Nampaknya belum reda lagi isu tentang syarikat penerbangan yang bertindak kasar terhadap penumpang pesawatnya. Sebelum ini kita digemparkan dengan cerita seorang lelaki diheret keluar dari pesawat hingga kepalanya berdarah, kali ini melibatkan sebuah keluarga dengan bayi mereka.
Keluarga dari California ini mendakwa mereka telah dihalau keluar dari sebuah pesawat Delta Air Lines. Menurut laporan The Washington Post, Brian and Brittany Schear dari Huntington Beach mulanya menempah tempat duduk itu untuk anak lelakinya yang bernama Mason,18 namun disebabkan Mason sudah menaiki penerbangan yang lebih awal dari sebelum itu, maka tempat duduk itu mahu digantikan dengan anak lelakinya yang lagi satu iaitu bayi berusia 2 tahun.
Mereka telah diberitahu staf Delta sebelum ini pertukaran tersebut tidak menjadi masalah namun perkara sebaliknya pula berlaku apabila sudah berada di dalam pesawat. Seorang staf lain di dalam pesawat telah menghalau mereka dengan mengatakan, "Patuhi arahan yang diberikan atau kamu akan ke penjara." Pertengkaran itu dirakam dan video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Brian menjelaskan bahawa dia mempunyai hak kerana sudah menempah dan membayar untuk tempat duduk tersebut. Walau bagaimanapun penjelasan tersebut dibantah kerana hakikatnya adalah tempat duduk yang ditempah atas nama seseorang individu tidak boleh digantikan dengan mana-mana individu yang lain. Rata-rata pengguna laman sosial yang menyaksikan rakaman ini mempunyai pendapat mereka yang tersendiri. Mereka mengatakan Brian hanya bersikap mementingkan diri tanpa memahami dengan jelas tentang syarat dan peraturan dalam penerbangan. Walau bagaimanapun, Delta Airlines kemudiannya telah memohon maaf atas insiden berkenaan dan membayar ganti rugi. Insiden ini seharusnya dijadikan sebagai pengajaran bersama. Sebagai seorang pengguna atau pelanggan jangan hanya bersikap ego dengan mengatakan anda di pihak yang betul tanpa mengetahui peraturan yang sebenar. -CARI
|
14
Bagus |
11
Marah |
10
Terkejut |
11
Sedih |
17
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kabukiman replied at 5-5-2017 01:54 PM
Airlines seat allocation work on check in. Passenger don't check in the seat goes to someone else. C ...
dodolgemok replied at 5-5-2017 01:30 PM
Xhabis2 kes kena buang katebang. Airlines amareka mmg hauk sampah kesemuanya, xlayak langsung diband ...
tripleid replied at 5-5-2017 02:24 PM
pastu puak2 ni jgklah yg mggelupur bila flight midel east masuk market us kaco bisnes dorg.Cash!
...
ADVERTISEMENT