CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berpegang Pada Kata, Proton Memperkenalkan Model Terakhir 2016: Proton Ertiga

24-11-2016 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8119| Komen: 31

Proton Holdings Bhd mengotakan kata-kata mereka untuk melancarkan empat model kereta dalam 2016 dengan memperkenalkan Proton Ertiga, model keempat dan terakhir dalam tahun ini.



Menurut Astro Awani, Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu diperkenalkan melalui kerjasama Proton dengan Suzuki Motor Corporation dari Jepun.

Ertiga merupakan MPV kompak pertama di Malaysia diberi status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Malahan ia dijual pada harga mampu milik, iaitu  antara RM58,800 hingga RM64,800, dan didatangkan dengan dua versi iaitu executive serta executive plus.


Dalam masa sama, Ertiga turut dilengkapi teknologi drive-by-wire yang akan memantapkan lagi prestasi kereta untuk lebih responsif.

“Kereta famili dengan 6 tempat duduk ini dilengkapi enjin 1.4 VVT yang diperbuat daripada aluminium ringan untuk kedua-dua varian. Suntikan kuasa multipoin (MPI) menghasilkan penjimatan penggunaan bahan api pada 5.7L/100km.

“Anda akan dapat merasakan kehalusan kereta ini pada kelajuan 110km/h dan 2900 rpm di mana enjin agak senyap dan penyerapan bunyi jalan serta angin yang baik membuatkan pemanduan kereta lebih selesa kerana kesenyapan ketara dari segi tahap kebisingan, getaran dan kekasaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali kepada Astro Awani.



Sumber foto: http://www.protonertiga.proton.com

Bukan sahaja jimat minyak, malah kereta ini juga direka untuk menawarkan keluasan ruang dan keselesaan yang mampu menepati cita rasa dinamik dan gaya hidup keluarga moden hari ini.

Kedua-dua versi model itu diberi penarafan empat bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Selain itu, Datuk Ahmad menegaskan bahawa jualan MPV ini tidak akan menjejaskan model Exora kerana masing-masing direka untuk segmen pasaran berbeza. - CARI

34

Bagus
26

Marah
20

Terkejut
21

Sedih
9

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ronapink 20-11-2016 09:43 AM
errrr   ERTIGA
Quote OmJualGas 20-11-2016 09:49 AM
Brapa airbag?
Quote lanesra 20-11-2016 09:53 AM

Two front airbags
Quote otai_g 20-11-2016 09:53 AM
OmJualGas replied at 20-11-2016 09:49 AM
Brapa airbag?

2 bang. Kat sit dpn sahaja.
Quote otai_g 20-11-2016 09:56 AM
Soalan klise, blh pnjg genting x? Ekon sejuk x?
Quote ninnakarinna 20-11-2016 09:58 AM
Murahnya..
Quote roy3 20-11-2016 10:01 AM
Kalu harga range gitu okla.
Quote lanesra 20-11-2016 10:08 AM
otai_g replied at 20-11-2016 09:56 AM
Soalan klise, blh pnjg genting x? Ekon sejuk x?

bolehhh, yakinlah kepada Proton.
Quote ronapink 20-11-2016 11:25 AM
1.5 kete sebesar tu..agak2 la..

orang kecik nak bawa barang besar..agak2 la..


jadi ERTIGA ni sesuai dengan harga, cuma pengguna jangan aspek macm 2.5 la
Quote otai_g 20-11-2016 11:43 AM
ronapink replied at 20-11-2016 11:25 AM
1.5 kete sebesar tu..agak2 la..

orang kecik nak bawa barang besar..agak2 la..

