Jika dahulu menu ayam bakar atau golek hanya didapati di restoran atau kafe ternama, kini ia makin mudah dibuat sendiri di rumah.
Ya, terima kasih dengan adanya laman sosial, yang memudahkan orang ramai berkongsi resipi versi home made. Ini termasuklah menu yang satu ini, ayam bakar lada hitam. Boleh dinikmati seisi keluarga kerana bukan sahaja enak malah penyediaannya lebih terjamin dan juga sihat. Jom cuba! Bahan-bahan: 1 ekor ayam (potong 2 dibersihkan dan tos airnya) 1 labu bawang putih 2 biji bawang merah 4 inci halia 4 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
4 sudu besar sos tiram 4 sudu besar sos lada hitam 2 sudu besar madu Garam (secukup rasa) 4 sudu besar minyak zaitun 3 helai bay leaves Cara-caranya: 1. Kisar kasar bawang putih, halia, lada hitam bersama minyak zaitun (jangan kisar guna air). 2. Campurkan bahan kisar tadi bersama sos tiram, sos lada hitam, madu dan garam. Gaul rata. 3. Masukkan bay leaves dan gaul. 4. Kemudian salutkan bahan-bahan perapan tadi di seluruh bahagian ayam.Perapkan semalaman. 5. Sebelum dibakar selitkan butter(potong dadu) di bawah lapisan kulit ayam. 6. Bakar selama 1 jam pada suhu 180° 7. Setiap 1/2 jam sapukan minyak pada ayam supaya ayam tidak kering. - CARI Kredit resipi: Ibu Aisy Anaqi |
34
Bagus |
30
Marah |
21
Terkejut |
24
Sedih |
40
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT