CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kerap Merapikan Kawasan Miss V? Anda Berisiko Dijangkiti Penyakit Kelamin

8-12-2016 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8749| Komen: 36|Original author: Oleh: Maly Rosli

Seorang wanita yang pentingkan kebersihan diri pasti akan merapikan bulu ari-arinya. Namun, awas! Jika anda kerap melakukannya, anda berisiko dijangkiti penyakit kelamin (Sexually Transmitted Infections/STI).




Menurut portal US News, sebuah kajian mendapati mereka yang merapikan seluruh bulu di bahagian kemaluan lebih dari 11 kali dalam masa setahun adalah berisiko tinggi dijangkiti STI.

Bagaimana jangkitan boleh berlaku? Jika tergores kulit ketika merapikan bulu pubis tak kiralah sekecil mana luka itu, ia mampu menyebabkan jangkitan.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan bagi meneliti lebih lanjut mengenai perkara ini.

Dalam ujian yang dilakukan, hasil kajian menemukan 84 peratus wanita melakukan perapian pada bulu pubis berbanding lelaki (66 peratus). Dalam ujian yang dilakukan, hasil kajian menemui lebih ramai wanita melakukan perapian pada bulu pubis iaitu 84 peratus lebih banyak daripada lelaki.


22 peratus daripada jumlah itu merupakan golongan yang paling kerap merapikan pubis iaitu setiap hari atau seminggu sekali. Manakala 13 peratus daripada jumlah berkenaan mengaku dijangkiti penyakit kelamin seperti herpes, sifilis, AIDS, dan HIV.


Sumber foto: Carian Internet

Pada masa ini, penelitian masih belum dapat membuktikan kebiasaan merapikan bulu pubis berisiko meningkatkan penularan penyakit kelamin. Penyelidik juga belum dapat memastikan seberapa cepat penyakit kelamin menular selepas pubis dirapikan. 

Oleh itu, dapatkanlah nasihat pakar mengenai cara betul untuk merapikan bulu di bahagian alat sulit serta buatlah pemeriksaan berkala untuk memastikan anda bebas daripada jangkitan kemaluan STI. - CARI

12

Bagus
17

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
23

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 8-12-2016 07:20 PM
cara baik gunting bulu jangan shave nnti tumbuh panjang. nak lg bagus ambil seletip letak gam gajah letak kt bulu lepas tu sentap. nanti cabut sampai akar serabut.
Quote jerukkedondong 8-12-2016 07:44 PM
CiliPadiSedap replied at 8-12-2016 07:20 PM
cara baik gunting bulu jangan shave nnti tumbuh panjang. nak lg bagus ambil seletip letak gam gajah  ...

Ouiiiiii....nangis la ....jeritan ke sekian pelusuk alam...silap2 x berfungsi terus miss v tu     
Quote prettyuglybabe 8-12-2016 10:13 PM
CiliPadiSedap replied at 8-12-2016 07:20 PM
cara baik gunting bulu jangan shave nnti tumbuh panjang. nak lg bagus ambil seletip letak gam gajah  ...

kaka dah buat ke?    
Quote amyza 8-12-2016 10:13 PM
Alamakkkkkkk
Quote d_dalia 9-12-2016 11:55 AM
@moonela @yokoono @lotion @melinda_kerr @intan_smsb @bellaa
Quote yokoono 9-12-2016 12:08 PM
CiliPadiSedap replied at 8-12-2016 07:20 PM
cara baik gunting bulu jangan shave nnti tumbuh panjang. nak lg bagus ambil seletip letak gam gajah  ...



nak gunting..letih nk bongkok menelek helaian yg harus digunting
nak seletip&letak gam gajah lalu tarik..mahu 1 borneo ni dgr meols menjerit

lalu shave la langkah plg mudah, cepat & pantas
Quote yokoono 9-12-2016 12:10 PM
d_dalia replied at 9-12-2016 11:55 AM
@moonela @yokoono @lotion @melinda_kerr @intan_smsb @bellaa



meols pencukur tegar , xgigih  nk membongkak 1 jam menggunting helaian yg ade

mohon anyone bukak 'barber hair' shop utk selesaikan masalah ini... xpayah nk bongkok2 pegi kedai jah
Quote syidarohim 9-12-2016 01:08 PM
Lagi satu yang orang selalu terlepas pandang, guna shaver yang dah lama.. Sebab kadang2 blade tu dah ade kesan karat. Itu lagi bahaya. Silap2 hari bulan leh dapat kancing gigi...
Quote intan_smsb 9-12-2016 05:21 PM
d_dalia replied at 9-12-2016 11:55 AM
@moonela @yokoono @lotion @melinda_kerr @intan_smsb @bellaa

mohon buka saloon perapian nanti
Quote CiliPadiSedap 9-12-2016 05:34 PM

kaka buat kt spa je. buat cmtu belum pernah lg sbb cmni cukur tak elok sebenarnya. trim n sentap ok. lg satu rajin tangas. buat sendiri kt rumah untuk kesihatan dalaman
Quote prettyuglybabe 9-12-2016 05:37 PM
CiliPadiSedap replied at 9-12-2016 05:34 PM
kaka buat kt spa je. buat cmtu belum pernah lg sbb cmni cukur tak elok sebenarnya. trim n sen ...

tak reti nak guna wax..
seriau lagi satu..
Quote CiliPadiSedap 9-12-2016 05:38 PM
yokoono replied at 9-12-2016 12:08 PM
nak gunting..letih nk bongkok menelek helaian yg harus digunting
nak seletip&letak gam gaj ...

adalah jual cecair bg rasa kebas kt situ. bila rasa kebas kena rentap ok je. maaf tak tahu cecair itu apa. tp yang pasti bukan minyak angin. blh refer spa atau klinik provide servis miss v
Quote cik-jaja 9-12-2016 06:02 PM
huhuuu malu
Quote lotion 9-12-2016 08:19 PM
yokoono replied at 9-12-2016 12:08 PM
nak gunting..letih nk bongkok menelek helaian yg harus digunting
nak seletip&letak gam gaj ...

Lenguh tengkuk uols gunting
Shave lg sng
Igt nk g buat brazilian wax tu x g2 pun
Malu aaa
Quote lotion 9-12-2016 08:20 PM
intan_smsb replied at 9-12-2016 05:21 PM
mohon buka saloon perapian nanti

Sape nk bukak nnt mohon buat dgn rapi ye
Quote intan_smsb 9-12-2016 11:33 PM
lotion replied at 9-12-2016 08:20 PM
Sape nk bukak nnt mohon buat dgn rapi ye

Harap tiada CCTV atau sewaktu dgn nya
Quote Redvine 12-12-2016 10:10 AM
lotion replied at 9-12-2016 08:19 PM
Lenguh tengkuk uols gunting  
Shave lg sng
Igt nk g buat brazilian wax tu x g2 pun

opismate kite wat brazilian wax b4 holiday ngan pakwe...motippp??
Quote yokoono 13-12-2016 09:21 AM
intan_smsb replied at 9-12-2016 05:21 PM
mohon buka saloon perapian nanti



kan..... vagicure
Quote yokoono 13-12-2016 09:23 AM
lotion replied at 9-12-2016 08:19 PM
Lenguh tengkuk uols gunting  
Shave lg sng
Igt nk g buat brazilian wax tu x g2 pun



kan...meols pun malu nk buat brazillian wax tu

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042961 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top