CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat Terhempas Di Pusat Beli Belah Australia, Semua Maut Ketika Kejadian

21-2-2017 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5442| Komen: 26

Sebuah pesawat ringan yang membawa lima orang terhempas di sebuah pusat membeli-belah dekat Melbourne dan semua mangsa disahkan maut ketika kejadian.

Memetik laporan CNN, nahas tersebut berlaku pada 21hb Februari waktu tempatan, kira-kira jam 9 pagi berhampiran lapangan terbang Essendon dan terhempas di pusat membeli belah Direct Factory Outlet, DFO. 

Berdasarkan paparan rakaman stesen televisyen secara langsung jelas kelihatan pesawat berkenaan terbakar dan kerosakan teruk di pusat membeli-belah dan bangunan bersebelahannya, kelihatan kepulan asap tebal di udara. 

Menurut pihak polis, pesawat sewa itu dari Essendon, utara Melbourne ke Pulau King, yang mengambil masa 55 minit penerbangan ke arah selatan.

"Ia kelihatan seperti satu kemalangan yang tragis."

Difahamkan, sejurus berlepas, pesawat itu tiba-tiba menukar hala tuju dan terus merempuh pusat membeli belah DFO yang terletak berhampiran lapangan terbang Essendon. 


Mujurnya, ketika kejadian, pusat membeli belah tersebut masih belum berniaga. - CARI


sumber foto: sina.com.cn

sumber foto: www.zaobao.com.sg
sumber foto: sina.com.cn

20

Bagus
22

Marah
27

Terkejut
19

Sedih
21

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (142 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 21-2-2017 01:08 PM

menakutkan...
Quote adn 21-2-2017 01:13 PM
innalillah...hopefully tader la lepas ni berita berita khabar khabar angin kata konspirasi ke apa ke...sat ni takut duk pakat lipat duit pulak membentuk jadi bentuk binaan soping komplek ni...cam masa peristiwa 911 dulu...
Quote goblin87 21-2-2017 01:14 PM
Banyak pulak kejadian terhempas mcm ni..moga dijauhkan lah..Allah..
Quote chinta89 21-2-2017 01:39 PM
makin risau nk fly....


eleh ngade plk aku.. pdhal duk bawak kete hari2 xde plk ckp 'risau plk accident ngn kereta lain"
Quote berusjamban 21-2-2017 01:53 PM
masa shopping sini x teringat katebang bole terhempas bila2 masa je sbb mmg betul2 sebelah pagar airport jah pun.... but bukan airport utk commercial flight. airport ni tahap sg besi airport jah. next week dah nak fly ni. hope semuanya ok
Quote meklalala 21-2-2017 02:05 PM
RIP kepada semua mangsa..
Quote JerukBuaya 21-2-2017 02:08 PM
Beirngat ,,,jgn dlm kepala fikir nak tukar handbag baru saja...mati tengah hsopping handbag xdikira sbg mati syaheed tahu !!!!!!!!!
Quote EvieWanKenobi 21-2-2017 02:12 PM
takziah atas kemalangan yang menimpa..
Quote pr3ttytw33ty 21-2-2017 02:15 PM
Nasib mall x open lg. Kalo x...lg panjang ceritera nye.
Quote DayangKirana 21-2-2017 02:16 PM
mujur time kejadian sopping mall tu belum bukak lagi..
Quote esbatu 21-2-2017 02:17 PM
mujur pusat beli belah tu belum buka urusniaga. kalo x lagi banyak yg terkorban.
Quote mokcikKSKB 21-2-2017 02:22 PM
Bideo xde ke?
Quote lolali 21-2-2017 02:23 PM
aduh scary nya.  brape org terkorban tu
Quote alesandra 21-2-2017 02:26 PM
rumah aku ni atas kepala mmg tempat kapal terbang lalu lalang..komersial,tudm..helikopter segala tu la kann.,private jet.penah gak terpikir ...dah lama dah..kalau la terhempas, harus tak kena kawasan rumah aku nih..tapi simpang la kann
Quote LostStar 21-2-2017 02:37 PM
haiyooo... seram la.. rip...
Quote seri_mawr 21-2-2017 02:39 PM
mujur pagi..klu tak mau mangsa termasuk pengunjung shopping mall..
Quote Emperor95 21-2-2017 03:01 PM
Takziah kepada keluarga manga.
Diharapkan tiada negara yang diserang disebabkan insiden ini
Quote -electrifying- 21-2-2017 03:21 PM
Oh psl ni ke, sbb friend kt fb ramai y kt ausie... dok kecoh update psl ni
Quote prettyuglybabe 21-2-2017 03:21 PM
alesandra replied at 21-2-2017 02:26 PM
rumah aku ni atas kepala mmg tempat kapal terbang lalu lalang..komersial,tudm..helikopter segala tu  ...

sama dengan aku.. klu dengar bunyi kapalterbang lain sikit mesti berdebar..nak nak masa macam-macam kes terhempas dulu..

sekarang ni redha je la kalu nak jatuh atas bumbung rumah pun..
kalau nak mati tu, mati jugak kan

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053045 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top