Bohong rasanya kalau ada yang mengatakan tak teringin nak menjejakkan kaki di Menara Kuala Lumpur. Mercu tanda negara Malaysia ini memang sinonim bagi mereka yang mahu melihat keindahan pemandangan kota metropolitan dari ketinggian beribu-ribu kaki di atas.
Kali ini, bayangkan pula diri anda menikmati hidangan nun di atas sana dan pastinya peluang seperti ini tidak harus dilepaskan, sekurang-kurangnya sekali untuk berkunjung ke sini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini Menara Kuala Lumpur tidak ketinggalan mengadakan 'KL Tower Bufet Ramadhan' untuk tahun 2017. Bertemakan 'Seindah Ramadhan', pengunjung pastinya rambang mata untuk memilih lebih dari 40 sajian yang berkonsepkan 'Citarasa Malaysia' selain terdapat juga hidangan Barat yang disediakan. Menariknya bufet kali ini, 'Roasted Lamb' yang pastinya lazat dengan limpahan kuah enak dijadikan tarikan utama buat pengunjung dan akan disediakan setiap hari. Antara menu lain termasuklah salad, variasi spageti dan lauk pauk Melayu seperti masakan ikan tenggiri dan bendi, pajeri nenas, masakan udang, ayam madu, sotong masala, nangka muda masak lemak ikan masin, dan nasi Arab. Tidak dilupakan, hidangan pencuci mulut yang wajib dicuba adalah kek, muffin, kuih buah melaka, lepat pisang, pulut inti dan pelbagai jenis buah-buahan. Tak cukup lagi, rasai sendiri keenakan rasa ais kacang dan pelbagai minuman sejuk dan menyegarkan serta minuman panas teh dan kopi bagi para penggemarnya. Dalam masa yang sama semasa pelancaran Bufet Ramadhan di KL Tower 2017, mereka turut melancarkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2017. Pertandingan diadakan pada hari Sabtu, 29 April 2017 mulai jam 7 pagi hingga 12 tengah hari di perkarangan Menara Kuala Lumpur. Ada yang berminat? Untuk info lebih lanjut sila ke laman web : www.menarakl.com.my Harga bagi Bufet Ramadhan KL Tower 2017 pula boleh rujuk di bawah, Iftar Buffet Ramadhan @KL Tower Tarikh : 1 hingga 23 Jun 2017 Masa : 6.30 petang hingga 10 malam Tempat: Megaview Banquet Hall, Menar Kuala Lumpur Early Bird Sebelum 15 Mei 2017 Dewasa RM89++ Kanak-kanak RM59++ Harga Biasa Dewasa RM99++ Kanak-kanak RM69++ Pakej Keluarga 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak RM280++ PERCUMA **1 Tiket Buffet Ramadhan dengan pembelian 10 Tiket Buffet Ramadhan **Iftar untuk kanak-kanak berumur 5tahun ke bawah **Tiket ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) **Sampul Raya Ekslusif KL Tower **Kemudahan Surau disediakan BOOKING : SILA HUBUNGI 03-2020 54444 Info : Facebook : OfficalMenaraKL Instagram : menarakl Website : www.menarakl.com.my Menarik sungguh, macam tak sabar rasanya nak menunggu ketibaan bulan Ramadhan tidak lama lagi.Jangan lepaskan peluang keemasan ini nanti ya. Selamat berbuka puasa. -CARI
|
11
Bagus |
17
Marah |
15
Terkejut |
16
Sedih |
12
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT