CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Uber & GrabCar Wajib Memohon Lesen, Penjara 3 Tahun Jika Gagal

4-4-2017 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7732| Komen: 49

Kerajaan hari ini membentangkan pindaan akta berhubung syarikat yang menjalankan perkhidmatan perkongsian kenderaan dalam talian seperti Uber dan GrabCar. 


Pindaan itu adalah sebagai langkah mengawal selia perkhidmatan e-hailing atau e-panggilan dengan lebih berkesan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, membentangkan pindaan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 untuk bacaan pertama pada persidangan Dewan Rakyat.

Sekiranya diluluskan, mereka yang menjalankan perkhidmatan perkongsian kenderaan dalam talian secara haram jika bersabit kesalahan bakal berdepan hukuman penjara maksima tiga tahun atau denda tidak melebihi RM500,000 atau kedua-duanya sekali. 

Dalam akta tersebut jelas menyatakan selain perlu mengikut syarat permohonan yang ditetapkan jabatan perlesenan dan membayar bayaran lesen urus niaga, pengusaha terbabit juga perlu melaporkan status kewangan. 

Sementara itu, mereka yang memiliki lesen perniagaan yang sah jika gagal mengikut seperti mana yang disyaratkan, contoh dari segi perkhidmatan dan keselamatan pelanggan atau mana-mana syarat yang tertera dalam Prosedur Operasi yang standard, mereka akan dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda tidak melebihi RM200,000 atau kedua-duanya sekali. 

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan mempunyai kuasa yang sepenuhnya atau sebahagian samada meluluskan atau menolak permohonan yang dikemukakan. 

Selain itu, lembaga tersebut juga boleh pada bila-bila masa menggantung atau membekukan lesen yang telah dipohon melalui notis pemberitahuan.- CARI



15

Bagus
23

Marah
9

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aku.semut.merah 4-4-2017 04:42 PM
Mcm2 la hai kok ye pun gomen ni
Quote namirulmukminin 4-4-2017 04:44 PM
Bila dh wajib mohon lesen, mesti ada bayaq itu ini... Hujung2 tambang pon dah sama mahai dgn teksi ja... Tu la cara kerajaan takdak duit nak buat duit...
Quote terpaku 4-4-2017 04:46 PM
next year sape yang register uber ni confirm tak dapat br1m
Quote nerdy69 4-4-2017 04:48 PM
Cukai lagi...
Quote rospinki 4-4-2017 04:51 PM
aku pon pelik..melibatkan nyawa dan keselamatan penumpang..selamba je buat bisnes naik keta persendirian no need worry permit lesen bagai.
Quote hasniey 4-4-2017 04:54 PM
ala...mahal la lepas ni
Quote crukcruk 4-4-2017 04:57 PM
rospinki replied at 4-4-2017 04:51 PM
aku pon pelik..melibatkan nyawa dan keselamatan penumpang..selamba je buat bisnes naik keta persendi ...

betul tu, ini soal nyawa tapi ada je celaka ingat sebab kerajaan nak duit. apa ke bangangnyer pemikiran tahap loji.


Quote Artemesiaa 4-4-2017 04:57 PM
Geng keta sapu ngan bas sekolah sapu pun banyak kena serbu dek dia orang baru2 ni.  
Quote bangcak 4-4-2017 09:42 PM
terdesak sangat nak perah duit rakyat.
esok lusa terbit idea baru...
"lesen khas ibubapa menghantar anak kesekolah"
Quote syitaeyqa 4-4-2017 10:06 PM
crukcruk replied at 4-4-2017 04:57 PM
betul tu, ini soal nyawa tapi ada je celaka ingat sebab kerajaan nak duit. apa ke bangangnyer pemi ...

kannnn! Safety kot. And i rasa xde hal pun kalau dorg ni punya pendapatan spai tahap dikenakan tax. Sbb ada je kwn2 i buat uber, sebulan buat boleh dpt 4 5 ribu. Still, tahap kena cukai pun skrg dah makin tinggi n possibility tak kena cukai tu still tinggi sbb based on pendapatan keseluruhan diorang. Kalau low than tahap cukai, no need to worry laa.
Quote GigaMom 4-4-2017 11:42 PM
Ada pro n kontra. Tunggu je la
Quote Mary_jane 5-4-2017 12:26 AM
Kan ke bagus kalau berdaftar.
Quote xy_daen 5-4-2017 01:44 AM
Bakal backfired...
Quote xy_daen 5-4-2017 01:44 AM
Majoriti ummah pengguna uber grab mesti bengang...
Quote ciwi1166 5-4-2017 08:33 AM
bila dah regulate macam ni nanti lebih kurang teksi jer... hahaha

Quote akusukaq 5-4-2017 08:44 AM
crukcruk replied at 4-4-2017 04:57 PM
betul tu, ini soal nyawa tapi ada je celaka ingat sebab kerajaan nak duit. apa ke bangangnyer pemi ...

bila ramai yg otak dah tepu dgn najis ,  isu undang undang dan keselamatan nak dipolitaikan. bila terjadi sesuatu yg buruk  cepat plk menyalak salahkan gomen.dah dasar citizen klass ketiga hanya pandai menuduh dan menemplak. sumbangan buah fikiran tahap zero
Quote abbyhoney 5-4-2017 09:00 AM
sekrg baru tau ke uber dgn grab tak ada lesen? sekrg juga baru tau kot kenapa tambang teksi charge dia mahal sikit dari uber dgn grab tu...sebab mcm2 diaorg kena byr....kena masuk puspakom, kena byr sewa kt company...kena byr insuran....mcm2 lagi...

Bukan semua pemandu teksi tu tamak haloba, jahat ke apa ke... semuanya terpulang pada atitude individu tu.

sehingga ke hari ni saya tak pernah lagi naik grab car atau uber..tak berani kot jadi2 apa2, sia2 je mati katak.
Quote Esmiria 5-4-2017 09:16 AM
bru Thu diorng xde lesen(some kut)..nasib x try
Quote fish 5-4-2017 09:43 AM
kat luar negara pun ada lesen2 mcmni ke?
tp rasanya uber grab ni pun ada cover insurans kalau jd apa2 mcm teksi jugak
ni pemandu tu la cakap sbb dia dah kaji betul2 sblm join

dia jd pemandu uber pun sbb nak isi masa lapang je, dah pencen kot
kereta dia pun ada ford ranger (yg aku naik), vios, lg satu lupa... semua luar negara
aku rasa dia ni keja hebat jg dulu2 ni. tu yg aku percaya je kajian dia

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.190061 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top