CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bro! Nak Kelihatan Lebih Cool, Kenalah Tahu Cara Berpakaian Betul

30-11-2016 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10241| Komen: 11|Original author: Oleh: Maly Rosli

Ada banyak cara untuk kita ketahui personaliti seseorang. Cara berpakaian juga merupakan salah satu cara untuk kita lihat keperibadian seseorang. Anda akan kelihatan lebih 'cool' jika mengenakan pakaian dengan cara yang betul dan sesuai. 

Jom, lihat bagaimana!
1. Menggulung lengan baju

Gulung separuh lengan baju hingga paras lengan, kemudian gulung separuh lagi bahagian yang sudah digulung tadi. Biarkan sebahagian hujung lengan (cuff) terdedah. Cara yang pantas untuk gaya yang 'cool'!


2. Saiz seluar jeans



Jangan pakai seluar jeans yang terlalu besar atau terlalu sendat. Gunakan dua jari untuk mengukur saiz pinggang seluar.


3. Seluar pendek



Jika mahu berseluar pendek, anda akan kelihatan lebih macho dan bergaya jika seluar pendek anda berada dua atau tiga inci dari paras lutut.


4. Stoking putih



Stoking putih hanya dipakai ketika bersukan, kecuali untuk anak yang bersekolah. Selain itu, jangan padankan stoking putih dengan mana-mana pakaian!


5. Kasut 
Jangan pakai kasut sama setiap hari! Bukan wanita sahaja perlukan banyak kasut, tetapi lelaki juga harus memiliki dua atau tiga pasang kasut. Apa salahnya belanja lebih sedikit untuk tampil lebih menarik, bukan?


6. Tali pinggang
Padankan warna tali pinggang dengan kasut anda. Ini penting agar anda terlihat lebih 'match' dengan pakaian yang dikenakan.


7. Masukkan baju ke dalam seluar



Jangan masukkan T-shirt polo dan kemeja kasual ke dalam seluar. Bagaimanapun, jangan biarkan kemeja formal anda kelihatan seperti 'dress' dengan tidak memasukkannya ke dalam seluar. 


8. Blazer




Seperti seluar jeans, jangan pakai blazer yang terlalu besar dan terlalu kecil. Blazer yang kecil akan membataskan pegerakan anda manakala blazer yang besar akan membuat anda kelihatan selekeh. Sebaiknya, pilihlah blazer yang betul-betul sesuai dengan saiz anda. Selain itu, jangan kenakan butang bawah!


9. T-shirt leher-V (V-neck)



Sumber foto: Youtube BuzzFeedYellow

Tolong jangan pakai T-shirt dengan leher-V yang terlalu besar. Pastikan bahagian bawah leher-V tidak melebihi dua atau tiga inci dari tulang selangkang. Atau, pakai sahaja T-shirt leher bulat bagi sentuhan klasik.


Akhir sekali, jangan membataskan kreativiti anda untuk mencuba gaya baru. Yakin dan percaya pada diri anda untuk bermain dengan warna dan mencuba corak serta rekaan berlainan. Tunjukkan pada dunia siapa diri anda sebenarnya. - CARI
11

Bagus
16

Marah
15

Terkejut
13

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 30-11-2016 04:20 PM
mmg sis suro laki sis buat macam ni
Quote MyNameIsIris 30-11-2016 05:11 PM
Paling suka lelaki kalau pakai kemeja lipat lengan... thats my husband.. auuwwww
Quote Nt-ViruS 30-11-2016 09:24 PM
MyNameIsIris replied at 30-11-2016 05:11 PM
Paling suka lelaki kalau pakai kemeja lipat lengan... thats my husband.. auuwwww

hey its me..your husband
Quote sundayz0 1-12-2016 01:07 AM
Aku pakai jaket sama 3 tahun, seluar jeans sama 2 tahun dan baju moto je sepanjang tahun tetap nampak kacak hensem tampan sepanjang masa.
Quote d_dalia 1-12-2016 07:44 AM
@Andyscenes @kentel @terpaku @Apai90 @lotion @melinda_kerr @moonela @WhiskeyScotch
Quote Fienomenology 6-12-2016 04:49 PM
X guna penampilan kemas tapi bau badan bau tengkik dan bau nafas mulut bau longkang.
Quote Hamizan718 31-12-2016 03:39 PM
no 9 tu xleh bla kalau pakai je mesti member2 bash...hahah...cakap gay..sial terpaksa x pakai buat taek je dalam loker
Quote fefeeling 1-1-2017 11:30 PM
Just be yourself
Quote fefeeling 1-1-2017 11:30 PM
Mcm2 tips tp attitude hauk pun xguna
Quote bazarayamy 4-4-2019 12:46 PM
lelaki nak bergaya senang jer.. jangan overdo it and yg penting kena kemas... bleh cari style yang digemari kat sini https://bazaraya.my/fashion-store/men-shop semua ada, banyak pilihan yang menarik.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.042870 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top