Fitrah manusia berkasih dan berpisah. Tapi, lain orang lain pula cara berpisahnya, tak begitu? Ada yang berpisah cara baik, ada juga sebaliknya.
Begitu juga lelaki ini yang kecundang dalam percintaannya. Baru-baru ini, Jebat Hj Ali meluahkan perasaannya dan menceritakan pengalamannya ditipu kekasih yang sebenarnya sudah menjadi tunangan orang lain. Dalam masa beberapa bulan menjalin hubungan pelbagai dugaan dihadapinya. Bukan sahaja tidak dibenarkan 'follow' laman sosial wanita itu, malah Jebat langsung tidak dibenarkan memegang telefon bimbitnya sedangkan kekasihnya itu bebas 'meneroka' telefon bimbit jebat selain 'skodeng' laman sosialnya. "Then dua hari lepas Yang Maha Kuasa buka mata aku," tulisnya.
Jebat memaksa wanita itu untuk berterus terang, malangnya dia masih mahu berdolak-dalik lagi. "Dia jawab lagi 'sebab nilah I tak bagi you follow ig I tengok semua yang ada. Sebab nanti You fikir bukan2'," katanya. Mungkin berang tembelangnya sudah pecah, wanita itu terus mahu pulang dan tidak kisah sekiranya Jebat mahu memutuskan perhubungan mereka. Rata-rata netizen yang membaca perkongsian ini turut merasai apa yang dirasakan Jebat. "Tabah la bro..bertabah laa..pernah kena lebih kurang sama dengan kau..teruskan hidup macam biasa je la," komen netizen. Mantap jugalah lakonan wanita terbabit sehingga tidak mahu mengaku kalah dan salahnya. Lucu ada, kasihan pun ada dengan Jebat ni. Walau apapun, bersyukurlah Jebat sebab baru tiga bulan dah tahu kebenarannya. Kalau lagi lama baru tahu, tak ke haru jadinya? - CARI
|
8
Bagus |
8
Marah |
20
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 5-4-2017 11:12 AM
kalau aku, cari no tunang pompuan tu, pastu post semua gambar together..
biar dia rasa :l ...
kentel replied at 5-4-2017 11:23 AM
jantan ni pun bdk wicet kot.....mampos la pompuan tu xnak layan scene dgn since pun x reti be ...
awaynepian replied at 5-4-2017 11:35 AM
Tu la..scene...since...kah kah kah...macam xberapa nak educated budak man ni..
Rasanya minah tu b ...
ADVERTISEMENT