CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Minyak Kereta Dah Melepasi Paras E, Apa Nak Buat Ni!

22-8-2017 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8643| Komen: 56|Original author: Oleh: Adib Za

Siapa yang tidak berasa gusar bila melihat penunjuk aras minyak kereta anda sudah mula melepas simbol E.

Semua sedia maklum simbol tersebut menunjukkan paras minyak sudah pun hampir habis digunakan dan juga langkah berjaga-jaga harus dibuat.


Namun, bagaimana pula jika perjalanan jauh anda masih tidak menemui stesen minyak? Bertambah tak senang duduk dibuatnya kan? Siapalah yang mahu kereta tersadai di tepi jalan nanti.

Pun begitu, rupanya simbol E itu rupanya bukanlah bermaksud minyak sudah habis atau 'empty' seperti difahami sebelum ini. Ada maksud lain! 

Menurut Dato' Ir Hj Mohamad b Dalib, anda tidak perlulah berasa seperti kehilangan arah tuju bila penunjuk paras minyak sudah melepasi E. 


Ini kerana ia sebenarnya bukanlah bermaksud empty, sebaliknya...

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km.

2. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough. (Cukup)

3. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.

4. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.

Juga diingatkan, rizab minyak sebanyak 4.5 liter itu adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standart antarabangsa ya! - CARI

Foto: Carian internet
30

Bagus
20

Marah
18

Terkejut
17

Sedih
29

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbow259 22-8-2017 05:53 PM
ada lagi 60km.. so jgn panik ye kwn2
Quote matchstick 22-8-2017 05:55 PM
baru tahu...tp tetap cuak
Quote hydrangea17 22-8-2017 05:57 PM
Tak cukup E, meter siap kelip2 soh isi minyak. benci betuiii. So pasni aku takyah gelabah la kalau dah E {:smile
Quote RatuDunia94 22-8-2017 06:00 PM
Better dh tau nk jln jauh tu isi la minyak full.. Takut dh lps 60km pon x jumpa pam minyak..{:freak
Quote Artemesiaa 22-8-2017 06:02 PM
Dah lama tahu yang penting jangan rempit pandu slow je sampai jumpa petrol station
Quote epis 22-8-2017 06:11 PM
Tuk motor sama gak ke? Takkan la 4.5 liter juga...
Quote Nenasketum 22-8-2017 06:20 PM
Tu la slalu aku buat, tutup air cond. Berpeluh lah nak tunggu sampai stesen minyak
Quote miznora 22-8-2017 06:22 PM
pompuan biasala nmpk je minyak kat takuk E mula la menggelabah. itu contoh macam aku je {:smile{:smile

padahal laki aku kata bole 10x ulang alik g sekolah balik sekolah. ahh tipula tu. saja nak takutkan aku. kang mati tengah jalan naya je. untuk selamat.. nmpk je bekelip2 memang isi minyak terus lah
Quote abangadek 22-8-2017 06:32 PM
betui ni, aku malas nk isi minyak kt pekan kecik tempat aku tu.. sampai kelip2 lah sempat ja sampai kt tempat kerja
Quote alesandra 22-8-2017 06:43 PM
miznora replied at 22-8-2017 06:22 PM
pompuan biasala nmpk je minyak kat takuk E mula la menggelabah. itu contoh macam aku je {:smile{:smi ...

itu la masalahnya menggelabah.ada sekali tu mekanik suruh tukar ron 97.dia suruh habiskan  sampai lampu nyala.dia kata jgn risau aku jalan sekitar ipoh je..bukan jln jauh.takdenya boleh berenti kete tutapi aku..belum nyala  lampu aku dah isi ron97.yg mekanik tu tau  aku isi sblm lampu nyala gelak je..degil betul ahkak seko nih dia kata agknya
Quote minahsenget 22-8-2017 06:49 PM
I akan tetap mengelabah n berpeluh klu lama2 menyala.baiklah isi sblm tu
Quote umbut 22-8-2017 06:51 PM
Haha.. aku kalo dah E, mula gelabah.. takut keta mati tgh jalan.. sapa nak tolak oooiiii
Quote Jorja 22-8-2017 07:07 PM
Ada orang beli kereta mahal tapi isi minyak cukup2 aja isi sepuloh dua puloh
Quote CiliPadiSedap 22-8-2017 07:15 PM
E - kena tolak kereta
Quote insulin 22-8-2017 07:27 PM
X suka tangguh isi minyak ni. Nampak 1 bar je terus pergi isi minyak. Kalau tinggal 2 bar je semasa perjalanan jauh, terus singgah mana2 stesen minyak. Kalau tangki betul2  kosong, aku risau fuel pump pula yang rosak.
Quote alieyrina 22-8-2017 08:15 PM
Aku kalau takat sampai stgh mesti isi..ada org sanggup tggu sampai e..padahal jln salu jem..x boleh jangka kut tesekat dlm jem...sampai thp kena tuang myk tepi jalan memg jenis pemalas ya amponn
Quote Xag00548 22-8-2017 08:21 PM
Yg penting confident.
Quote miznora 22-8-2017 08:30 PM
alesandra replied at 22-8-2017 06:43 PM
itu la masalahnya menggelabah.ada sekali tu mekanik suruh tukar ron 97.dia suruh habiskan  sampai  ...

hahaha.. kan
kita ni penakut kalau nmpk minyak sikit. padahal sbnrnya banyakkkk lagi
Quote b_n_c 22-8-2017 08:34 PM
tgal satu bar pn aku dh takut, inikan plak tnjuk E...
eiiii x kuasa mak...

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.197107 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top