CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jarang Digunakan, Tiba-tiba Perkataan 'Baharu' Bahasa Melayu Jadi Tular Di Media Sosial

9-12-2016 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22652| Komen: 41|Original author: Oleh: Maly Rosli

Berapa kerapkah anda membelek kamus bahasa Melayu (BM) atau lebih tepat lagi, Kamus Dewan Bahasa? Kalau adapun, pasti jarang-jarang sahaja, bukan?

Menurut Harian Metro, sikap malas membuka kamus BM menjadi punca utama sesetengah perkataan BM terasa janggal digunakan dan seperti berbelit lidah mahu menyebutnya.

Tak salah masyarakat mahu memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris (BI) dengan mempraktikkan penggunaan perkataan BI dalam kehidupan seharian. Namun, apa yang terjadi hari ini adalah penggunaan perkataan BI telah menenggelamkan bahasa kebangsaan kita.

Sejak dipaparkan di akhbar Harian Metro semalam (Khamis), senarai perkataan baharu bahasa Melayu telah meluas ditularkan di laman sosial. 


Sumber foto: Harian Metro


Walaupun kesemua perkataan itu sebenarnya sudah lama diterbitkan dalam kamus bahasa Melayu, namun penggunaannya yang kurang menyebabkan perkataan itu kelihatan seperti perkataan baharu. 

Malah, mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang sememangnya tidak pernah melihat atau mendengar perkataan itu, jauh sekali mengetahui maksudnya.

Perkongsian senarai perkataan itu di media sosial mendapat perhatian ramai netizen. Boleh dilihat, ramai juga netizen yang cuba membina ayat dengan menggunakan perkataan tersebut.


Sumber foto: FB My Media Hub

Bagaimana dengan anda? Boleh anda bina satu ayat dengan menggunakan perkataan yang disenaraikan? - CARI
21

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
21

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 9-12-2016 12:26 PM
bod kongsi viral boleh tukar kpd kongsi tular
Quote Artemesiaa 9-12-2016 12:39 PM
Media massa kena le selalu gunakan perkataan tu supaya masyarakat cepat faham dan mula gunakannya
Quote mokcikKSKB 9-12-2016 12:39 PM
Jeraya tu bahasa sarawak utk jalan
Quote ronapink 9-12-2016 01:28 PM
janggal sekejap je..
dah dibiasakan, menjadi biasa la..
Quote bianglala 9-12-2016 01:54 PM
tularkan perkatan-perkatan ini supaya cepat menular dan disebut dalam perbualan.

satu lagi ;

BOOTH = RERUAI
Quote bianglala 9-12-2016 02:02 PM
ini juga masih belum cukup tular lagi.

kita dah terlalu biasa cakap "supper" dan "lunch"

Quote pearl.silver 9-12-2016 02:45 PM
Tak sesuai laa TT guna kata akar dalam tajuk tu
Jarang Digunakan, Tiba-tiba Perkataan 'Baharu' Bahasa Melayu MENULAR Di Media Sosial

Menular, Penularan bukan perkataan baru pun
Memang selalu digunakan
Tapi kalau dok guna kata akar dia, mmg orang x guna
Quote whadda 9-12-2016 03:48 PM
patut la pelik je tular tu.. penularan rupenye
Quote batmana 9-12-2016 05:12 PM
foto kn dri english

ptutnya swagambar

Quote umbut 9-12-2016 08:47 PM
Buruknya
Quote jazaa100 9-12-2016 09:32 PM
ronapink replied at 9-12-2016 01:28 PM
janggal sekejap je..
dah dibiasakan, menjadi biasa la..

Mcm bahasa trisna je....
Skrg ni dj radio pun dah tak guna perkataan engineer...skrg dah jd insiyur....
Quote jazaa100 9-12-2016 09:35 PM
bianglala replied at 9-12-2016 02:02 PM
ini juga masih belum cukup tular lagi.

kita dah terlalu biasa cakap "supper" dan "lunch"

Dr @ipes2 pernah dgr tak perkataan pelik ni...

Quote ronapink 9-12-2016 09:37 PM
jazaa100 replied at 9-12-2016 09:32 PM
Mcm bahasa trisna je....
Skrg ni dj radio pun dah tak guna perkataan engineer...skrg dah jd insiy ...

hahahaha..

trisna mendunia..

tapi kitaada kamus dewan..yendon  hader
Quote ipes2 9-12-2016 11:13 PM
bianglala replied at 9-12-2016 02:02 PM
ini juga masih belum cukup tular lagi.

kita dah terlalu biasa cakap "supper" dan "lunch"

hah?? apakah semua ini??
gabi, gaban, cicp ni amende semua nya
sy masih tak berapa faham perkataan cuak, berselingkuh, penamaan, gelangadangan dan afew lagih..
...tetiba kuar tular ular etc!!
Quote sueburn 9-12-2016 11:14 PM
Gabi tu mcm sesuai buat short form gile babi..
Quote ipes2 9-12-2016 11:17 PM
jazaa100 replied at 9-12-2016 09:35 PM
Dr @ipes2 pernah dgr tak perkataan pelik ni...

uishhh merepek betul... mcm sy kata tadi sy masih tidak faham penggunaan perkataan cuak, penamaan, berselingkuh, gelandagangan dan beberapa lagi..tgk tgk kuar lagi benda yg lbih pelik!
Quote ipes2 9-12-2016 11:19 PM
jazaa100 replied at 9-12-2016 09:35 PM
Dr @ipes2 pernah dgr tak perkataan pelik ni...

pascanilai??? what the he**? ingat macam pancaran ray sakti ke apa
Quote ronapink 10-12-2016 01:20 AM
ipes2 replied at 9-12-2016 11:13 PM
hah?? apakah semua ini??
gabi, gaban, cicp ni amende semua nya
sy masih tak berapa faham perkata ...

hihihi..latah doc..

viral = tular, kata dasar dia.biasa kita tulis..wabak itu menular bla bla bla..atau penularan..
Quote Lagubestbest 10-12-2016 02:32 AM
Biar gomen jela pakai tu. Tak praktikal langsung bahasa. Siap kene explain kat orang pulak, buang masa.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.060507 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top