'HUKUM KARMA' BUAT RITA RUDAINI. Pada minggu lepas, kisah pelakon jelita Rita Rudaini menjadi viral! Bukan cerita tuntutan nafkah yang bernilai jutaan ribu ringgit, tapi digosipkan hangat bercinta dengan suami orang!
Eh, apa dah jadi? Ramai yang memandang serong padanya. Kasihan, wanita yang berasal Kg Utan Aji, Perlis ini. Hidupnya sentiasa dibelenggu masalah, ya, masalah cinta! Dan dalam X-POSE edisi minggu ini saya ingin membawakan 'kapsul peribadi' berbentuk kronologi kisah cinta pelakon yang memiliki tubuh sempurna ini! Apa yang dilalui oleh pelakon ini boleh dijadikan pengajaran buat semua. Restu dari kedua ibu bapa adalah tunggak utama sebuah kebahagian dalam gerbang perkahwinan.
Saya percaya pada hukum karma! Apa yang terjadi pada Rita Rudaini adalah satu hukum karma! Kenapa? Banyak hati yang telah dilukai. Banyak cinta yang ditinggalkan dan macam-macam lagi 'kekejaman' yang tanpa disedari dilakukan dalam kronologi cintanya. Teruskan menatap cerita seterusnya... Saya mengenali Rita Rudaini ketika menyertai Pertandingan Dewi Remaja 98/99. Masa itu dia berusia 22 tahun. Dalam sesi test shot, pertemuan pertama itu saya kagum dengan penampilan gadis polos dari utara ini masih muda, cantik dan So sweet! Bersikap matang dan bijak tanpa `hank panky' berbanding peserta yang lain. She is one of my favorite girls. Tersenarai finalis Dewi Remaja Top 10 tapi kecundang di tangan Juliana Banos. Namun Rita memang dilahirkan untuk menjadi seorang ratu! Dia memiliki kualiti tersebut tapi Allah telah menentukan rezekinya lebih cenderung bidang modelling dan lakonan. Nasib sentiasa menyebelahinya. Wajah cantiknya menjadi perhatian ramai terutama pengiat bidang perfileman dan pengiklanan. Pada tahun 1999, kontrak pertama dari pengarah tersohor, Yasmin Ahmad untuk muncul dalam iklan komersil PEPSI. Dalam iklan tersebut, Rita melakonkan watak sebagai rakan baik kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Nama Rita menjulang naik dalam bidang modeling lewat 1999 hingga 2006. Antara iklan komersil yang dilakonkannya adalah Maybeline, Head & Shoulders, Whiskas, Petronas, Astro Movie Package, Secret Garden termasuklah wajah cantiknya digunakan untuk kempen kosmetik Safi Rania Gold dan banyak lagi kalau hendak ditulis di sini. Kejayaan itu memberi ruang padanya untuk melangkah lebih jauh. Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Damansara Utama itu pernah berkhidmat sebagai pramugari MAS. Perkahwinan... Pada tahun 1999, dan genap berusia 23 tahun Rita mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan dengan pengulas sukan TV3, Akbar Shaari, seorang pemuda kacak yang mempunyai kembar seiras. Namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004. Ketika masih bergelar isteri kepada Akbar, Rita merahsiakan status dirinya kepada media atas alasan urusan peribadi tidak ada kena mengena dengan kerjaya seninya. Selepas berpisah dengan Akbar, kisah cinta Rita mula jadi perhatian media. Dia dikaitkan menjalin hubungan dengan penyanyi & usahawan Dr Fazley pada 2001 dan selepas itu Rita dikhabarkan intim dengan aktor kacak Ako Mustapha. Namun hubungan mereka tidak bertahan lama. Rita kemudiannya mencetuskan berita panas bila kisah cintanya bersama pemuzik Sham Kamikaze terdedah. Pasangan ini mendapat publisiti meluas hinggalah hubungan itu berakhir pada 2003. Disambung dengan cinta baru pula yang lebih mantap. Rita dan aktor Hans Isaac digandingan bersama dalam drama siri Kutub Utara Kutub Selatan dan sejak