Satu daripada tiga badak sumbu Sumatra terakhir di Malaysia, mati selepas diberi suntikan menerusi operasi euthanasia selepas menderita barah sel skuamus atau barah kanser kulit di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu.
Menurut laporan Berita Harian, haiwan yang diberi nama Puntung itu terpaksa 'dimatikan' untuk menamatkan peneritaan yang dialami bdaka sumbu betina yang dianggarkan berusia 25 tahun itu. Pengarah Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata "Sel barah dialami Puntung semakin membesar daripada segi saiz selain mengalami kesukaran bernafas. Selepas berunding dengan penasihat pembiakan badak di Institut Leibniz untuk Zoo dan Penyelidikan Hidupan Liar di Berlin dan pihak lain, kami mengambil keputusan menamatkan penderitaan Puntung yang semakin meningkat. "Keadaan Puntung itu menyebabkan keputusan untuk euthanasia diawalkan pagi tadi daripada tarikh pada 15 Jun ini," katanya dalam kenyataan Puntung menarik perhatian dunia pada April lalu menerusi pembedahan pergigian oleh pasukan pakar pelbagai negara di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin selepas mengalami bengkak di pipi kiri yang membawa kepada pengesanan akar giginya dijangkiti kuman. Ia kemudian disahkan menghidap barah kulit dan keadaannya semakin kritikal menyebabkan Jabatan Hidupan Liar mengambil keputusan untuk melakukan euthanasia dengan nasihat perubatan profesional. -CARI
|
11
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Decaffeinated replied at 4-6-2017 04:42 PM
Euthanasia kepala hangguk ko lah...
berusjamban replied at 4-6-2017 05:41 PM
Nape? Salam terms eh? Patutnye apa ye? Maaf la tanya sbb ilmu xde
CiliPadiSedap replied at 4-6-2017 09:42 AM
xsangka badak pun ada kanser.. padahal xmakan maggy kari
ADVERTISEMENT