Mesin basuh baju tugasnya adalah mencuci baju. Tapi tahukah anda, mesin basuh juga perlu dibasuh bagi menjamin keberkesanannya mencuci pakaian anda? Jika anda tidak mencuci mesin basuh, ia akan menyebabkan kerosakan, sekali gus baju anda akan berbau 'kepam'selepas dibasuh dan ditinggalkan semalaman atau terdapat benda seperti kertas atau tisu yang dicarik-carik melekat pada baju selepas dibasuh.
Tak susah nak basuh mesin basuh ni. Hanya memerlukan beberapa langkah mudah dan mesin anda akan siap dicuci! Langkah Pertama Cabut penapis di dalam tangki dan cuci sebersih mungkin, kemudian pasang semula. Langkah Kedua Paras air anda hendaklah pada tahap maksima dan pilih mod 'TUB CLEANING'. Jika tiada mod ini, anda boleh pilih mod 'SOAK' atau yang penting, pastikan anda pilih cycle 'WASH' sahaja.
Jangan letak apa-apa pakaian di dalam mesin basuh semasa proses mencuci mesin dijalankan. Langkah Ketiga Masukkan bahan pencuci bersesuaian apabila paras air sudah 1/3 penuh. Pastikan bahan pencuci mengandungi: 1. 300 gm Sodium Percarbonate atau Sodium Carbonate atau; 2. 300 gm Sodium Borate (Borax) atau; 3. 300 gm Jenama Calgon, Cosway atau Oxy atau; 4. 140 gm Soda dicampur dengan 750 ml cuka putih yang telah dicampur di dalam bekas lain terlebih dahulu atau; 5. Campurkan pencuci jenama Zip Active Formula dengan 300 gm Bicarbonate sebelum dimasukkan ke dalam mesin atau; 6. Jika malas atau ketiadaan bahan di atas, anda tidak perlu letak apa-apa bahan. Cumanya, kurang berkesan lah. Langkah Keempat Jika anda memilih mod TUB CLEANING atau SOAK, proses mencuci mesin selesai selepas program cucian telah siap. Manakala, jika anda hanya memilih WASH sahaja selama 3 minit, anda perlu biarkan mesin terendam selama sejam. Selepas sejam, pilih mod 1. WASH 8 minit 2. RINSE 2 kali 3. Spin 1 minit Pastikan tiada keladak yang tinggal di dasar tangki. Jika masih ada, cuci penapis dan ulang semula langkah membasuh, bilas dan keringkan sehingga tiada kesan keladak yang tertinggal. SIAP! Jika anda tidak yakin dengan bahan cucian, carilah bahan khas untuk mencuci mesin basuh di pasaraya terdekat. Semoga berjaya! - CARI |
27
Bagus |
47
Marah |
38
Terkejut |
22
Sedih |
30
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 1-11-2016 09:32 AM
nt nak buatlah
UsuFie replied at 1-11-2016 11:12 AM
ooo....selama ni tak pernah basuh mesin basuh...
nasib hasil cucian xda bau kepam...
zameyla replied at 1-11-2016 02:34 PM
rajinnya ko.......
Aku skrg nk basuh baju selai dgn tangan pun malas...
UsuFie replied at 1-11-2016 02:46 PM
sis dah salah paham ni...ayat usu mengelirukan kot...
maksud usu...
usu tak pernah ' ...
essence replied at 1-11-2016 04:31 PM
kita pun serupa tak pernah nak 'clean' washing machine cuma rajin cuci benda yg macam 'pembaris' yg ...
chinta89 replied at 8-11-2016 02:08 PM
iols x penah basuh mesin basuh.. hahaha.
zulka replied at 8-11-2016 02:10 PM
ntah2 byk lipas dlm tu
zulka replied at 8-11-2016 02:09 PM
pembaris? haha
tu filter namanya...
ADVERTISEMENT