1.4 la kak bkn 1.5
Quote wirazam 20-11-2016 12:44 PM
kalau cc 1.6 pun ok...
Quote wirazam 20-11-2016 12:44 PM
nih rivals kpd alza ke?
Quote SWORKS27 20-11-2016 12:57 PM
KERETA NI LAJU TAK DEKAT HIWAY??
KALAU KETUK2 PINTU BUNYI TIN KOSONG TAK?
TINGKAP BOLEH ROSAK TAK?
1.4 ?? LARAT KE NAIK BUKIT?
Quote syafarah_2k 20-11-2016 01:10 PM
Edited by syafarah_2k at 20-11-2016 06:21 PM

Buruk design :zz


next!   
Quote cHimo 20-11-2016 01:15 PM
Peyno mana peyno?
Quote drivethru 20-11-2016 01:22 PM
Kereta pilihan supir di indonesia. Memang selesa.
Quote dubuk 20-11-2016 05:32 PM
tak ada nama lain ke
Quote tomatome 20-11-2016 06:18 PM
Rindu peyno.. Tiada lagi pejuang proton
Quote lanesra 24-11-2016 06:11 PM
Proton Ertiga MPV Terbaharu Di Pasaran Tempatan




SHAH ALAM: Proton Holding Berhad melancarkan model terbaharu kenderaan pelbagai guna (MPV), Ertiga  yang ditawarkan bermula pada harga RM58,800.

MPV kedua selepas Proton Exora adalah kenderaan terbaharu keempat yang dikeluarkan syarikat tempatan itu untuk tahun ini.

Berkapasiti enam tempat duduk, ia adalah model sulung pengeluar kereta nasional itu hasil kerjasama strategik dengan Suzuki.


Proton Ertiga yang dibangunkan berasaskan model Suzuki Ertiga, dijana oleh enjin petrol 1.4 Liter dengan VVT dan merupakan kenderaan pertama keluaran Proton yang mendapat pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata model baharu ini dilengkapi teknologi drive-by-wire sekali gus memantapkan lagi prestasi kereta untuk lebih responsif.

"Anda akan dapat merasakan kehalusan kereta ini pada kelajuan 110km/j dan 2900 rpm di mana enjin agak senyap dan penyerapan bunyi jalan serta angin yang baik.



"Ia membuatkan pemanduan kereta lebih selesa kerana kesenyapan ketara dari segi tahap kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH)," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Proton Ertiga di sini, Khamis.

Jelas beliau, Proton Ertiga bukan sahaja jimat minyak malah ia direka untuk menawarkan keluasan ruang dan keselesaan.

"Ventilasi penyaman udara yang luas di barisan kedua memastikan udara sampai sehingga ke barisan ketiga bersama ruang atas yang luas serta ruang letak kaki yang cukup selesa untuk menampung dua orang dewasa.

"Tuil akses pintar dengan satu sentuhan pada kerusi barisan kedua membolehkan penumpang masuk atau keluar dengan cepat dan mudah ke barisan ketiga," katanya.



Tempat duduk belakang boleh lipat bukan sekadar menyediakan kepelbagaian susunan tempat duduk tetapi mewujudkan ruang kabin yang mencukupi dan memuaykan barangan lebih muatan.

Barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk menampung ruang sebanyak 735 liter.

Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu transmisi automatik empat-kelajuan dan transmisi manual lima-kelajuan.

Kedua-dua varian menawarkan keselesaan seperti konfigurasi kerusi gelongsor yang memberikan ruang mencukupi di tempat duduk yang ketiga.

Ia juga didatangkan dengan perehat lengan di barisan kedua, pengarasan lampu depan dan empat pembesar suara.

Dari aspek keselamatan, MPV baharu itu antara lain dipasang dua beg udara di bahagian hadapan, sistem brek ABS + EBD dan stereng kuasa elektronik.



Kehadiran MPV segmen B itu bakal memberi saingan kepada kenderaan sekelasnya, termasuk Perodua Alza dan Toyota Avanza.

Sepanjang tahun ini, Proton sudah melancarkan tiga model baharu iaitu Perdana pada Jun lalu, Persona (Ogos) dan Saga (September).

Pelancaran model baharu berkenaan adalah sebahagian daripada program pemulihan Proton selepas kerajaan meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion kepada syarikat automotif negara itu pada April tahun ini.

MPV baharu itu dijual pada harga RM58, 800 (1.4L Executive MT), RM61,800 (1.4L Executive CVT) dan RM64,800 (1.4L Plus CVT).

Ia didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Ruby Red, Carnelian Brown, Cotton White dan Metal Grey.

Proton mensasarkan jualan MPV baharu ini sebanyak 1,500 unit sebulan.

- mstar -

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.067418 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top