Dua buah kapal kontena iaitu APL Denver dan Wan Hai berlanggar sehingga menyebabkan berlaku tumpahan minyak di Johor Port, Pasir Gudang malam kelmarin.
Memetik laporan Bernama, pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam kelmarin, kesan perlanggaran tersebut menyebabkan tumpahan minyak daripada tangki kapal Apl Denver. "Kapal Wan Hai juga dilaporkan mengalami kerosakan bekalan tenaga (power failure) menyebabkan kapal tidak boleh dikawal dan akhirnya melanggar bahagian tangki." "Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati tumpahan minyak yang dianggarkan kira-kira 300 tan telah memasuki kawasan perairan Singapura dan Pulau Ubin dilihat menerima impak tumpahan tersebut." Jabatan Alam Sekitar kini sedang membuat siasatan ke atas dua kapal kontena yang terlibat untuk mencari punca sebenar berlakunya kejadian berkenaan.
Sementara itu, The Straits Times melaporkan Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) telah menggunakan empat kapal anti pencemaran dan 'oil boom' untuk mengawal tumpahan minyak. Menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA), ia telah mengaktifkan lapan kraf anti pencemaran dengan keupayaan semburan cecair untuk membersihkan minyak. Tambah MPA, tiada kecederaan atau kesesakan dilaporkan di Selat Johor dan operasi pelabuhan Singapura tidak terjejas.- CARI |
6
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cknoriz replied at 4-1-2017 07:00 PM
brp byk benang daaaaa
ADVERTISEMENT