CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rasa Enak Luar Biasa, Ini Resipi Siput Mentarang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

3-2-2017 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23295| Komen: 26|Original author: Oleh: Myra Rozi

Siput mentarang mungkin kedengaran agak janggal bagi sesetengah orang namun jangan pandang rendah dengan rasa dan kenikmatannya yang setanding dengan makanan laut yang lain.


Biasanya siput mentarang  atau nama saintifiknya Pholas Orientalis ini boleh dijumpai di pantai berselut di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor.

Menariknya, makanan ini boleh disediakan dengan pelbagai jenis cara. Jom tengok antara resepi mentarang yang menjadi pilihan.

Mentarang Bakar
Foto: knizam.com
Cara-cara: 

1) Basuh mentarang bersih-bersih dan bakar. 
2) Cicah dengan pelbagai sos mengikut citarasa anda

Mentarang Kukus
Foto: www.enyabdullah.com
Bahan-bahan
Mentarang (dibersihkan) 
 3 batang serai (ditumbuk) 
Perahan lemon/jus limau nipis Daun sup (dipotong kasar) 
Sedikit sos ikan Sedikit halia 
Cara-cara : 
1) Campurkan semua sekali dan curahkan ke dalam mentarang.
 2) Kukus sehingga mentarang masak selama 30-45minit.

Mentarang Sos Tiram Bercili
Foto: Facebook
Bahan-bahan
1-2 kg mentarang 
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk cili 
4 ulas bawang putih, dicincang
3 ulas bawang besar dicincang
3 batang serai dihiris nipis atau diketuk
1 pokok daun sup, dipotong
1 biji telur, dipukul
Cara-cara:
1) Gaul sebati sos tiram dan serbuk cili.
2) Tumis bawang putih, bawang besar dan serai sehingga wangi.
3) Masukkan sos tiram yang telah digaul sebati dengan sos cili.
4) Masukkan mentarang, Kacau seketika sehingga rata dan tutup kuali. B
5) Buka penutup dan kacau rata, tuangkan telur yang dipukul dan terus kacau agar kuah sedikit pekat.
6) Tabur daun sup dan sedia dihidangkan.

Mentarang Tumis Pedas
Foto: www.kongsiresepi.com
Bahan-Bahan
1kg mentarang
3 biji cili hidup*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
6 biji cili padi*
1/2 inci halia*
1 batang serai-titik
1 helai daun kunyit-disiat-siat
2 keping asam keping
sedikit minyak dan garam
1-2 cawan air 
Cara-cara:
1) Basuh mentarang 
2) Tumbuk semua bahan bertanda * 
3) Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di tumbuk termasuk serai dan tumis hingga naik bau. 
4) Masukkan mentarang dan air. Perasakan dengan garam dan daun kunyit.
5) Tunggu sehingga mendidih dan kuahnya sedikit kering. 

Selamat Mencuba!- CARI
10

Bagus
23

Marah
15

Terkejut
21

Sedih
20

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 3-2-2017 12:37 PM
2 tahun lepas balik sabak..
Time cuti raya cina la masa tu
Beli mentarang, mkn bakar je..cicah air asam
Puas hati..mkn sampai cirit birit
Quote allhaillll 3-2-2017 01:00 PM
sedapnya mentarang
Quote Sian0403 3-2-2017 02:50 PM
Tak penah nmpk org jual ponn
Quote matchstick 3-2-2017 02:57 PM
selama ni aku ingt mentarang yg panjang2 bentuk mcm buluh tu..kulit nipis. makan sedap. tp sakit hati bila tergigit serpihan kulit tu
Quote kambeng_masam 3-2-2017 02:58 PM
mende2 kerangan camni sedapnya bungkus dengan batang serai dan daun kunyit dalam aluminium foil seal leklok then grill atas bara.
Quote kaspar0v 3-2-2017 03:53 PM
terliur aku dpn pc ni
Quote hatikudus 3-2-2017 04:21 PM
mana plak nak cari mende alah ni
Quote cutie.pie 3-2-2017 05:13 PM
matchstick replied at 3-2-2017 02:57 PM
selama ni aku ingt mentarang yg panjang2 bentuk mcm buluh tu..kulit nipis. makan sedap. tp sakit hat ...

oo.. itu tak silap namanya pepahat. bentuk mcm buluh. itu pun sedap jugak..

Quote matchstick 3-2-2017 05:16 PM
cutie.pie replied at 3-2-2017 05:13 PM
oo.. itu tak silap namanya pepahat. bentuk mcm buluh. itu pun sedap jugak..

A'ah..ye lah
ingt yg tu mentarang. sedap tp kulit nipis tu senang patah selalu tergigit
Quote vanillaninja 3-2-2017 05:41 PM
Tak pernah lagi try mentarang ni.
Quote cik-jaja 3-2-2017 06:12 PM
ralit klu mkn bnd2 bercengkerang ni..sedar2 dh nk hbs
Quote emyfashila 3-2-2017 07:22 PM
Sedap ni...zaman kecil-kecil dulu selalu makan mentarang ni. Time tu family dok Kuala Sanglang. Sekarang dah payah nak jumpa. Cuma sesekali bila balik kampung suami ikut jalan Kuala Selangor ada nampak di jual di gerai tepi jalan. Mentarang ni kena cuci bersih-bersih sebab banyak lumpur kat dalam tu
Quote Ninja210 3-2-2017 07:39 PM
Sedapnya dh lama x makan
Quote Ninja210 3-2-2017 07:39 PM
Sekarang mcm ssh nak jumpa siput mentarang ni kt tmpt sy
Quote DeeHanania 3-2-2017 07:59 PM
Memang sedap, mentarang
Quote kimchipedas 3-2-2017 09:26 PM
X pernah pun sblm ni tp mmg teringin nk merasa akan ku cari nt.
Quote fusarium_neo 3-2-2017 10:35 PM
Sedapnya
Quote booty 4-2-2017 09:41 PM
wah macam sedap pula
Quote LautBiru52 5-2-2017 06:19 PM
Area haji durani selepas sekinchan ade jual ni..tepi2 jalan je..isinya mmg sedap..manis pulak tu..tapi jenuh nk sental kulit die satu2..byk lumpur

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.220434 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top