CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Myvi Mendajal Lagi, Kali Ni 'Halang' Tuan Rumah Dari Masuk Rumah

18-7-2017 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11098| Komen: 71|Original author: Oleh: Maly Rosli

Sikap penting diri meletakkan kenderaan dalam kawasan rumah orang lain bagaikan menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat hari ini.

Seorang pengguna laman sosial Facebook (FB) kesal apabila perkara sama berlaku kepada dirinya dan meluahkannya menerusi akaun FB dengan nama Rozinor Nasir melalui Facebook group Anak-Anak Muar. 



Foto: The Reporter

"Assalamualaikum anak-anak Muar. Saya nak tanya ada sesiapa di sini yang mengenali pemilik kereta ini? 

"Harap boleh mengalihkan kenderaan daripada terus parkir di dalam rumah saya, sehingga saya nak buka pintu pagar pun tak boleh. Apatah lagi nak masuk ke dalam rumah," tulisnya.

Siapa tak berang apabila berada dalam situasi begini, bukan? Sekurang-kurangnya, tinggalkanlah nombor telefon bagi memudahkan tuan rumah menghubungi pemilik kereta.

"Ini tidak, sudahlah tidak meminta izin, malah parkir betul-betul di depan pintu pagar depan rumah saya," tambahnya. 

Menerusi entri berkenaan, ia bukanlah kali pertama perkara sedemikian berlaku kepada Rozinor kerana sebelum ini dia pernah meletakkan tong sampah di hadapan pagar rumahnya sebagai tanda larangan meletakkan kenderaan di situ. 

Bagaimanapun, pemilik kenderaan benar-benar mementingkan diri sendiri dan keras kepala. Dialihkannya juga tong sampah itu.

"Saya bukan marah atau kedekut, tapi fikirlah. Kalau saya nak buka pintu pagar pun tak boleh, macam mana saya nak masuk ke dalam rumah?" soalnya. 

Rozinor bagaimanapun telah memadam postingnya itu kerana pemilik kereta sudahpun bertindak mengalihkan kenderaannya.


Foto: FB Rozinor Nasir

Rata-rata netizen turut bengang dengan apa yang berlaku kepada wanita berkenaan selain turut berkongsi pengalaman mereka mengalami situasi sama.

"Teringat dulu masa belum berpagar, ada jiran parking dalam kawasan rumah. Padahal tak nak semak kawasan rumah dia. Selepas pagar dipasang, dengar dari jiran lain yang tuan punya kereta marah dan kata kami kedekut tak bagi parking," tulis netizen.



Malah, terdapat segelintir pihak menyifatkan kebanyakan pemilik kenderaan Perodua Myvi memiliki sikap menjelikkan.

"Myvi memang macam tu.

"Pemilik kereta Myvi ni memang kepala otak dia orang semua sepesen eh?" komen netizen.


Foto: FB The Reporter

Anda pernah mengalami perkara sama? Jom kongsikan! - CARI
21

Bagus
24

Marah
16

Terkejut
24

Sedih
18

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zameyla 18-7-2017 10:45 AM
tak paham betul la dgn perangai org yg suka parking ikut suka hati nie..
Lagi satu kalau nak beli barang, parking sampai depan2 pintu kedai, tak pikir langsung ganggu lalulintas ke apa...
Bengong la orang2 macam nie...
Quote redapple10 18-7-2017 10:53 AM
Perangai yg sgt hauksss
Quote Themilo 18-7-2017 10:56 AM
pernah terjadi kat iols, babi ni parking betul-betul kat depan gate rumah. iols horn berkali-kali takde respon. hujung-hujung, tetamu yang beraya selang 2 rumah dari rumah iols. terpaksa plak iols bagi salam & tanya sapa punya kereta.

