CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duta Korea Utara Diusir Keluar Dari Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

5-3-2017 12:35 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12828| Komen: 85


Duta Besar Korea Utara, Kang Chol, diisytiharkan sebagai Persona Non Grata dan perlu meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam. 

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 4hb Mac memaklumkan Kang Chol dipanggil ke Kementerian Luar Negeri dan dijadualkan bertemu Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala kementerian, Raja Nushirwan Zainal Abidin, pada jam 6 petang kelmarin. 

Bagaimanapun, duta itu atau pegawai kanan kedutaan berkenaan tidak menghadirkan diri.

Oleh itu, Kementerian Luar Negeri telah menghantar nota diplomatik kepada kedutaan itu di Jalan Datai, Bukit Damansara untuk memaklumkan perkara tersebut.

Manakala, tempoh 48 jam pengusiran Kang Chol bermula dari 6 petang kelmarin iaitu 4hb Mac. 

Persona Non Grata diterjemahkan secara kasarnya bermaksud “Orang yang Tidak Dihargai”. Seseorang yang telah diisytiharkan sedemikian dilarang masuk atau terus berada disesebuah negara.


Ia merupakan bentuk kecaman yang paling serius yang boleh dikenakan ke atas seseorang diplomat asing.- CARI


sumber foto: Kementerian Luar Negara

18

Bagus
16

Marah
8

Terkejut
15

Sedih
22

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aku.semut.merah 5-3-2017 01:00 AM
Jgn esok2 perang dah laaaaa
Quote WhiskeyScotch 5-3-2017 01:08 AM
Bye Bye Bye!!!
Quote akusukaq 5-3-2017 01:11 AM


jangan risau..

1krvom.jpg


Quote melurporeber 5-3-2017 01:17 AM
akusukaq replied at 5-3-2017 01:11 AM
jangan risau..

Ngeri tengah2 mlm ni tgk rambut kembang gitu  
Quote dauswq 5-3-2017 01:40 AM
https://en.wikipedia.org/wiki/Persona_non_grata

cepat2 lah tutup embassy kt north korea sane tu
Quote dazzledazzle 5-3-2017 01:53 AM
baru aku tau maksud persona non grata..
dulu2 pernah dgr persona non grata..
nama filem ke ape ada guna nama ni kan?
aku mcm ingat2 lupe...
Quote idakamaruddin 5-3-2017 01:59 AM
dauswq replied at 5-3-2017 01:40 AM
https://en.wikipedia.org/wiki/Persona_non_grata

cepat2 lah tutup embassy kt north korea sane tu

dia kene halau sbb apa ye..sbb dipanggil
tp x dtg ke cane?

xpaham sgt la kes ni nape kes bunuh hr tu smpai babit kedutaan?

sorryla soalan noob
Quote hack3line 5-3-2017 02:03 AM
dahsyat juga cara Korea Utara tunjuk kekuatan ketenteraan diaorang
[youtube]NKLUkfpmkaQ[/youtube]

sistem peluru berpandu terkini diaorang mampu sampai ke Malaysia.. yang diaorang dah test berjaya, 2,000km camtu.. ikut logik tak sampai
[youtube]VhkpLQ9t4cs[/youtube]

tapi sistem ICBM diaorang yang terbaru tu katanya boleh sampai ke Malaysia, bila-bila masa sahaja diaorang akan uji, diaorang tengah pilih sasaran, buat dia punya sasaran adalah Malaysia.. kena mengucap 2 kalimah syahadah dulu, kurang-kurang mati dalam iman
[youtube]3TznwWpFctk[/youtube]

kalau diaorang nak lancarkan ICBM pun aku ingat lepas game Malaysia vs Korea Utara di stadium diaorang 28 March 2017 nanti.. sempat lagi mungkin nak beli tiket kapal terbang selamatkan diri sebelum diaorang lancarkan ICBM diaorang.. pemain-pemain bola sepak Malaysia akan mati dulu, tengok perkembangan camne, kalau betul mati kena tembak ke, memang sah la aku ingat diaorang akan sasarkan ICBM diaorang ke arah Malaysia nanti
[youtube]hfbjp1hgfeY[/youtube]
Quote dauswq 5-3-2017 02:04 AM
idakamaruddin replied at 5-3-2017 01:59 AM
dia kene halau sbb apa ye..sbb dipanggil
tp x dtg ke cane?

sbb kang chol ni kutuk cara polis kita wt kerja, dan tuduh kerajaan kita bersekongkol dgn korea selatan..
kemudian, bila dipanggil utk beri keterangan, dia stay kt kedutaan tu jek..
(of coz dia takkan dtg utk beri keterangan, nyawa dia dan family dia akn terancam bile balik ke sane nnt)

so, negara kita umumkan dia sbg persona non grata, erti kata lain diharamkan jejak ke bumi malaysia bermula hari ini..
sbb duta tak leh ditangkap kerana punyai immuniti..

Quote hack3line 5-3-2017 02:07 AM
idakamaruddin replied at 5-3-2017 01:59 AM
dia kene halau sbb apa ye..sbb dipanggil
tp x dtg ke cane?

setahu aku sebab dia pergi buat kenyataan media marah PDRM dan kerja-kerja penyiasatan Kementerian Dalam Negeri.

kalau dalam istilah ketenteraan, benda main api dengan media-media antarabangsa, orang panggil perang saraf atau pyschological warfare, sebelum diaorang pergi kerahkan aset ketenteraan gempak diaorang sasar pada sasaran utama dia setelah mental dan semangat musuh diaorang dah dilemahkan habis-habisan untuk pastikan kemenangan sempurna.
Quote pyropura 5-3-2017 02:36 AM
48jam - masa utk keluar Msia setelah di PNG

48seconds - masa utk. mati bila dihukum bunuh bila sampai NK nanti
Quote shamsadis 5-3-2017 02:39 AM
Kementerian Luar Negara kementerian baru ka
Quote hack3line 5-3-2017 02:41 AM
shamsadis replied at 5-3-2017 02:39 AM
Kementerian Luar Negara  kementerian baru ka

wisma putra??
Quote pyropura 5-3-2017 02:45 AM
shamsadis replied at 5-3-2017 02:39 AM
Kementerian Luar Negara  kementerian baru ka

Luar Negara lah sepatutnya, Luar Negeri tu macam luar Pahang, luar selangor gitu... bahasa mulayu memang tunggang langgang ...
Quote PongKang 5-3-2017 03:11 AM
Embassy MY kat NK cmna ya? Semua org dah dipanggil balik x termasuk staf2 etc? Seramnya
Quote PongKang 5-3-2017 03:14 AM
hack3line replied at 5-3-2017 02:07 AM
setahu aku sebab dia pergi buat kenyataan media marah PDRM dan kerja-kerja penyiasatan Kementerian ...

Moga2 mereka semua ni selamat. Amin
Quote Miming2 5-3-2017 05:09 AM
tindakan yg betul! pandai2 lagi bagi statement yg mengundang....
Quote imransulaiman 5-3-2017 05:41 AM
Ooooo itu pula maksud persona non grata....
Quote mbhcsf 5-3-2017 05:43 AM
excellent. good. dah bising bising sangat sejak dari mula ye dia ni. so takpa usir keluar lebih baik.

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.070233 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top