CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Teksi Bawa Anjing: Netizen Kecam SPAD Kurang Pantau

1-8-2017 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4631| Komen: 22

Description: sumber : internetEkoran tersebar luas di media sosial berhubung gambar yang kelihatan seekor anjing menaiki teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kelmarin mengeluarkan satu kenyataan menje ...

sumber : internet


Ekoran tersebar luas di media sosial berhubung gambar yang kelihatan seekor anjing menaiki teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kelmarin mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan pihaknya telah memulakan siasatan dan seorang ustaz telah dilantik untuk urusan menjalankan kerja-kerja samak.

Memetik laporan Berita Harian, SPAD berkata berikutan perkara tersebut telah menimbulkan perbincangan hangat di kalangan masyarakat umum, pihak syarikat dan pemandu teksi akan mengadakan sidang media bagi memohon maaf secara terbuka.

Tindakan itu diharapkan dapat memulihkan kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang netizen bertindak merakam sebuah teksi yang kelihatan membawa seekor anjing berhampiran Pulai, Johor Bahru dan memuat naik sehingga menjadi tular di Facebook, sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.


Presiden GAPET, Raja Mohd Noor Mohamad berkata, setiap pemandu teksi perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan iaitu dilarang membawa sebarang haiwan dalam kenderaan masing-masing. 

Tambahnya, pihaknya juga terkilan dengan perbuatan lelaki berkenaan yang dirakam dan ditular oleh pengguna jalan raya, sekali gus dakwanya perbuatan itu boleh mencalar imej baik kumpulan pemandu teksi di Johor Bahru.- CARI
17

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
22

Sedih
31

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 1-8-2017 01:42 PM
nak suruh SPAD pantau??? huhh...buang karan ja... selamba ada pemandu teksi gila kat penang, dah la lesen semua mati..aduyai trauma nk g penang tau{:yameteh
Quote renko 1-8-2017 01:44 PM
spad?
ingat isa pendek nak layan ke
boleh blah la
Quote Atuk_kau_mulhid 1-8-2017 01:46 PM
BODOH DAN JAHIL SPESIS2 NI   
Quote Atuk_kau_mulhid 1-8-2017 01:48 PM
takde lebih jahil kah umat2 isle di malaya?  
Quote torsotiger 1-8-2017 01:50 PM
mcma kalau anjing tu org buta punya assistant?  tak boleh ke ?
Quote Skuau 1-8-2017 02:11 PM
Hanjeng tu x nk naik grb atau uber plak...
Quote manjalara_01 1-8-2017 04:16 PM
torsotiger replied at 1-8-2017 01:50 PM
mcma kalau anjing tu org buta punya assistant?  tak boleh ke ?

good question...! ..i pun x terfikir psl nih..
Quote torsotiger 1-8-2017 04:28 PM
manjalara_01 replied at 1-8-2017 08:16 AM
good question...! ..i pun x terfikir psl nih..

ye lah kan org msia kekadang terlampau phobia...kat negara barat sana anjing bnyk berbakti pd manusia
Quote manjalara_01 1-8-2017 04:31 PM
torsotiger replied at 1-8-2017 04:28 PM
ye lah kan org msia kekadang terlampau phobia...kat negara barat sana anjing bnyk berbakti pd manu ...

..i x rasa la sampai level fobia...cume awareness tu kuat ..ok la mcm tu kan?
Quote Al-Patih 1-8-2017 04:33 PM
agak nya ini.....

Tips-Tips Mengelak Kecurian Kereta & Motor.....
Quote harkktuih 1-8-2017 04:35 PM
Alah..korg naik grab uber sah2 la tu personal car, and owner anjing pun mmg selalunya bwk anjing dorg jenjalan dlm kete..