pukimak punya perangai.
Quote prettyuglybabe 18-7-2017 11:06 AM
patutnya calarkan je macam kereta yang parking dalam garaj orang hari tu..
pun myvi gak kan
Quote makton 18-7-2017 11:08 AM
lebarkan kuasa mu myvi
Quote KucingKedai 18-7-2017 11:13 AM
Dulu pon ada jiran mcm ni. Rumah dia sampai 3 biji keta, tp semua tanak parking lam rumah. Tapi dok parking dpn rumah jiran smpai nak kuar masuk pon x boley. Dah la panggil alih keta punye seksa. Tak takut kena pecah/ ilang ke?
Suka benor parking luar.
Quote Cyempaka 18-7-2017 11:16 AM
kadang2 terfikir orang2 macam ni, masa mak dia mengandung dulu makan apa agaknya. smp hati jadi hitam keras, otak jd tepu sampai begini sekali. perangai mesti selfish kurang ajar tahap pluto punya
Quote mzzenma 18-7-2017 11:20 AM
Jiran mzz suka buat macam ni

Kekdahnya dia renovate rumah buat kolam ikan bagai, so memang takde space utk parking kereta. The thing is, dia ada van sebiji so dia park depan rumah dia..lagi dua biji kereta dia park belakang rumah.

Tapi motor dia suka park masuk area rumah kitorang..susah kitorang nak belok masuk parking. Selalu lah laki meollls maki heolls.
Quote matchstick 18-7-2017 11:34 AM
syukur duk apartment..xde malaun nk park depan pintu rumah
Quote AbukRokok 18-7-2017 11:39 AM
susahnya hidup
dulu duk flate berebut parking
tukar duk landed
berebut parking juga + pintu rumah kne blok


Quote AbukRokok 18-7-2017 11:39 AM
sila naikkan lagi harga kereta
Quote rosa_canina 18-7-2017 11:39 AM
org sebelah rumah haku pn sama ..perangai mcm jilake
sesuka hati parking dpn rumah haku..
pastu berlagak bagus!

dah haku nk klua/ masuk nk kena tunggu dia plk alih kete   
yg lagi takblh blah bila tegur buat muka takpuas hati..
pastu hempas pintu grill segala ..

malang betul nasib haku dpt org sebelah rumah mcm ni  
Quote AbukRokok 18-7-2017 11:41 AM
solution
ambil gambar/video
pecah cermin
trun handbrake
tolak masuk longkang '


Quote AbukRokok 18-7-2017 11:44 AM
susah gak duk rumah teres baik duk apartmen je
Quote sukesuke 18-7-2017 11:54 AM
KucingKedai replied at 18-7-2017 11:13 AM
Dulu pon ada jiran mcm ni. Rumah dia sampai 3 biji keta, tp semua tanak parking lam rumah. Tapi dok  ...

Samalah dgn jiran aku,kete smpai 4 bijik.dia leh parking dpn umah aku block kiri kanan smpai aku nak kuar kete mmg susah la psl ngam2,

ada skali laki aku bwk blk hilux opis,mmg nk kena parking dlm la kan,kat luar takut ilang.nak masuk parking x muat psl da kena block kiri kanan pagar tu,

laki ku dtg angin x betulnyer,terus disodok gak masuk sampai kemek bumper dua2 kete jiran tu,satu sampai pecah lampu.kitorang tunggu la gak kot tuannya dtg mntak ganti rugi ke hapa.tp sonyap sampai ke sudah,pandai lak parking tmpat lain pastu.
Quote haryatie 18-7-2017 11:57 AM
x bertamaddun sungguh makhluk mcam ni
simbah cat jerk...
kalau berani laaaa...
Quote WajibulGhunah 18-7-2017 12:15 PM
Hat ni jd kalau kt org luar
Kalau org taman i mmg slalu kalau hari raya ke apa kete kt dpn umah dorg penuh dorg mntk izin nk parking sat kt dpn umah
Kengkdg kitorg time raya slalu kuar ayah suruh parkingkn dlm garaj terus
Tp x valid untk semua jiran la... certain jiran yg paham bahasa yg mmg ayh i kenal dan rapat lolol
Quote vanillaninja 18-7-2017 12:20 PM
Apa la salahnya park jauh sikit, asalkan tak menyusahkan orang lain. Selfish.
Quote KucingKedai 18-7-2017 12:21 PM
sukesuke replied at 18-7-2017 11:54 AM
Samalah dgn jiran aku,kete smpai 4 bijik.dia leh parking dpn umah aku block kiri kanan smpai aku n ...

Ha tu dia ubat dia... haha terbaek!  

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.119431 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top