Bangunan ibu pejabat polis di Jakarta, Indonesia dikatakan akan menjadi sasaran para penunjuk perasaan yang berlangsung hari ini. Memetik laporan portal Detiknews di Indonesia, untuk mengawal keadaan perhimpunan, dua unit meriam air kelihatan berada di kawasan bangunan Ibu Pejabat Polis Unit Jenayah yang terletak di pusat bandar Jakarta termasuk beratus-ratus polis telah ditugaskan sejak malam kelmarin lagi. Di samping itu, puluhan anggota polis juga dikerahkan bersiap sedia di hadapan bangunan. Berdasarkan maklumat yang diperoleh AFP, kini terdapat sebuah syarikat swasta iaitu Sabhara yang mempunyai kakitangan kira-kira 100 orang dan pegawai Brimob daripada dua syarikat, mereka dilihat sedang 'duduk' dalam keadaan berjaga-jaga.
Manakala, pasukan keselamatan yang memegang alat penghalang atau shield turut kelihatan bersedia untuk menjamin kelancaran proses demonstrasi. Sementara itu, sehingga jam 8.05 malam, aliran trafik di Jalan Medan Merdeka Timur, arah ke Tugu Tani dan Jalan Medan Merdeka Utara kelihatan ramai orang tapi lancar pergerakannya.- CARI |
ADVERTISEMENT