 hari lepas...
Iol ...
babyleo68 replied at 31-10-2016 01:27 PM
Kesian uolls... Nape tak maki je polis tu? Iolls selalu ke maki diorang ni. Bengang banyak kali ke ...
Orix replied at 31-10-2016 01:34 PM
mse tu iols dalam kereta..... dah lepas keluar simpang dari jalan yg iols stuck tu... kalau awal2 ...
babyleo68 replied at 31-10-2016 03:29 PM
Iolls yang dengar ni pun geram suka2 guna kuasa. Yang dalam kete tu pun boleh buat bodoh je ...
Orix replied at 31-10-2016 03:38 PM
Kalau org biasa iols tak hangen sgat, ini polis! Polis yg duk gigih menyaman org kalo parking mera ...
ADVERTISEMENT