CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awas! Jangan Buat Hal Dalam MRT, Segala Tindak-Tanduk Anda Dirakam

1-8-2017 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6105| Komen: 52


sumber : internet


“Tiada niat untuk memalukan sesiapa sebaliknya mahu mendidik orang ramai selain mahu mesej kami sampai kepada mereka."

Demikian kenyataan yang dihujahkan oleh jurucakap Rapid KL berhubung pihaknya memuat naik gambar di Facebook dan Twitter terhadap penumpang yang membuat perkara tidak sewajarnya ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan LRT, MRT, Monorel dan basnya.

Termasuk membuang sampah makanan dan minuman serta bergantung kepada besi di bahagian tali pemegang seolah-olah sedang melakukan senaman dan sebagainya.

“Kami mohon kerjasama semua pihak menjaga harta benda awam ini untuk kebaikan semua pihak," katanya.

Menurutnya, sebelum ini sering menerima laporan daripada orang awam mengenai perbuatan tidak hemah segelintir penumpang dan tegasnya semua pihak mempunyai tanggungjawab menjaga kepentingan pengangkutan tersebut kerana ia milik semua orang. 


Tambahnya, satu perkhidmatan WhatsApp akan dilancarkan yang membolehkan orang ramai berkongsi pengalaman termasuk menghantar gambar dan video kepada Rapid KL dalam masa terdekat ini.

"Perkhidmatan WhatsApp bagi memudahkan orang ramai menyalur maklumat positif mahu pun negatif kepada kami."- CARI
26

Bagus
16

Marah
24

Terkejut
29

Sedih
17

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 1-8-2017 01:30 PM
tampal besar2 muka2 sakai laut depan pintu mrt
ban terus jangan bagi naik
Quote Changa 1-8-2017 01:33 PM
pagi tadi akak naik ada ahso tingtong dok borak sorang2.
tapi kesian akak tengok ah so itu, pakaian elok, pakai tag kerja bagai tapi dok sembang sorang2 tengok screen dlm MRT itu dok sembang dalam kokesen + bahasa melayu lite.

akak syak sheols depressi tahap teruk kot, sebab heshe macam banyak dok sembang pasal family.
harap family sheols refer to acik psychiatrist dengan kadar segera takut heshe tiba2 bunuh diri, sebab akak ada terdengar pasal sheols mention pasal commit suicide, bapa heshe meninggal etc.
memang sheols mostly dok cakap pasal family sheols jah. orang nya terurus elok, bukan stok gila gelandangan.
Quote sukacactus 1-8-2017 01:38 PM
Changa replied at 1-8-2017 01:33 PM
pagi tadi akak naik ada ahso tingtong dok borak sorang2.
tapi kesian akak tengok ah so itu, pakaian ...

Uishhh...seram gak camtu!
Selalu tgk kat youtube je public meltdown ni
Quote shernazz 1-8-2017 01:44 PM
dedolu masa iols gi.koje naik lrt neh..dh banyak iols rakam perbuatan x berhemah...tp simpan.sendiri aja..yang tido sampai ngigau pon ada..tu bukan x berhenah...tu memang penat benor..hehe
Quote suka.suki 1-8-2017 01:53 PM
Good lah, bg mereka2 yg x kurg sivik ni glemer. Tu pun klu dorg ader rasa malu.
Quote torsotiger 1-8-2017 01:53 PM
Changa replied at 1-8-2017 05:33 AM
pagi tadi akak naik ada ahso tingtong dok borak sorang2.
tapi kesian akak tengok ah so itu, pakaian ...

dia borak sorang2 ke borak dgn sister?
Quote torsotiger 1-8-2017 01:53 PM
Changa replied at 1-8-2017 05:33 AM
pagi tadi akak naik ada ahso tingtong dok borak sorang2.
tapi kesian akak tengok ah so itu, pakaian ...

dia borak sorang2 ke borak dgn sister?
Quote kechikchomel 1-8-2017 01:58 PM
Changa replied at 1-8-2017 01:33 PM
pagi tadi akak naik ada ahso tingtong dok borak sorang2.
tapi kesian akak tengok ah so itu, pakaian ...

ahso tu naik dari mana sis?
Quote Changa 1-8-2017 02:04 PM
kechikchomel replied at 1-8-2017 01:58 PM
ahso tu naik dari mana sis?

tak pasti lah dek sebab time tu akak dok cikcur guna ponsel, memang dengar la sheols dok borak, akak ingat sheols borak dengan kawan sheols..
lepas akak pandang sheols baharu tahu sheols dok borang sorang pandang screen dlm MRT itu
tapi akak simpati la kat sheols, ada pakai tag kerja bagai, tak pasti la sheols nak pergi kerja ke apa.
Quote Changa 1-8-2017 02:05 PM
torsotiger replied at 1-8-2017 01:53 PM
dia borak sorang2 ke borak dgn sister?

borak sorang2 sister dok pandang screen dalam MRT itu
macam2 sheols dok cerita pasal family, life sheols
Quote mummy75 1-8-2017 02:06 PM
Edited by mummy75 at 1-8-2017 02:12 PM

sis changa..klu naik bas GoKl free ride tu lg ramai yg mental illness tau..tp pandai plak ek depa naik bas free... meols naik mrt skrg ni syukur x pernah lg terjumpa spesis camni
Quote chinta89 1-8-2017 02:07 PM
suka.suki replied at 1-8-2017 01:53 PM
Good lah, bg mereka2 yg x kurg sivik ni glemer. Tu pun klu dorg ader rasa malu.

malu ape? diorg bharap david teo offer baik punya!
Quote sentapker 1-8-2017 02:18 PM
Kes jakun
Quote suka.suki 1-8-2017 02:19 PM
chinta89 replied at 1-8-2017 02:07 PM
malu ape? diorg bharap david teo offer baik punya!

Klu muka buruk, perangai pun buruk.. nak ker david teo amek dorg.
Quote ultra78 1-8-2017 02:22 PM
Rakyat Malaysia harus dididik untuk bencikan perangai pprt
Quote Potpouri 1-8-2017 02:25 PM
Changa replied at 1-8-2017 01:33 PM
pagi tadi akak naik ada ahso tingtong dok borak sorang2.
tapi kesian akak tengok ah so itu, pakaian ...

biar la sis changa.. dia ada rakan ghaib dia tu.. tempat meluah perasaan..huhu
Quote Potpouri 1-8-2017 02:26 PM
ultra78 replied at 1-8-2017 02:22 PM
Rakyat Malaysia harus dididik untuk bencikan perangai pprt

aku benci tapi susah nk didik org..didikan ni dari rumah..dah terbiasa berperangat pprt.. gitu la sampai ke sudah.. susahhhh.. depa tak sedar buat salah tau. depa rasa itu biasa. kita je melebih2
Quote harrypoter 1-8-2017 02:27 PM
dah ader kemudahan patut bersyukur ini tak
Quote dinoloveshasha 1-8-2017 02:31 PM
ultra78 replied at 1-8-2017 02:22 PM
Rakyat Malaysia harus dididik untuk bencikan perangai pprt

nak pum tandas pun byk yg fail..... opis iols ni dua minggu skali ade course..... time tu tandas mesti hauk n sendu...
tak reti nak pam...

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.065186 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top