CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berkenan, Sultan Puas Hati Dengan Pengajian Islam Dennis

26-7-2017 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9893| Komen: 95

Description: "Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir dari al-Quran, Doa Qunut serta Ayat Kursi." ... ...
"Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir dari al-Quran, Doa Qunut serta Ayat Kursi."


Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata sedemikian ketika mempersembahkan laporan mengenai pembelajaran agama Islam oleh Dennis Muhammad Abdullah, 28, kepada Sultan Johor pada 5 Julai lalu, lapor Bernama.

Menurutnya, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam bakal suami puteri tunggalnya iaitu Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.



Sejak awal Mac lalu, Dennis dibimbing sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor( JAIJ), kata Ismail kepada pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, Royal Press Office.


Tambahnya, Dennis diberi bimbingan melalui satu modul pembelajaran agama Islam yang intensif dan sistematik bagi membolehkan beliau mempelajari al-Quran, fardu ain, pengajaran Bahasa Melayu, protokol dan istiadat Diraja Johor, penulisan Jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor.

Pengajaran fardu ain Dennis merangkumi tertib solat, Rukun Iman dan Rukun Islam, puasa, zakat serta haji.

Ismail berkata, Dennis tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat, malah dia tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan lalu.

Menurut kenyataan Royal Press Office pada Selasa, Ismail dan isteri, Datin Zawaiah Mohamed dilantik sebagai keluarga angkat Dennis sejak awal Februari lalu selepas diperkenan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Shah.


Foto: BH Online/Royal Press Office

Terdahulu, jejaka dari Belanda itu memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Tun Aminah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos. - CARI
15

Bagus
26

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
20

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marla69 26-7-2017 10:18 AM
Wow...alhamdulillah
Quote wanitajelita 26-7-2017 10:23 AM
Mat salleh bijak..and willing to learn.. drpd yg lahir Islam, asyik fikir Islam tu poligami je..yg tak poligami, Kenal perempuan single je ajak dating, bertujuan suruh blow job dia dlm kereta..sial
Quote albedah 26-7-2017 10:25 AM
Dia dh belajar Islam. Takut dia tanya kpd bakal isteri.. Ngapa x pakai tudung. Islam suruh pakai tudung.  
Quote rospinki 26-7-2017 10:25 AM
nk kawen anak raja..jgn doa kunut surah al baqarah yg panjang tu pon snggup hafal
Quote moonbug 26-7-2017 10:43 AM
Alhamdulillah cpt dia dpt belajar. Nnt boleh bimbing isteri pulak ok
Quote putehkundor 26-7-2017 10:44 AM
Iras jar jar Binks pulak Kat atas tu
Quote zjen 26-7-2017 11:05 AM
bebird dah potong ke belum    
Quote tompie 26-7-2017 11:07 AM
rospinki replied at 26-7-2017 10:25 AM
nk kawen anak raja..jgn doa kunut surah al baqarah yg panjang tu pon snggup hafal

Hahahah..
Saya pun sanggup... lawa plak tu..

Tapi mamat ni nampak mcm budak2 sangat ahh.. mcm tak matured lagi..
Mintak2 jodoh diorang berkekalan..

Quote CiliPadiSedap 26-7-2017 11:09 AM
albedah replied at 26-7-2017 10:25 AM
Dia dh belajar Islam. Takut dia tanya kpd bakal isteri.. Ngapa x pakai tudung. Islam suruh pakai tud ...

pening kepala mufti nak jawab soalan tersebut
Quote devilito2 26-7-2017 11:12 AM
alhamdulillah... semoga boleh menjadi muslim yg beriman dan soleh
Quote ahlisihircute 26-7-2017 11:14 AM
rospinki replied at 26-7-2017 10:25 AM
nk kawen anak raja..jgn doa kunut surah al baqarah yg panjang tu pon snggup hafal

bukan dia sorng jer sanggup....sapa2 yg nak kawen anak raja pon sangup....
harap2 boleh ler dengar bacaan al-quran dia b4 kawen....
Quote kucen_miang 26-7-2017 11:18 AM
Edited by kucen_miang at 26-7-2017 11:21 AM
albedah replied at 26-7-2017 10:25 AM
Dia dh belajar Islam. Takut dia tanya kpd bakal isteri.. Ngapa x pakai tudung. Islam suruh pakai tud ...

hahahahah betul jugak tu. cik minah kalo bergambar senyum pelik lak muka dia.



Quote batmana 26-7-2017 11:33 AM
moga jadi somi solehah..
Quote cocorex 26-7-2017 11:45 AM
wanitajelita replied at 26-7-2017 10:23 AM
Mat salleh bijak..and willing to learn.. drpd yg lahir Islam, asyik fikir Islam tu poligami je..yg t ...

Selalu kena ker dikk?
Quote MH3709 26-7-2017 11:58 AM
albedah replied at 26-7-2017 10:25 AM
Dia dh belajar Islam. Takut dia tanya kpd bakal isteri.. Ngapa x pakai tudung. Islam suruh pakai tud ...

hikhihkhik





Quote MH3709 26-7-2017 11:59 AM
suami dia ni buat kerja apa ekk...mean kerjaya
Quote chinta89 26-7-2017 12:08 PM
baguslah.. mudah mudahan mendalami islam dengan lebih lagi,

dari lahir yg terus islam tp baca quran pun malas dan merangkak2.. bab poligami je yg dia nampak dlm perkahwinan..

Quote fly_in_d_sky 26-7-2017 12:19 PM
biar ler asalkan dia bahagia ...
Quote miemiecha 26-7-2017 12:27 PM
mek baru perasan telinga anak dara jdt nih...

gmbar rambut kebelakang tu x santek... seyes...

biasa mek tgk lawa je...

mohon org yestana johor betulkan rambut pwinsesssss,.,.

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049969 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top