Sehingga kini, di penghujung Syawal, majlis rumah terbuka Adilfitri masih diadakan. Sama ada di tempat kerja, rumah sendiri, kediaman bos mahu pun kawan dan segala macam.
Hakikatnya kita (orang Melayu Islam) suka majlis rumah terbuka. Agama menganjurkan atau menggalakkan umat Islam menziarahi saudara mara, rakan taulan, sahabat handai pada Hari Raya untuk bermaaf-maafan dan merapatkan silatulrahim. Oleh kerana orang Melayu menganggap “Hari Raya sebulan” amalan kunjung mengunjung “ dijalankan sepanjang Syawal. Namun, bayangkan jika anda datang mengunjung tapi orang yang dikunjung tidak ada di rumah. Jangan nafi anda akan kecewa. Bayangkan pula jika anda si tuan rumah, sedang bersantai dengan keluarga atau sedang memberes urusan famili. Tiba-tiba munjul pengunjung dengan keluarganya. Jangan nafi anda akan, paling tidak, terkejut. Dan kelaziman orang Melayu, anda akan merasa “tidak sedap ” jika tidak menghidangkan juadah untuk si tetamu. Walaupun tidak ada apa-apa di peti sejuk yang boleh dimasak. Takkan nak sajikan mee segera. Maka anak anda akan di kerah, keluar ikut pintu belakang pergi ke kedai dan beli apa yang patut untuk disajikan kepada tetamu. Tak kiralah bahan mentah untuk dimasak atau makanan yang sedia dimasak. Si tetamu pula akan juga rasa “tidak sedap hati” kerana telah “menyusahkan” si tuan rumah. Untuk mengelakkan situasi seperti itu wujudlah konsep rumah terbuka. Yang lahir pada zaman moden dan diamalkan khusus di bandar. Dulu masa saya kecil, “unexpected guests” datang perkara biasa. Dan mereka diraikan dengan kopi, teh dan makanan simple. Apa yang ada je - tak kisah lah, biskut, pisang atau ubi goreng. Kalau mereka bernasib baik ada mee atau mee hoon di dapur dan rencah dalam fridge. Terhidanglah mee atau mee hoon goreng. Sekarang orang Melayu akan tetapkan tarikh khas (bila semua orang free) untuk menjemput saudara mara dan kawan-kawan datang ke rumah. Sekaligus, sekali harung rai semua. Senang cerita. Makanan disiapkan, biasanya lumayan. Tapi sekarang kos mengadakan rumah terbuka memang tinggi. Seringkas mana pun. Sebab semua benda dah mahal. Tapi bila kita dah pegi ke rumah terbuka orang, tentu kita pula nak balas “hospitality” mereka. Orang Melayu lah katakan - “orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Lantas kita pula buat rumah terbuka dan jemput mereka. Kali ini kita jadi tuan rumah mereka jadi tetamu. Hadirin lain pun akan ikut mengadakan rumah terbuka masing masing dan menjemput kita pula. Most of the time the same people gets invited . Di pejabat pun ada majlis rumah terbuka. Kalau syarikat besar atau kementerian mahu pun agensi kerajaan biasanya ada majlis terbuka “induk”. Diikuti open house anjuran jabatan atau unit. Umpamanya hari ini jabatan kewangan, esok rumah terbuka jabatan pentadbiran dan seterusnya . Sekali lagi orang yang sama akan hadir dan menu yang sama dihidangkan. Atau hampir sama. Mungkin ada satu dua dish yang beza. Itu keadaannya secara am, secara rambang. Orang politik pula menganjurkan open house secara besar-besaran. Malah ada yang buat majlis rumah terbuka berulang kali. Bukan sahaja di rumah bahkan di dewan dan sebagainya. Orang politik memang terpaksa buat majlis rumah terbuka. Tak payahlah ditanya kenapa dan mengapa. Kesimpulannya rumah terbuka akan tetap diadakan sepanjang Syawal. Dan ada juga yang buat open house walau pun dah masuk Zulkaedah. Selamat menjamu selera tanpa lupa matlamat sebenar majlis rumah terbuka.
|
12
Bagus |
22
Marah |
16
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 20-7-2017 07:26 AM
mencekik semahunya
lepastu blahhhhhh
kakigebang replied at 21-7-2017 02:25 AM
mcm dah kurang perangai ramah tamah org melayu ...dijemput pon sengaja takmau dtg, orang dtg rumah ...
ctsueraya replied at 21-7-2017 10:05 AM
erm harap budaya dan peel macam ni tak berterusan
iols kalau yang jemput dlm group kdg tak dapat ...
ADVERTISEMENT