Soo adakah lps neh kena ada teksi/grab/uber dgn logo halal? Agar ummah tak tertipu dan terpedaya dgn jarum2 halus yahudi?
Quote cmf_almondpecan 1-8-2017 04:50 PM
Mungkin anjing orang buta atau orang sakit lain yg jadi guide tu.
Quote deathacker 1-8-2017 04:50 PM
harkktuih replied at 1-8-2017 04:35 PM
Alah..korg naik grab uber sah2 la tu personal car, and owner anjing pun mmg selalunya bwk anjing dor ...

Betul juga tu. Mana tau bila time pemandu grab or uber ni jln2 dgn family dia bawa sekali anjing dia.
Who knows
Quote BebeQ 1-8-2017 10:32 PM
Nak tanya je ni, takde kena mengena dengan SPAD pun, macam mana dengan pembeli kereta 2nd or kereta recond? Kita tak kenal pun owner sebelumnya siapa or bagaimana.
Quote Decaffeinated 1-8-2017 11:04 PM
tak tau siapa yang lebih hina sekarang.... manusia ka hanjeng....

Quote FOTHER-MUCKER 2-8-2017 07:43 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-8-2017 11:54 PM
torsotiger replied at 1-8-2017 05:50 AM
mcma kalau anjing tu org buta punya assistant?  tak boleh ke ?

Boleh, di UK dulu ada seorang pelajar buta. Dia bawa anjing sehingga ke tangga mesjid.

A blind Muslim student yesterday became the first person to be allowed to take a guide dog into a UK mosque.
Mahomed-Abraar Khatri, 18, can now enter his place of worship in Leicester with canine companion Vargo after the Muslim Law (Sharia) Council UK issued a fatwa in response to his request.

The Guide Dogs for the Blind Association described the decision as "a massive step forward for other blind and partially-sighted Muslims". Previously, all dogs were banned from mosques because the Islamic faith historically sees them as being for guarding and hunting only. However, the position was softened because guide dogs could be classed in the "working dogs" category. The animals are still barred from entering the prayer hall for the sake of hygiene but are allowed to guide their owners to the area where shoes are placed, the fatwa says.



A special rest area has been set up in the entrance of the Bilal Jamia mosque for Vargo while Khatri is praying. Previously, the teenager, who attends the RNIB College in Loughborough, had to be accompanied to the mosque by a sighted helper.
His father, Gafar Khatri, said: "Since Mahomed-Abraar has had his guide dog, Vargo, he has regained his independence. Obviously it is early days but his confidence is growing daily."
The Guide Dogs for the Blind Association hopes the fatwa will set a precedent, encouraging other blind and partially sighted Muslims to consider owning a guide dog. It is also hoped that mosque leaders in the UK and abroad will follow suit and allow guide dogs inside.
After issuing the fatwa, Muhammad Shahid Raza, director of the Imams and Mosques Council UK and secretary of the Muslim Law (Sharia) Council UK, said: "I hope that all existing mosques will follow Bilal mosque in serving the disabled people in a similar way by providing facilities to them. I also believe that, in all new mosques, such facilities for disabled people will be an essential part of their design."





Quote putehkundor 2-8-2017 07:52 AM
Isu hanjeng, murtad, makan Babi memang Tak akan berkesudahan kan...esok esok adalah lagi berita pasal ni
Quote cmf_almondpecan 2-8-2017 09:43 AM
Ada sorang colleague soal ari tu, kalau naik teksi atau pengangkutan awam, katakan ada orang baru balik dari pasar beli daging babi dan letak beg plastik ada bekas babi di seat atau tangan dia yg pegang daging babi pi pegang rail dsb. Saya rasa sama je dgn kes anjing naik teksi ni dan soal duit kertas. Ada yg berpendapat, kalau sungguh nampak najis jelas depan mata baru timbul isu, kalau tak nampak jangan terpikir2 soal kalau, sbb tak akan habis kalau camtu.
Quote Iema5008 2-8-2017 03:45 PM
manjalara_01: ..i x rasa la sampai level fobia...cume awareness tu kuat ..ok la mcm tu kan?

Bab hanjeng babi semua fobia. Tp bila bab lain pulak umat tak kesah pula.. {:shy{:shy

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072412 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top