CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lupakan Destinasi 'Cliche', Ketahui 6 Lokasi Pelik Di Korea Selatan Ini Pula

23-2-2017 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10495| Komen: 28|Original author: Oleh: Myra Rozi

Bagi mereka yang gemar melancong pasti akan memilih lokasi yang mempunyai pemandangan indah dan kelihatan cantik untuk bergambar.

Tinggalkan sebentar tempat pelancongan yang 'cliche', apa kata luaskan lagi pemandangan anda dengan mengunjungi lokasi-lokasi pelik dan unik pula.


Jom tengok 6 lokasi paling rare dan pelik yang ada di Korea Selatan.

1. Sang Sang Gil, Changwon.
Tempat ini terkenal dengan kesenian dan kebudayaan Korea Selatan. Sang Sang Gil yang membawa maksud Jalan Imaginasi ini diispirasikan dari Walk of Fame di Holly wood, USA. Pengunjung boleh melihat nama-nama artis terkenal di Korea Selatan telah dipahatkan di jalan ini. Menarik kan?

Foto: www.imagineyourkorea.com
2. Seodaemun Prison Museum, Seoul.
Muzium ini pada asalnya adalah sebuah penjara yang dibina pada 1907. Pengunjung dapat merasai sendiri suasana berada dalam penjara sebenar semasa berjalan di dalamnya. Terdapat  7 sel penjara, dewan pameran sejarah, bilik hukuman, bilik seksaan, penjara bawah tanah, menara pemerhati di sini.

Foto: www.atlasobscura.com
3. Love Land, Jeju
Taman ini memang sangat unik dan hanya pengunjung berumur 20 tahun ke atas sahaja yang boleh memasukinya. Bertemakan seksualiti dan erotik, taman ini dipenuhi dengan patung lelaki dan wanita sedang 'bermesra'.

Foto: www.zimbio.com
Foto: www.windsorstar.com
4. Panmunjeom Joint Security Area, Gyeonggi-do
Tempat ini adalah lokasi pertemuan antara Korea Selatan dan Korea Utara untuk berunding tentang isu-isu berbangkit. Agak leceh untuk masuk ke dalamnya kerana perlu menandatangani dokumen, dan pemeriksaan latar belakang, namun sangat berbaloi untuk datang ke sini.

Foto: www.liefdeevoorreizen.nl
5. Haesindang Park, Samcheok
Pelbagai patung dan arca simbolik berbentuk kemaluan lelaki dibina di sini berdasarkan sebuah lagenda seorang wanita. Menurut kisahnya, wanita tersebut adalah seorang anak dara muda yang bakal berkahwin namun telah mati lemas di pantai.

Foto: metro.co.uk
6. Toilet Theme Park, Suwon
Taman ini adalah yang paling pelik pernah ada di dunia kerana bertemakan tandas. Terdapat banyak patung sedang membuang air besar dapat dilihat di sini. Seluruh taman sesak dengan budaya tanas dari seluruh dunia.

Foto: www.acidcow.com
Bila melihat destinasi yang disenaraikan, mana satu agaknya paling anda gemari? -CARI
23

Bagus
16

Marah
25

Terkejut
17

Sedih
30

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 23-2-2017 04:29 PM
Ni korea selatan, bukan korea utara
Quote WhiskeyScotch 23-2-2017 05:24 PM
Ayooo gambar-gambar tak menarik langsung. Tak pergi pun takpa.
Quote cmf_ultraviolet 23-2-2017 05:34 PM
euwwwww...
Quote matchstick 23-2-2017 05:43 PM
geli tgk patung tgh meneran berak tu..jadah apa buat patung mcm gitu.
Quote Apai90 23-2-2017 06:09 PM
Dekat patung teran berak tu mesti dah banyak orang selfie bodoh acah2 tadah taik tu guna mulut kan??  Mesti punya
Quote siskepoh 23-2-2017 06:33 PM
kihkih besarnya kemaluan anda/. berak pon nk buat patung.pelik2 korea ni
Quote cik-jaja 23-2-2017 06:34 PM
ade ke yg nk selfie kat no6 tu
Quote Artemesiaa 23-2-2017 06:46 PM
Yang No 1 tu sesuai kalau tahu baca dalam bahasa korea je buat yang lain pasti tak bawa apa2 makna
Quote hdon 23-2-2017 10:52 PM
Sume tempat tak menarik
Quote mrizumi 24-2-2017 12:21 AM
Knp buat tmpt berak tu..dgn tahi2 palsu..
Quote IxoraP 24-2-2017 08:31 AM
x mau la p.. tgk gmbr pun x mnarik. hahaaa
Quote greantea 24-2-2017 09:49 AM
mcm xde pekdah jek nak pergi tempat2 tu
Quote irwansuhadi 24-2-2017 12:10 PM
siap effect tahi kuning... babibu betul!!
Quote @pplegreen 24-2-2017 04:15 PM
tema tandas tu alahai geli pulak tgk patung tu tertonggeng dgn  terjulur kat punggung
Quote intanumbrella 24-2-2017 06:15 PM
yang tempat berak n erotik tu tak pegi pun xrugi
Quote siputsedut 25-2-2017 08:09 AM
Love land  kat jeju tu kwn aku pernah pegi.. haha terkejut beruk dia.. ingatkan mcm tmn rekreasi.. rupanya penuh dgn arca org ngeseks or bogel..

Panmunjeom joint security area tu aku pernah pegi... boleh nampak askor korea utara bediri dpn2 ngn askor korea selatan dlm posisi bersedia nak tarik pistol.. pengunjung yg gi semua behave gila suara x berbunyi pon. sbb takut.. nasib baik tak terkencing dlm seluar haha menarik.. kalau korang melawat korea.. pergi la JSA tu... korea utara n korea selatan hanya dipisahlan oleh garisan je... pastu ada satu tpt tu... nama jambatan tu pergi tak kembali.. sbb dlu masa dorang nak berpisah negara.. jambatan tu dorang bukak... sapa nak pi utara pi lah.. tp x boleh balik semula ke selatan n vice versa.. so sedih la sbb ramai fmly yg terpisah masa tu...
Quote ctsueraya 27-2-2017 03:20 PM
yang kat penjara tu mcm best jerk..tapi mcm seram pun hado
Quote kucen_miang 27-2-2017 03:42 PM
dah p yg kat jeju-do tu.
Quote bellxx 2-3-2017 03:18 PM
omggg yg dekat prison museum tuuu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.160296 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top