Peti Rahsia Yang Dicari Oleh Yahudi (Tabut)
Gambaran tabut oleh Yahudi
Apabila bani israel dizaman Nabi Daud meminta seorang raja untuk menyatu padukan mereka dan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan, Allah memperkenankan doa mereka, Allah jadikan Tolut sebagai raja mereka dengan didatangi oleh malaikat peti Tabut sehingga mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka. Peti tersebut mempunyai barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan barang-barang orang-orang soleh dari keturunan yahudi. Mereka mendapat ketenangan dengan peti tersebut. Telah jelas kepada kita bahawa peti tersebut adalah mulia pada sudut sejarah di zaman Nabi Musa dan Nabi Harun, kita tahu sesungguhnya Allah telah menurunkannya pada Nabi Musa yang mengandungi wasiat-wasiat berguna sebagaimana terdapat juga pada kitab Taurat sebagai bukti, dan ketika Nabi Musa mengadap Allah di Bukit Thur Sina, Diantara bahan sejarah tersebut telah diambil oleh musuh yahudi selama tujuh bulan. Terdapat dalam Taurat menceritakan bahawa Tabut adalah diukir daripada kayu dan emas kerana mengikut perintah Allah, panjang Tabut adalah satu meter atau 1/4 meter sementara lebar 75 sentimeter. Demikian juga tinggi nya. Diriwayatkan Bani Yahudi akan membawa Tabut dibarisan hadapan tentera mereka supaya mendapat kemenangan, mereka mempercayai Tabut akan memberi kemenagan kepada mereka. Terdapat riwayat daripada Nabi Daud yang mengatakan mereka kan mendapat kemenangan apabila mereka kembali memilki Tabut. Tabut pada pandangan yahudi lebih suci dari segala kitab-kitab suci yang terdapat pada mereka, mereka letakan ditengah khemah dan Nabi Daud akan hadir bersama mereka. Dan ketika Nabi Sulaiman membina binaan (tempat suci), Nabi Sulaiman meletakkannya di sudut yang paling tinggi, dalam bilik yang tidak berjendela dan dihadapan mihrab mereka percaya Roh Allah akan menjelma pada Tabut, dan ketika runtuhnya tempat suci itu, maka hilanglah Tabut dan terbakar bersama binaan yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman. Terdapat berbagai kisah tentang Tabut, sehingga terdapat kisah juga yang mengatakan anak nabi Sulaiman, hasil perkahwinan dengan Puteri Balkis telah melarikan Tabut ke Mesir. Kemudian ke Habsyah tetapi yahudi tetap mencari Tabut yang berbentuk kotak kecil diperbuat daripada kayu yang telah berusia paling sedikit 3200 tahun. Ketaksuban untuk mencari Tabut ini dapat dilihat di dalam filem Hollywood Kesannya Setengah daripada kaum yahudi berpendapat Tabut tersimpan dibawah masjid Al-Aqsa. Dimana terdapat juga orang-orang palestin memberi kerjasama mencari Tabut kerana terdapat riwayat seorang lelaki Jordan telah ternampak peti tersebut ditanam satu tempat di Masjid Al-Aqsa. Kaum yahudi akan tetap mencari Peti Tabut tersebut walaupun memakan masa berkurun tetapi untuk membuktikan bahawa mereka adalah kaum yang memihak kepada kebenaran. Sebenarnya mereka sendiri telah terpesong jauh dari hakikat kebenaran, mereka sendiri memutarkan belitkan fakta sejarah. Semua yang yahudi cari, yahudi akan menganggapnya satu perkara yang suci. Diantara Pencarian yang telah ditemui oleh kaum Yahudi. eti Tabut ini mungkan diantara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaum yahudi sendiri telah menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui peti sebenar. Apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas. Pencarian masih lagi dilakukan sekarang ini di bawah masjid Al-Aqsa dan sekitarnya. Ini telah merosakkan struktur asas binaan masjid ini (lihat gambar di bawah). Tetapi malangnya ramai umat Islam yang lena tidur dibuai oleh permainan Yahudi di media massa dan sebagainya. Di Bawah Masjid Al-Aqsa |
ADVERTISEMENT