Hanya tiga hari selepas rasmi menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS), pelantikan Donald Trump terus mendapat bantahan jutaan penunjuk perasaan dari seluruh dunia termasuk 1.35 juta wanita negara ini yang berarak di Los Angeles, New York, Chicago, Denver dan Boston.
Selain orang awam, bantahan yang merebak ke beberapa bandar lain di seluruh dunia dengan le-bih 600 perarakan itu turut disertai oleh golongan kurang upaya (OKU), penduduk Islam dan aktivis. Beberapa selebriti Hollywood turut mengambil bahagian termasuk Madonna, Scarlett Johansson, America Ferrera, Ashley Judd, Gloria Steinem, Micheal Moore dan ramai lagi. Menurut penganjur, perarakan berkenaan disertai kira-kira 750,000 orang di Los Angeles, 400,000 berarak di New York dan di Chicago, manakala sebanyak 200,000 menyertai perarakan sama di Denver dan Boston. Selain Britain, bandar lain di Eropah yang turut mengambil bahagian dalam perarakan bagi menyatakan bantahan itu termasuklah Barcelona, Rom, Amsterdam, Geneva, Budapest, Prague, Berlin dan Paris.
Tunjuk perasaan di Australia, New Zealand dan beberapa negara Asia lain pula dikatakan berlangsung kelmarin.- CARI
|
17
Bagus |
22
Marah |
9
Terkejut |
23
Sedih |
34
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT