CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Berperang Di Dapur? Langkah Ini Dapat Elak Ikan Keli Dari Meletup

16-12-2016 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5938| Komen: 17|Original author: Oleh: Maly Rosli

Pernah tak anda rasa macam nak pergi berperang saja kalau nak menggoreng ikan di dapur terutama ikan keli?

Tangan kanan pegang sudip, tangan kiri pegang penutup periuk. Gaya macam pegang pedang dan perisai di medan perang zaman pertengahan saja.


Walaupun mudah didapati dan murah harganya, ikan keli sangat sedap dimakan terutama jika dimasak gulai lemak, dibakar, dimasak gulai tempoyak, digoreng bercili, digoreng sahaja dan macam-macam lagi lah!



Tetapi itulah, masalah besarnya satu sahaja iaitu semasa mahu menggorengnya. Tunggu sahajalah saat ia meletup-letup di dapur. Bagi yang jarang masuk dapur tu, pasti terjerit-jerit, kecoh di dapur!

Sebenarnya memang agak bahaya pun kerana takut juga jika meletup, minyaknya memercik ke muka atau mana-mana bahagian anggota badan dan menyebabkan kecederaan serius.


Bagi mengelakkan minyak dalam kuali meletup-letup apabila menggoreng ikan keli, cuba beberapa langkah ini:


Sumber foto: Carian Internet

1. Semasa menyiang ikan, kikis lendir pada badan ikan dengan menggunakan pisau.

2. Lumur tepung pada keli dan biar seketika sebelum dibilas.

3. Semasa panaskan minyak, masukkan satu sudu kecil serbuk kunyit.

4. Semasa mahu menggoreng ikan keli tersebut, gaulkan dengan garam, kunyit dan sedikit perasa ataupun disalutkan dengan tepung. Jangan lupa tutup kuali dengan tudung periuk!

5. Jika tidak mahu ikan melekat pada kuali, masukkan kulit bawang semasa menggoreng ikan.


Bagaimana, mudah bukan? Selamat mencuba! - CARI
17

Bagus
34

Marah
18

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 16-12-2016 05:47 PM
Ada orang kata masuk asam keping utk elakkan meletup letup
Quote siskepoh 16-12-2016 05:49 PM
balik keja nak masak ikan keli!
Quote prettyuglybabe 16-12-2016 08:45 PM
tunggu mak aku masak jah..
confirm tak meletup kena tangan
Quote sabar_sabariah 19-12-2016 10:26 AM
munchkin replied at 16-12-2016 05:47 PM
Ada orang kata masuk asam keping utk elakkan meletup letup

aku ingatkan masuk asam keping tu taknak bagi ikan melekat kat kuali
Quote munchkin 19-12-2016 11:15 AM
sabar_sabariah replied at 19-12-2016 10:26 AM
aku ingatkan masuk asam keping tu taknak bagi ikan melekat kat kuali

Oh ye ke?
Quote sabar_sabariah 19-12-2016 11:26 AM
Edited by sabar_sabariah at 19-12-2016 11:32 AM

aku selalu tengok family in law aku asal goreng2 je mesti campak sekeping dua asam keping.
aku tanya, dorang kata tak nak bagi melekat
aku cakap, tak nak bagi melekat, kuali kena basuh bersih2
kena sental kuali guna berus dawai tubukan guna span je
(melainkan kalau basuh kuali yg anti lekat)
bila bersih, insyaAllah tak melekat
mak aku goreng takde pun letak asam keping


Quote -electrifying- 19-12-2016 02:20 PM
terasa mcm nk mkn ikan keli plak ha
Quote munchkin 19-12-2016 03:11 PM
sabar_sabariah replied at 19-12-2016 11:26 AM
aku selalu tengok family in law aku asal goreng2 je mesti campak sekeping dua asam keping.
aku ta ...

Aha i see. Interesting
Quote PenjualAPAD 20-12-2016 03:10 PM
Beli jer kat kedai, xde la meletup nya
Quote Bangku 24-12-2016 02:46 PM
Nak Hilang lendir cuci ngan asam Jawa...dah bersih dan kering  boh garam kunyit lumurkan lagi ngan asam jawa..goreng ikan ngan asam jawa..jng banyak2 asam jawa kang lepas goreng hitam melampau ikan tu..api jng la besar2..
Quote Ipo 25-12-2016 09:09 PM
tak suka goreng ikan keli
sampai aku ambik tudung periuk besar cover muka masa nak kalih ikan tu
macam nak berperang
Quote KakManja 26-12-2016 03:49 PM
terbaikk!!
Quote KakManja 26-12-2016 03:49 PM
terbaikk!!
Quote fefeeling 1-1-2017 03:18 PM
Hahahaha selalu sgt berperang habis bertanda2 tangan sampai kaki kadang2 tu
Quote Ladybosss 20-1-2017 05:52 PM
Good info
Quote hatikudus 23-1-2017 02:59 PM
Aku tutup aje kuali tu...gerenti dia meletup2 dlm kuali je, dapur akupun tak kotor
Nak elak lekat, aku ikut petua org dedulu. Biar kuali bebetul panas baru masuk ikan tapi masa nak masukkan ikan tu kecikkan dulu api supaya myk tak terpercik2 keluar...sekian
Quote pyaarAmor 3-2-2017 09:23 AM
Keli selalu makan kt kedai je..x berani nak pegang keli yg belom masak..u know y..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.085419 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top