CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Matta Fair 2017: Rakyat Mana Ada Duit Lebih Pergi Melancong?

17-3-2017 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7962| Komen: 89


Matta Fair kembali lagi!

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tawaran destinasi pelancongan yang harganya berpatutan, apa tunggu lagi sebelum pakej yang diidamkan habis direbut pengunjung lain.


Bermula hari ini sehingga Ahad ini iaitu dari 17 - 19 Mac, pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan (Matta Fair) 2017 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC sememangnya dijangka terus mendapat perhatian ramai dengan sasaran 100,000 pengunjung.

Memetik laporan The Star, Presiden Matta Datuk Hamzah Rahmat berkata pihaknya optimis dapat mengekalkan angka itu, sama seperti yang pernah dicatatkan dalam pameran-pameran sebelum ini.

Tegasnya, walaupun keadaan ekonomi mencabar dan pameran diadakan pada awal tahun, ia dilihat tidak menjadi satu penghalang bagi masyarakat berbelanja untuk pelancongan.

Dari segi sasaran jualan, Hamzah menjangkakan nilai RM180 juta hingga RM200 juta, tetapi tidak menyatakan tentang sasaran jumlah keuntungan.

Dalam pada itu Hamzah turut memaklumkan bahawa negeri Perak akan diberi fokus utama dalam pameran Matta kali ini.- CARI


9

Bagus
3

Marah
12

Terkejut
19

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 17-3-2017 05:55 PM
kalu kita tak berduit , jangan ingat orang lain pun sama.
Quote TuntungReturn 17-3-2017 07:07 PM
di malaysia ni pakai iphone,bmw,mercedes,mulot asik brcakap " duit xde,duit xde"
Quote slavehunter 17-3-2017 07:10 PM
Aku baru balik Matta fair punya lah penuh orang. Pas jumaat lagi ramai.....aku ingat aku yang terkial kial pilih package mana ...orang lain siap beratur beli flight terus.....kaya tak kaya orang Malaysia ni.....cuma aku perasan harga package murah dari tahun dulu.
Quote hanakikan 17-3-2017 07:57 PM
propa je malaysian ni. so, najib. sila naik kan harga minyak dan groceries lagi. rakyat bising ko buat pekak je.
Quote hanakikan 17-3-2017 07:58 PM
pilihan tempat melancong rakyat malaysia. tak korea, jepun boring giler
Quote fox. 17-3-2017 08:21 PM
tengah2 bulan ni, akak nak makan pun terkorek2 duit syiling. apatah lagi nak melancong  
Quote syadq 17-3-2017 08:35 PM
slavehunter replied at 17-3-2017 07:10 PM
Aku baru balik Matta fair punya lah penuh orang. Pas jumaat lagi ramai.....aku ingat aku yang terkia ...

Travel ke mana sis? Any tips camne nak memilih pakej?
Quote LaksamanaBentan 17-3-2017 08:40 PM
hanakikan replied at 17-3-2017 07:58 PM
pilihan tempat melancong rakyat malaysia. tak korea, jepun boring giler

Tambahan: Bandung, Bali, Lombok, Bangkok, Phuket, Ho Chi Minh, Perth, Guangzhou, Kota Kinabalu

Nak gi Europe x semua mampu
Nak gi middle east x stabil berperang etc
Nak gi Amerika haram ada Trump  
Nak gi India kotor, ramai perogol
Nak gi Amerika latin jenayah banyak, x popular

Yang penting ummah ibu pertiwi kalau melancong nak tempat makan sedap dan boleh shopping  
Quote Bangku 17-3-2017 08:46 PM
Ekonomi tak bagus bukan bermakna semua rakyat sengkek...masih ada yg pandai atur duit...tiap2 hujung tahun masih boleh melancong bawak family dengan aman..
Quote shamsadis 17-3-2017 09:21 PM
Lepas balik dari puas melancong jangan lupa kondem kerajaan, harga sana naik sini naik sambil kondem sambil belek2 gambar percutian, gitew
Quote akusukaq 17-3-2017 09:37 PM
shamsadis replied at 17-3-2017 09:21 PM
Lepas balik dari puas melancong jangan lupa kondem kerajaan, harga sana naik sini naik sambil kondem ...

kelompok kelompok begini patut dihantar ke NK je baru dia tau diri. jangan kata nak melancong nak makan nasi puteh pun susah.
Quote TuntungReturn 17-3-2017 10:12 PM
tgk rancangan mat dan.pi mongolia,bosnia,serbia..masya allah cantik betul tempat dia,
Quote NAT_11 17-3-2017 10:16 PM
Aku sudah 3-4 tahun tak melancong.
Last aku keluar negara in 2013 - ke Hongkong.
Sekarang nak keluar negara, termasuk buat UMRAH, kena fikir
2-3 kali in terms of tukaran asing.
Quote krakrus 17-3-2017 10:20 PM
NAT_11 replied at 17-3-2017 10:16 PM
Aku sudah 3-4 tahun tak melancong.
Last aku keluar negara in 2013 - ke Hongkong.
Sekarang nak kelu ...

Last anak sedara kau kluar lokap sebab mencurik kat supermarket, bila?

Bahahaha

Quote fefeeling 18-3-2017 05:20 AM
Malaysia Boleh...
Quote fefeeling 18-3-2017 05:21 AM
Org Mesia ni kekaya lah.. X caye cuba tgk bape lajunye nombor plate KL yg 'V' tu dah sampai 'VU' dah kot.. Aku rasa mcm bln lepas je nmpk 'VC' hoho
Quote Atifan 18-3-2017 05:29 AM
Kalau org biasa2 nk pergi melancong ni selalunya mmg ikat perut kumpul duit sekurangnya setahun esp kalau nk p europe. So bila harga2 brg naik n kadar tukaran wang asing pon naik,mana x deme bising..sure nk kena lg ikat perut..pada aku mampu pergi melancong bukan ukuran banyaknya gaji or kemampuan seseorang. Mungkin ada yg memang kaya dan btul2 mampu tp ada juga yg bijak merancang dan mengurus kewangan. So kpd yg rasa ada duit lebih silalah melancong.tp make sure ada duit untuk sustain lps blk melancong.jgn meratib xde duit pulak
Quote insulin 18-3-2017 05:53 AM
Yang ada budget, dipersilakan melancong. Yang xde budget, sila menyimpan lagi.
Quote insulin 18-3-2017 05:53 AM
Yang ada budget, dipersilakan melancong. Yang xde budget, sila menyimpan lagi.

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.063543 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top