Cuaca panas begini, memang begitu mengasyikkan bila dapat menikmati ais krim. Memang betul terdapat banyak pilihan di kedai-kedai, namun tidak dapat menandingi ais krim yang satu ini. Istimewa benar rasanya, masam, manis, masin semua bergabung 'menari-nari' dalam mulut. Mana tidaknya, ais krim jeruk yang tular ini memang sangat mudah dihasilkan. Jom tengok. Bahan-bahan: Mangga Muda Gula Garam Cuka Serbuk Asam Boi Buah Asam Boi Cara-cara 1. Potong mangga muda dan letakkannya dalam bekas. 2. Campurkan air gula, secubit garam, 2 sudu besar cuka, serbuk asam boi dan buah asam boi ke dalam bekas mangga muda tadi. 3. Masak sampai mendidih dan sejukkan. 4. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya semalaman. 5. Masukkan air jeruk dan potongan mangga yang telah disediakan itu ke dalam bekas plastik ais krim. 6. Bekukan dan siap! Kalau mahu lagi senang, beli sahaja jeruk yang sudah siap di pasaran dan campurkannya dengan air gula. Anda juga boleh menggantikan mangga muda dengan sebarang jeruk lain, mengikut citarasa masing-masing. Bukan sahaja senang, malah boleh menjimatkan kos. Ibu-ibu anak ramai boleh ikut resepi ini, mahu dijadikan sebagai bahan jualan pun boleh juga. Selamat mencuba!-CARI Kredit Resipi: Rathi Jaya |
18
Bagus |
8
Marah |
20
Terkejut |
8
Sedih |
16
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jlo replied at 19-4-2017 02:20 PM
letak cuka...bole omit kot kalo ku buat..cuka tu mengundang gastrik
CardiGans85 replied at 19-4-2017 02:38 PM
Cuka tu ganti lemon/limau bole kot..x pun green apple jus..me pun gastrik kuat lately,tiap2 pg mkn ...
jlo replied at 19-4-2017 02:43 PM
haah ye..ganti ngan lemon la camni
gastrik ni mmg kalo kene serba serbi la rasa tak best
ADVERTISEMENT