CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pedas Manis, Rasa Sambal Goreng Tempe Istimewa Buat Lidah Berpesta

23-1-2017 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8479| Komen: 32|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sebut sahaja tempe, pasti terbayang keenakan rasanya yang lemak, apatah lagi jika dimasak dalam pelbagai cara termasuk goreng dan dijadikan sambal.


Rahsia dan khasiat yang terkandung dalam bahan ini tidak dapat dinafikan lagi kerana ia sememangnya bagus untuk kesihatan anda kerana kaya dengan protein dan vitamin.

Kali ini, apa kata kita cuba resipi pedas dan manis, Sambal Goreng Tempe istimewa yang pasti membuatkan selera makan anda bertambah.

Foto: Pinterest.com
Bahan-Bahan

500 gram tempe dihiris nipis
5 biji bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
6 biji cili merah dihiris halus
1/2 cm lengkuas
1 batang serai
Air asam jawa
Minyak
Belacan
Garam
Gula 

Cara-cara
1. Goreng tempe hingga warna kuning keemasan, angkat lalu toskan minyaknya.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili sampai naik bau.
3. Tambahkan asam jawa, belacan, garam dan gula secukup rasa.
4. Tambahkan sedikit air supaya bahan-bahan menjadi sebati.
5. Tambahkan lengkuas, dan serai. Gaul hingga rata.
6. Masukkan tempe dan gaul sehingga sebati.

Boleh tambah kacang tanah dan bilis jika suka.

Siap dan boleh dihidangkan. Senang sahaja kan? Paling sedap dimakan dengan nasi panas, dan tambah pula dengan kicap. Memang tak pandang kiri dan kanan lagi.

Selamat mencuba! -CARI
13

Bagus
11

Marah
14

Terkejut
4

Sedih
12

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 23-1-2017 05:33 PM
sedapnya resipi tempe ni.mmg umphhhh. mmg biasa makan!
Quote cik-jaja 23-1-2017 05:51 PM
terliur den..mkn dgn nasi kosong je pon sedap dah ni...
Quote dubuk 23-1-2017 06:38 PM
makan ratah pun sedap nii
Quote kimchipedas 23-1-2017 09:09 PM
Pedas2 sedap nih
Quote Logix 24-1-2017 03:02 PM
Nak tya..

Lengkuas dan serai tu dihiris halus atau diketuk saje?
Quote lnakass 24-1-2017 03:25 PM
Senangnya resepi. Bole try ni.
Quote doublethread 24-1-2017 03:53 PM
Apa saja melibatkan tempe dan unsur2 kejowoan, ai is suke. So, thanks!
Quote mirandanicky1 24-1-2017 11:52 PM
Ini sangat sedappppppppp
Quote WhiskeyScotch 25-1-2017 11:13 PM
Sedappppp sangatttt. My fav lauk ni. Nak lagi sedap letak ikan bilis dengan kacang. Heaven!!! Boleh ratah macam tu je janji digoreng garing-garing.  
Quote shara154 26-1-2017 09:48 AM
Sedapnya. Buat garing2 tahan lama
Quote HazeLJoseph 26-1-2017 04:49 PM
Sedapnya nampak  mengiurkan..
Quote vanillaninja 26-1-2017 05:13 PM
Tempe goreng yang garing pun dah sedap sangat dah bagi i
Quote sherry70 29-1-2017 08:00 PM
Kasi Saya tempeh goreng he da cukup..memang makanan keluarga  tempe ni
Quote ayuniaa 31-1-2017 12:32 PM
sedapnyer
Quote cahayamataku 3-2-2017 01:07 AM
favourite ni !
Quote bubblegummy 3-2-2017 04:38 AM
Sedappp, feveret jgk ni
Quote pyaarAmor 3-2-2017 09:07 AM
Kegilaan ku!
Quote nimiz 3-2-2017 11:04 AM
thanks for sharing
Quote nimiz 3-2-2017 11:04 AM
thanks for sharing

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.061391 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top