Seorang pengarah urusan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) dan dua lagi ditahan reman lima hari bagi siasatan kes salah guna kuasa, menerima dan memberi suapan melebihi RM10 juta.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman ke atas ketiga-tiga mereka sehingga Selasa depan. Berdasarkan laporan Sinar Harian, pengurus besar syarikat GLC yang berusia 56 tahun itu direman bersama dua individu lain iaitu seorang pengurus besar syarikat kontraktor bergelar Datuk dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kontraktor. Semalam, pasukan siasatan SPRM menahan pengurus besar GLC itu di kediamannya di Seremban. SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM30,000 serta dua buah kereta jenis Audi TT, sebuah Toyota Hilux dan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson milik suspek di kediamannya. Selain itu, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank milik saspek dan isteri serta anak-anaknya yang melibatkan wang berjumlah kira-kira RM2.5 juta, yang disyaki diperoleh secara rasuah.
Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana menerima dan memberi suapan.- CARI |
13
Bagus |
24
Marah |
15
Terkejut |
15
Sedih |
21
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
white_musk replied at 11-11-2016 08:42 PM
Mesti pengurus besar tu kapir lehnat kan.. Tak mungkin melayu mostlame keji mcm ni
ADVERTISEMENT