View: 2978|Reply: 23
|
Lagi Kejadian Kena Halau Dari Pesawat, Kali Ini Bayi Pun Jadi Mangsa
[Copy link]
|
|
Nampaknya belum reda lagi isu tentang syarikat penerbangan yang bertindak kasar terhadap penumpang pesawatnya.
Sebelum ini kita digemparkan dengan cerita seorang lelaki diheret keluar dari pesawat hingga kepalanya berdarah, kali ini melibatkan sebuah keluarga dengan bayi mereka.
Keluarga dari California ini mendakwa mereka telah dihalau keluar dari sebuah pesawat Delta Air Lines.
Foto: Apex.aer
Menurut laporan The Washington Post, Brian and Brittany Schear dari Huntington Beach mulanya menempah tempat duduk itu untuk anak lelakinya yang bernama Mason,18 namun disebabkan Mason sudah menaiki penerbangan yang lebih awal dari sebelum itu, maka tempat duduk itu mahu digantikan dengan anak lelakinya yang lagi satu iaitu bayi berusia 2 tahun.
Mereka telah diberitahu staf Delta sebelum ini pertukaran tersebut tidak menjadi masalah namun perkara sebaliknya pula berlaku apabila sudah berada di dalam pesawat.
Seorang staf lain di dalam pesawat telah menghalau mereka dengan mengatakan, "atuhi arahan yang diberikan atau kamu akan ke penjara."
Pertengkaran itu dirakam dan video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Brian menjelaskan bahawa dia mempunyai hak kerana sudah menempah dan membayar untuk tempat duduk tersebut.
Walau bagaimanapun penjelasan tersebut dibantah kerana hakikatnya adalah tempat duduk yang ditempah atas nama seseorang individu tidak boleh digantikan dengan mana-mana individu yang lain.
Rata-rata pengguna laman sosial yang menyaksikan rakaman ini mempunyai pendapat mereka yang tersendiri. Mereka mengatakan Brian hanya bersikap mementingkan diri tanpa memahami dengan jelas tentang syarat dan peraturan dalam penerbangan.
Walau bagaimanapun, Delta Airlines kemudiannya telah memohon maaf atas insiden berkenaan dan membayar ganti rugi.
Insiden ini seharusnya dijadikan sebagai pengajaran bersama. Sebagai seorang pengguna atau pelanggan jangan hanya bersikap ego dengan mengatakan anda di pihak yang betul tanpa mengetahui peraturan yang sebenar. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Xhabis2 kes kena buang katebang. Airlines amareka mmg hauk sampah kesemuanya, xlayak langsung dibanding dgan airlines asia dan timur tengah |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah bayar seat tu, pasal nak give up pada org lain...dahlah tak refund..delta suck.. |
|
|
|
|
|
|
|
Airlines seat allocation work on check in. Passenger don't check in the seat goes to someone else. Can this be the case? |
|
|
|
|
|
|
|
yup.. tapi as yang aku faham telah dimaklumkan pada syarikat penerbangan.... disaat akhir pulak menjadi masaalah...
Yang kes menampor tu syarikat ni jugak kan
|
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 5-5-2017 01:30 PM
Xhabis2 kes kena buang katebang. Airlines amareka mmg hauk sampah kesemuanya, xlayak langsung diband ...
pastu puak2 ni jgklah yg mggelupur bila flight midel east masuk market us kaco bisnes dorg.Cash!
3 U.S. Legacy Airlines Hope Trump’s Administration Will Block Emirates Expansion
It seems unfair that Emirates, based in Dubai, would have rights to fly from Athens to Newark. But that right is codified in the Open Skies agreement between the United States and the United Arab Emirates. The Trump administration could revisit that agreement, but other U.S. businesses, especially logistics companies like FedEx, could suffer.
— Brian Sumers |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 5-5-2017 02:24 PM
pastu puak2 ni jgklah yg mggelupur bila flight midel east masuk market us kaco bisnes dorg.Cash!
...
Takpe, biar sekor2 kena halau dan dihina airlines sampah amareka. Kahkahkah...!! |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia nak kiamat oiiii.... a white man and his family discriminated in his own country. Ni kes terlebih amik booking ni. Infant cuma bayar a fraction of the full price. Nak buli lah tu. Kalau nak kata kes car seat not allowed, diorang takleh check in pun benda tu. |
|
|
|
|
|
|
|
air asia pun ada dulu.. yg kat vietnam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kes kapal terbang lagi. Selalu sangat da kes kes layanan buruk ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo betul la dah maklumkan awal2 kpd airlines, patutnya xdak masalah.. misscomunication la tuu |
|
|
|
|
|
|
|
dlm kes ni akak rasa airline betul...sbb dorg bukan kesah siapa bayar tp nama tuan punya seat tu a.k.a penumpang... |
|
|
|
|
|
|
|
memang tak boleh simply ganti dengan org lain tapi kenapa boleh lepas masuk? dah masuk halau pulak? so dua2 pihak salah.. sepatutnya si daddy tu nak tukar nama kena make sure dapat ticket baru dengan nama baby tu.. baru ada hitam putih |
|
|
|
|
|
|
|
Dieorang punya system ni tak kan tak boleh detect overbooked ...masa check in boleh tau apa ? Menyusahkan betul orang sah masuk pesawat baru nak halau ... |
|
|
|
|
|
|
|
aik tiba 2 byk pulak kes cm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|