CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ku Nan Bagi Petrol 'Free' Selepas Cadangan Haramkan Kapcai Dibidas

15-2-2017 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3627| Komen: 20

Bulan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikecam kerana mencadangkan pengharaman motosikal berkuasa rendah atau 'kapcai' daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur.


Berikutan isu itu, Bernama melaporkan Pemuda UMNO semalam, melancarkan program minyak percuma untuk motosikal di kawasan Parlimen diwakilinya.


Foto: Harian Metro

“Program ini telah diadakan dua kali di Labuan, diikuti di Bandar Tun Razak, Segambut, Bukit Bintang, Setiawangsa dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur dan ia akan diperluaskan ke kawasan lain secara berperingkat.

“Inisiatif ini akan diperluaskan lagi, dan akan diteruskan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa,” kata Tengku Adnan kepada Bernama.


Menerusi inisiatif itu, penduduk Putrajaya yang menggunakan motor berkuasa 150cc dan ke bawah boleh mendapatkan petrol secara percuma sebanyak dua kali sebulan.

Semalam sahaja, sebanyak 200 pemilik motosikal menerima petrol percuma itu.

Terdahulu, Tengku Adnan berkata pengharaman motosikal itu merupakan usaha mengurangkan pencemaran selain  menangani jenayah ragut yang sering membabitkan pengguna motosikal.

“Kami merasai nadi rakyat, kalau rakyat tak mahu, kami akan ikut pandangan rakyat. Jadi pengguna motosikal ‘kapcai’ jangan bimbang dan kita tidak akan laksanakannya,” katanya. - CARI
14

Bagus
13

Marah
22

Terkejut
22

Sedih
9

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 15-2-2017 12:29 PM
biasa laa....orang bagi amik...bila tiba masa...terus lupe....ahaks!!
Quote matseh 15-2-2017 12:42 PM
Bagi la kupon, tak la bersesak2 kat petrol pum.
Quote unhas 15-2-2017 12:51 PM
Nak bagi tu takpe, jangan bila bagi lepas tu claim double atau triple sudahle. Org2 atas ni kekadang tak betul jugak, akar umbi dia suruh cut cos tp diorang belanja macam duit unlimited
Quote devilito2 15-2-2017 12:54 PM
rasa ke nadi rakyat dah tenat dah  ni???
Quote wajevo 15-2-2017 01:06 PM
Menteri attention seeker ni apa keje dia ek sebenarnya? Yang bukan-bukan aje idea dia.  Aritu nak ban kapcai,  lepas tu nak ambik penang,  lepas hutang macai dbkl.
Quote CrowneGlory 15-2-2017 02:06 PM
banyka la free... ntah berapa dia claim balik.... muka2 kuat rasuah
Quote chinta89 15-2-2017 02:34 PM
“Kami merasai nadi rakyat, kalau rakyat tak mahu, kami akan ikut pandangan rakyat. Jadi pengguna motosikal ‘kapcai’ jangan bimbang dan kita tidak akan laksanakannya,” katanya.
ooo ko nk ikut ape yg rakyat nak?

ok, rakyat nk hidup tanpa GST, nk minyak turun, petrol murah, Jibby x jd PM. mampu?
Quote nerdy69 15-2-2017 02:51 PM
Election nak dekat mar...
Quote pakis_hutan 15-2-2017 05:03 PM
chinta89 replied at 15-2-2017 02:34 PM
ooo ko nk ikut ape yg rakyat nak?

ok, rakyat nk hidup tanpa GST, nk minyak turun, petrol murah, J ...

Setepek!  
Quote wirazam 15-2-2017 05:06 PM
nerdy69 replied at 15-2-2017 02:51 PM
Election nak dekat mar...

oh..patutlar namanya kini bertebaran dlm berita...dr haramkan kapcai, luaskan wilayah persekutuan ke langkawi,melaka dan penang dan kini..petrol free..


Quote airfilterkotor 15-2-2017 10:17 PM
Bodo punya badut.
Tetiba boleh plak cakap "kami merasai nadi rakyat" my foot.

Masa ko cakap nak ban moto kecik masuk bandor tu, tak pakai otak ehh...
Quote jazaa100 15-2-2017 10:20 PM
wajevo replied at 15-2-2017 01:06 PM
Menteri attention seeker ni apa keje dia ek sebenarnya? Yang bukan-bukan aje idea dia.  Aritu nak ba ...

Jgn lupa dia nk jdkn langkawi,melaka, penang wilayah persekutuan...

Quote jazaa100 15-2-2017 10:21 PM
airfilterkotor replied at 15-2-2017 10:17 PM
Bodo punya badut.
Tetiba boleh plak cakap "kami merasai nadi rakyat" my foot.


Aku mnyampah dia ni....

Cepat lah tukar org lain.  

Quote che_yatt 15-2-2017 10:24 PM
chinta89 replied at 15-2-2017 02:34 PM
ooo ko nk ikut ape yg rakyat nak?

ok, rakyat nk hidup tanpa GST, nk minyak turun, petrol murah, J ...

yang ni akk setuju sangat-sangat!!!!
Quote airfilterkotor 15-2-2017 10:27 PM
jazaa100 replied at 15-2-2017 10:21 PM
Aku mnyampah dia ni....

Cepat lah tukar org lain.

Masalahnya, orang yg duduk kat Putrajaya yg lantik dia.
So, salahkan orang sana sebab lantik badut ni untuk memimpin rakyat.


Quote chinta89 16-2-2017 08:52 AM
che_yatt replied at 15-2-2017 10:24 PM
yang ni akk setuju sangat-sangat!!!!

kalau buat mcm ni baru jd hero rakyat!
Quote chinta89 16-2-2017 08:53 AM

heran btl.. mcm ni org yg blh jd pemimpin rakyat.. ckp x pakai otak je ku nan neh

merasai kesusahan rakyat konon. ewah!
Quote Defcon2 16-2-2017 09:16 AM
Ini damage control la ni. Mat rempit dah marah dan ugut tak mau sokong umno/bn lagi sebab nak haramkan kapcai masuk bandar.

Kalau takde mat rempit, susah hidup umno. Nanti takde orang nak gantung bendera, takde orang nak buat provokasi, takde orang nak jadi samseng umno/bn masa PRU, takde orang nak konvoi motor bising2 kat jalan, takde orang nak bersilat tengah jalan, takde orang nak pukul2 badan dengan kayu tengah jalan dan lain-lain.

Umno/bn hidup dengan banyak perkara yang negatif.   

Quote redapple10 10-8-2017 03:53 PM
Terasa bahang election.. tetiber je baik... xde ucapan bsyukur dgn apa yg kerajaan berikn

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.120933 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top