CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Cukup Ilmu, Pencuri Kabel Tersangkut Di Tiang

26-7-2017 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5399| Komen: 51

'Hajat' seorang lelaki mencuri kabel tak kesampaian apabila dia tersangkut pada tiang elektrik ketika cuba memotong kabel, malam kelmarin.

Memetik Harian Metro, dalam kejadian 8.50 malam itu, suspek, 43, memanjat tiang elektrik di loji air lama Hulu Trusan di Lawas untuk mencuri kabel.


Menurut Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, suspek bagaimanapun tersangkut dan kejadian disedari orang awam yang kemudiannya menghubungi bomba dan polis.


Foto: Harian Metro

Suspek berjaya dibawa turun dan dibawa ke Hospital Lawas kerana mengalami kecederaan pada kaki.

"Pemeriksaan polis menemui sebilah parang yang digunakan untuk memotong kabel elektrik.


"Siasatan lanjut mendapati suspek juga mempunyai dua kes jenayah lampau atas kesalahan sama dan kini masih menunggu keputusan dari Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Menurut laporan, suspek masih dirawat di Hospital Lawas dan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan. - CARI

25

Bagus
9

Marah
16

Terkejut
14

Sedih
16

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 25-7-2017 01:29 PM
biarkan je...
Quote raihaneem 25-7-2017 01:33 PM
Haiii...nyusahkn bomba....
Quote fox. 25-7-2017 01:37 PM
lebih elok jika ko kena renjatan terus dik
Quote sarahmirza 25-7-2017 01:38 PM
Sampah betul.
Hidup membazir ruang dan oksigen je.
Quote Loxlaxman 25-7-2017 01:56 PM
Apsal bomba amik parang potong dawai elektrik....potong jer peliaq penyamun tu.
Quote mieymiey 25-7-2017 01:59 PM
Nak kesian macam tak layak.
So, cash la kan!
Quote Skuau 25-7-2017 02:01 PM
Tguu le smp pg..bioq semua ore tgk..blh amik gmbo...viralkan muko dio....:
Quote minguk 25-7-2017 02:27 PM
mencuri pun susah...
Quote chinta89 25-7-2017 02:31 PM
eloklah kalau kau kena renjatan je.

eh kenapa pjg plk umur ko ni penyangak??
Quote insulin 25-7-2017 02:40 PM
Mujurlah kau terpegang neutral line, kan? Kalau x, dah lama arwah. Bertaubatlah. Tuhan masih sayangkan engkau.
Quote diss69 25-7-2017 02:43 PM
hrp lepas ni insaf...
Quote paz 25-7-2017 02:45 PM
Nasib baik betul dia.
Quote qistiena 25-7-2017 02:46 PM
haiiyyooo...
Quote renko 25-7-2017 02:47 PM
dah kenapa nak selamatkan
elok libas muka dia dengan parang tu
dasar penyangak
Quote saviour_09 25-7-2017 02:58 PM
gila ah nyusahkan org dah!
Quote Madel 25-7-2017 02:59 PM
Kira pro gak mamat ni sbb tak mati kena rejatan letrik.
Quote matchstick 25-7-2017 02:59 PM
Dh jadi pekerjaan dia curi kabel letrik...dh berulangkali kena tangkap pun still buat jugak. Ni kalu ada anak sekolah cikgu tnya bapak kerja apa anak boleh jawab 'curi kabel letrik' cikgu
Quote harrypoter 25-7-2017 03:00 PM
aduhai..kesiannya
Quote Amina_Mirza 25-7-2017 03:06 PM
Ni lah yan dikatakan pantang maut sebelum ajal

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.185046 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top