CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Ada RM3, Isteri Tambah Jadi RM3 Ribu Dalam Wallet

5-6-2017 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12945| Komen: 68|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Biasanya kita dengar golongan wanitalah yang selalu mengharapkan kejutan dari kaum lelaki. Tidak kiralah yang belum berkahwin atau sudah berkahwin, wanitalah yang selalu tertunggu-tunggu hadiah atau a ...
Biasanya kita dengar golongan wanitalah yang selalu mengharapkan kejutan dari kaum lelaki. Tidak kiralah yang belum berkahwin atau sudah berkahwin, wanitalah yang selalu tertunggu-tunggu hadiah atau apa-apa saja surprise dari suami dan teman lelaki mereka. 


Namun kisah yang satu ini terbalik pula apabila isteri yang bersungguh membuat kejutan buat suaminya.

Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Aein Suraya ini memang boleh buat suami-suami di luar sana cemburu!

Dalam kapsyennya dia menulis, "Kesian suami, senyap-senyap buka wallet dia time dia takda. Tengok-tengok ada RM3 je. Takpe senyap-senyap kita letak RM3 ribu harap-harap dia tak menggelabah tengok nanti."


Wah, suami mana yang tidak melompat kegembiraan bila isteri buat kejutan bagi duit tunai macam ni.

Status Aien yang rupa-rupanya pemilik kepada jenama tudung Bawal Top Exclusive ini menjadi tular dengan likes melebihi 11 ribu dan lebih dari 12 ribu perkongsian.

Sebelum
Selepas
Bermacam-macam reaksi dari netizen termasuklah yang memuji perbuatan wanita tersebut yang dianggap terlalu 'sweet'.

Walau bagaimananapun tidak kurang juga yang berbaur negatif kerana dikatakan seperti riak dan menunjuk-nunjuk pula.

"Untungnya alahai kalau dapat bini macam ni. Harap-harap bini aku nanti buat macam ni juga ya."
"Comel je cara dia tunjukkan perghargaan pada sumai, bagi je cash! suka laki dia."
"Apa bendalah nak pergi tayang kat Facebook, bank in senyap-senyap sudahlah."
"Yang mengutuk ni kalau jadi pada diri sendiri mesti nak tayang juga kan?"

Disebabkan komen-komen tersebut, Aien sekali lagi menjelaskan dia hanya berkongsi kegembiraan dan kesyukuran terhadap suami yang selama ini berada disampingnya semasa susah dan senang.

Itu cara dia menghargai pengorbanan pasangan dan langsung tidak ambil pusing tentang orang yang bercakap buruk tentangnya.

"Ambil yang positif, jadikan sebagai inspirasi untuk wanita lain buat kepada suami sebagai tanda menghargai. Tak kisahlah banyak atau sikit, InshaAllah suami suka," tulisnya

Foto: FB Aien Suraya
Malah suaminya juga ada memuat naik status untuk mereka yang 'menggelabah' dengan kejutan isterinya itu.

"Yang kata buka aib, suami makan duit isteri itu mungkin tidak tahu bahawa itu adalah hasil bisnes kami bersama. Cuma saya yang selalu tidak mahu mengambil keuntungan bisnes. Cukup sekadar dapat melihat isteri dan anak saya bahagia.Dompet kosong tak apa, janji bahagia." 

Mulut orang memang kita tak boleh kawal. Apa pun setiap pasangan ada cara masing-masing untuk menunjukkan kasih sayang mereka. Bagaimana pula dengan anda?  Cuba tengok wallet masing-masing, mana tahu bertambah pula jumlahnya. -CARI
22

Bagus
30

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
20

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 5-6-2017 11:15 AM
ade je yg x kena di mata netizen.

pdhal sorg2 kalau dpt slice secret recipe pun dh ketar2 tangan nk upload fb..
Quote estrelle 5-6-2017 11:17 AM
Gegeh menayang
Quote bolamata 5-6-2017 11:19 AM
biar la akak ni nak up status ni kalo itu buat dia rasa happy... ramai aje isteri kat luar sana yang bantu suami especially tengah2 bulan... bukan tak tahu ramai aje lelaki poket kering minta bantuan isteri
Quote prettyuglybabe 5-6-2017 11:20 AM
kesian satu alam tau laki sengkek ada rm3 jah
Quote akumak 5-6-2017 11:24 AM
viral utk lakukan bisnes je kot. biasa lah taktik zaman sekarang
Quote idakamaruddin 5-6-2017 11:25 AM
akak ni kene rompak br tau
Quote insulin 5-6-2017 11:26 AM
Biasa je lelaki ada jumlah duit yang sedikit dalam wallet. Dah nak habis barulah cucuk ATM ambil RM50 ke, RM100 ke....
Quote myakayina 5-6-2017 11:42 AM
org laki mana suka bawak keluar cash banyak2.. bila tak cukup belanje mintak ke bini.. mmg gitu peel nya..
Quote matchstick 5-6-2017 11:43 AM
So senanglah pencopet menjalankan tugas kan..cash 3k tu.
Quote matchstick 5-6-2017 11:44 AM
Nk promote tudung leteww..dh tau status bakal mengundang hencapan. Dh viral terus bgtau sbnrnya, sy bisnes....
Quote skinsandstars 5-6-2017 11:57 AM
sweet tu sweet lah. tapi show off sangat konsepnya sampai ada gambar sebelum dan selepas. zzzz.
Quote skinsandstars 5-6-2017 11:58 AM
malukan suami pun ye gak. sengkeknya somi kau ada 3 ringgit je tapi kau ada 3 ribu.
Quote manehnya 5-6-2017 12:07 PM
dah sendri uplod marah pulek..

patotnya laki yg bg binik rm3k - dekat2 nk raya ni kan

Quote ffbeauties 5-6-2017 12:07 PM
Teknik zizan sman kan. Marketing!! Menjadila tu dr org tak kenal bawal top excl. skrg satu malaysia kenal
Quote missinpiece 5-6-2017 12:20 PM
Yolah suweetla sangat
Kita tumpang gembira jele
Quote jointhecurse 5-6-2017 12:36 PM
marketing free je uouls
Quote huehue 5-6-2017 12:42 PM
Ingatkan siapalah yg over nau sekali tauke tudung. Hmmm marketing lettew
Quote Ayda89 5-6-2017 12:50 PM
Mcm menunjuk jeeee
Quote romeor 5-6-2017 01:01 PM
Lainkali nak buat takyah la nak bagitau satu dunia. Between korang suami isteri dah la.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.066700 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top