CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sumber Inspirasi, Budak Perempuan 4 Tahun Ini Sudah Baca Seribu Buku

23-1-2017 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5273| Komen: 16|Original author: Oleh: Myra Rozi

Mengagumkan dan sangat memberikan inspirasi. Itu adalah antara kata-kata yang dapat menggambarkan seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia empat tahun tapi sudah membaca sebanyak 1000 buah buku.



Daliyah Arana sudah mula membaca seawal usianya dua tahun, dan buku pertama yang dibacanya berjudul Ann’s Big Muffin.

Lagi menarik, kanak-kanak ini telah dijemput datang sebagai tetamu khas ke perpustakaan terbesar dunia iaitu U.S Library of Congress bersama keluarganya.

www.washingtonpost.com

Jemputan khas itu adalah dari pustakawan Carla Hayden yang teruja dengan potensi dan keistimewaan Daliyah. Dia juga turut menawarkan Daliyah untuk menjadi seorang pustawakan untuk sehari di sana.

Menurut ibunya, Haleema yang bercakap pada Washington Post, dia telah mendaftarkan Daliyah dalam program membaca dan tidak menyangka yang anaknya dapat menghabiskan 1000 buah buku.

www.washingtonpost.com
Sejak Haleema mengandung lagi dia sudah membacakan buku kepada Daliyah yang masih dalam perut. Bahkan selepas lahir, kanak-kanak bijak itu selalu mendengar dan memerhati abangnya membaca.

Memang menjadi rutin anak cilik dari Georgia, Amerika Syarikat ini untuk pergi ke perpustakaan setiap hari bagi meminjam buku. Comel bukan?

Dalityah juga mempunyai impian untuk membaca 1500 buah buku sebelum menjejakkan kaki ke tadika dan berazam untuk menolong gurunya mengajar kanak-kanak lain membaca kelak.

www.washingtonpost.com
Wah, serius bagus dan sangat bermanfaat hobi yang dipunyai kanak-kanak ini. Bukan sahaja dapat mempelajari benda baharu setiap hari, malah menjadi contoh terbaik kepada kanak-kanak lain seusianya.

Ibu bapa di luar sana bolehlah mula melatih anak-anak rajin membaca sejak dari dalam perut lagi, ya? -CARI
25

Bagus
27

Marah
17

Terkejut
29

Sedih
40

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 23-1-2017 03:47 PM
Kalau sekolah Kat sini, isi buku nilam utk tiap2 buku yg dia baca, terus menang ni..
Quote ajinomotonosuga 23-1-2017 04:26 PM
Aku kecik kecik dah khatam Mona Gersang, Tijah Jonggang, Hujan Malam
Quote WhiskeyScotch 23-1-2017 04:50 PM
Tahniah adik. Semoga menjadi manusia yang berjaya di masa akan datang.
Quote chinta89 23-1-2017 05:31 PM
kat mesia ni kalau budak2 bijak genius pun bila besar bakattak bkembang ke mana... x caya, tgk lah ape jd dgn bbrpa budak pintar mesia.
Quote siskepoh 23-1-2017 05:36 PM
kiki. sis umur 4 tahun dok sebok usung botol susu sana sini agaknya. adik ni da baca 1k buku. dahsyat2
Quote -electrifying- 23-1-2017 05:52 PM
program nilam... huhu
Quote cik-jaja 23-1-2017 05:59 PM
sebut psal buku nilam, teringat slalu kelentong..bantai je isi pape yang terlintas kat kepala
Quote Artemesiaa 23-1-2017 06:18 PM
Wah bagus nya orang dewasa pun tak ramai yang mampu sebegitu
Quote Coisybee 23-1-2017 08:52 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Quote FARRAZOOL 23-1-2017 09:41 PM
Good job adik
Quote aTiKah_aYuNi 24-1-2017 09:14 AM
wow....bijak mengisi masa lapang....
Quote cmf_ultraviolet 24-1-2017 02:37 PM
bagusnya - semoga minat berpanjangan
Quote ReginaGeorge 28-1-2017 05:08 PM
4 tahun i still gigih bergayut atas pokok ngan kawan sekampong
Quote mbhcsf 30-1-2017 05:34 PM
that is  awesomeeee Daliyah....cool stuffs.
Quote mbhcsf 30-1-2017 05:35 PM
budak dah boleh baca , suka sangattu discovering something, parents suka nurture minat , good combination, and dia pun tinggal dalam suasana yg menyuburkan minat ni.

so iktibar pada  saya , bagus this gal.
Quote bubblegummy 3-2-2017 04:44 AM
Tips dr ibu dia sgt berguna

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.061531 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top