itu dikhabarkan mereka menjalinkan hubungan selepas Hans putus dengan aktres Elaine Daly. Namun kedua-duanya menganggap hubungan mereka hanya sebagai kawan. Rita yang sedang berada di puncak kegemilangannya. Wanita cantik, glamour, popular dan sudah pasti menjadi icon sexy dalam industri filem Malaysia, menjadikan Rita igauan setiap lelaki. Gosip hangat menghiasi dada akbar dan majalah. Dalam pada itu, Rita juga sempat menjalinkan hubungan baik dengan aktor Zizan Nin. Zizan dianggap sebagai salah seorang daripada ahli keluarga Rita dan seringkali dilihat meluangkan masa bersama keluarga Rita di Kg Utan Aji, Perlis. Aktor Ezany Nizariff juga merupakan senior sekolah menengah Rita, pernah dikaitkan dalam senarai kisah cinta mereka. Gosip terus bertiup kecang, Rita dikhabarkan berkawan baik dengan aktor antagonis Fauzi Nawawi, namun Rita menafikan. Desas desus mengenai hubungan mereka lenyap begitu saja apabila Fauzi mengumumkan kekasihnya adalah aktres Lisdawati. Dia dan Lisdawati merupakan angkatan aktres yang agak rapat pada tahun 2001-2003. Mereka bergandingan dalam filem Mistik (2003). Namun hubungan mereka tercalar pada Ogos 2006 apabila kedua-duanya berperang besar ketika melakonkan adegan babak gaduh di kolam renang untuk drama siri Kau Yang Ku Sayang arahan Rashid Sibir. Pergaduhan tersebut membawa Rita ke siasatan polis. Rita didapati tidak bersabit dengan segala dakwaan Lisdawati bahawa dirinya dicederakan dengan sengaja oleh Rita. Semenjak kejadian tersebut hubungan kedua-duanya terus dingin. Menggemparkan! Satu Malaysia terkedu. Rita kemudian mengumumkan bahawa dia sedang intim dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Ketika itu Aidil berusia 19 tahun, sementara Rita mencecah usia 31 tahun. Setelah lama menjalinkan hubungan dan menjadi bahan panas media, pada Disember 2008 keluarga Aidil Zafuan secara tiba-tiba mengumumkan bahawa Rita dan Aidil telah menikah sejak Februari 2008 di Songkla, Thailand. Pernikahan rahsia itu tidak diketahui ahli keluarga Aidil. Keluarga pemain bola handalan itu mengatakan bahawa mereka tidak merestui hubungan tersebut! Kasihan! Refleksi pernikahan tanpa restu itu menjadi isu berpanjangan. Rita Rudaini dan suaminya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 6 Mei 2010 untuk mengemukakan rayuan berhubung kes nikah tanpa kebenaran. Aidil menjawab mereka bernikah di negara jiran ekoran tidak mendapat persetujuan daripada ahli keluarganya. Rita pula memberitahu, keluarga mertua tidak menyukai dirinya. Namun pada 1 Oktober 2010, Rita mendedahkan bahawa rumahtangganya kini dilanda badai ekoran campurtangan keluarga mentua dan orang luar.Rita dikhabarkan menjadi mangsa kebencian ipar duai keluarga pemain bola itu. Kemuncak daripada krisis ini, Rita mendedahkan suaminya tidak pulang ke rumah sejak Aidilfitri sebaliknya kembali tinggal di rumah mentuanya. Kenapa orang glamor sukar hidup bahagia? Ada sahaja masalah yang timbul? Persoalan itu bukan untuk kita menjawabnya... terserah pada yang terlibat! Kepada my favorite girls, Rita Rudani, anggaplah kronologi cinta itu sebagai pengajaran dan mulakan hidup baru bersama dua orang anak anda dengan semangat baru dan cari orang baru! Sumber: Dipetik dari pelbagai media. |
58
Bagus |
51
Marah |
30
Terkejut |
42
Sedih |
39
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pocongkiutss replied at 20-3-2017 12:54 PM
Eh camne dia masuk dewi remaja 98/99 umur 18 tahun..tetibe taun 99 umur dia 23 tahun?
ADVERTISEMENT