CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selama Ini Tertipu, 7 Mitos Tentang Haid Ini Wanita Kena Elakkan

15-2-2017 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4916| Komen: 10|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Bagi kaum wanita, haid yang datang sekali setiap bulan adalah perkara normal dan tiada apa pun yang pelik bukan?
Bagi kaum wanita, kitaran haid yang datang sekali setiap bulan adalah perkara normal dan tiada apa pun yang pelik bukan?


Namun, adakah anda tahu sebenarnya proses kedatangan haid ini kadang-kadang sangat misteri kerana banyak kedengaran pelbagai mitos mengenainya.

Menurut Amaia Arranz, seorang aktivis yang menyebarkan ilmu tentang haid, berikut adalah antara mitos yang selama ini menghantui kaum wanita.

Foto: medicaldaily.com
1. Datang haid pastinya membuktikan anda tidak mengandung.
Perkara ini selalu menjadi salah faham dalam kebanyakan orang. Ingin ditegaskan di sini, walaupun anda didatangi haid, ia tidak bermakna anda tidak hamil. 


2. Perlu elak seks semasa haid
Menurut kajian, seks semasa haid dibolehkan asalkan kedua-dua pasangan selesa dengannya. Tapi ingat, ia tetap berisiko membuatkan anda hamil. Namun dalam ajaran Islam, perkara ini dilarang sama sekali.

3. Senaman tidak boleh dilakukan semasa haid
Tidak benar kerana senaman sangat elok dilakukan lebih-lebih lagi jika anda mengalami kekejangan perut akibat haid. Hormon Endorfin dalam darah dapat dilepaskan dan membantu menghilangkan kesakitan.

Foto: medicalnewstoday.com
4. Haid datang setiap 28 hari
Sebenarnya ia bergantung kepada tubuh masing-masing. Ada wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap namun ada juga tidak tetap disebabkan faktor seperti tekanan dan perubahan makanan serta diet yang mendadak.

5. Sesetengah makanan adalah tidak baik dimakan semasa datang haid
Mitos ini tidak sahih kerana anda boleh makan apa sahaja yang dikehendaki. Cuma lebihkan makanan yang mempunyai zat besi kerana semasa haid anda kehilangan banyak darah.

Foto: www.ubykotex.com
6. Tidak boleh pergi berenang semasa haid
Salah, kerana jika anda memakai tuala wanita atau tampon dengan elok maka tiada satu pun aktiviti yang boleh membataskan diri anda dari melakukannya.

7. Banyak hilang darah semasa haid dan perlu rehat yang berlebihan
Bertenang, rehat sekejap sahaja sudah cukup dan jangan jadikan haid sebagai alasan untuk malas ya!

Jadi, pastikan anda memahami dengan betul ilmu tentang haid. Elakkan diri dari  terpengaruh dengan perkara-perkara mengarut yang datang bukan dari sumber yang sahih. -CARI
26

Bagus
21

Marah
20

Terkejut
31

Sedih
15

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 15-2-2017 03:53 PM
Menurut kajian, seks semasa haid dibolehkan asalkan kedua-dua pasangan selesa dengannya.

dalam islam, mne boleh...
Quote bellxx 15-2-2017 05:41 PM
info bermanfaatt
Quote cik-jaja 15-2-2017 07:01 PM
tp no6 tu xbrani buat..kang malu xpasal
Quote GigaMom 15-2-2017 07:57 PM
No 1 ramai dh kene kn
My bff also menst + pregg until 5 month
Quote kuzaime 16-2-2017 12:11 AM
Yg 1st mmg mitos.. arwah makcik aku dulu prnah cerita, masa dia pgnant anak no 2 kalau x salah, haid tratur tiap2 bulan, tp perut makin lama makin buncit.. Sudahnya check2 dah masuk 6 bln pun pgnant..
Badan jenis besar, bila pgnant mmg biasanya kandungan atas 7 bln barulah nmpak perut agak menonjol..
Quote salmon-suki 16-2-2017 02:58 PM
#2 tu ai x setuju lorrr..kajian tu drpd mana,sumber kajian tu sahih ke x,telus ke x??
#1 tu kezen ai penah kena...skrg hidup elok je anak die..biar ler taim die preggy tu doc ckp die xpreggy..walhal taim tu daa  nak masuk 3bln pregnant...alasan doc,sbb kezen ai dtg uzur..
Quote SueAdelia 17-2-2017 12:46 PM
yg #4 tu lately dh mcm x accurate je pada sis...kdg2 lebih 35 - 40  hari baru dtg haid semula.. buat pregnancy test -ve..

Faktor usia ke agaknya ye?
Quote IxoraP 24-2-2017 11:25 AM
no 4 tu x btl la.. stiap org lain kitaran haid nya kan
Quote notsospecial007 6-5-2017 07:13 PM
Mmg mitos #1 tu x tepat pun..

Quote swimswim 7-5-2017 09:07 PM
tq for the info tt

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044944 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top